TAKDIR AKU 16

Short Story Completed 77129

TING !

HANI terus mencapai telefon bimbitnya itu yang berada di atas meja kaca tersebut, dia melihat kawan baiknya iaitu Mellisa menghantar video dia hairan video apakah itu? terus Hani menekan video tersebut dan video mula di mainkan.

Tersentak Hani saat itu melihat video tersebut, video itu menggambarkan pergaduhan antara Irham dan Daniel. Dia pelik kenapa Irham bertindak sedemikian.

MELLISA: Kau dah tengok video tu?, Hani betul ke Daniel ada berkasar dengan kau?

Hani masih lagi menonton rakaman video tersebut, sungguh teruk sekali Daniel di belasah oleh Irham tapi mengapa lelaki itu memukul Daniel.

Hani merenung lama meseg yang di hantar oleh Mellisa,dia tidak tahu bagaimana dia ingin menjawab soalan itu.

Bunyi pintu di hembas dengan kuat mulai kedengaran, terkejut Hani saat ini apabila dia melihat Daniel kini berada di hadapannya dengan wajah yang lebam-lebam dan luka amat teruk! Teruk Daniel di belasah oleh Irham. Bunyi audio daripada handfonenya itu membuatkan Daniel mengatur langkah ke arah Hani.

"Kau tengok apa ni hah!" Daniel terus merampas telefon bimbitnya yang berada di tangan Hani dengan kasar. Bengis wajah lelaki itu saat menonton video tersebut.

"Ohh,jadi kau lah yang suruh Irham bantai aku macam ni hah! asal kau tak puas hati dengan aku? berani kau mengadu dengan lelaki tak guna tu ehh!" Daniel terus mencengkam leher Hani. Terbatuk-batuk wanita itu saat ini apabila dia merasakan nafasnya kini tersekat.

"S..saya t..tak b..ba..bagi..tahu pun..s.. sumpah demi allah saya tak bagitahu Irham" tergagap-gagap Hani berkata sebelah tangannya itu di angkat seperti sedang bersumpah.

"Kau jangan tipu aku lah!!" Jerit Daniel dengan kuat terus dia menolak Hani ke dinding dengan kuat. Sangat kuat!

Rasa mahu patah aje tulang nya, apabila Daniel melemparkan badannya itu di dinding dengan kuat. Air matanya sudah mulai bercucuran. Daniel terus mengatur langkah kakinya ke arah Hani yang sedang terbaring di lantai itu kaki wanita itu terus di pijak dengan kuat.

"Berani kau ehh mengadu dengan Irham!, apa kau ingat kalau kau mengadu dengan dia aku takut lah?, hey!" Daniel terus memijak kaki Hani dengan kuat perut wanita itu turut di pijak dengan kuat.

Benar-benar lelaki itu sudah hilang akal saat ini, Hani lah yang jadi mangsa kemarahannya kini! Menggigil seluruh tubuhnya saat ini kerana ketakutan.

"Arghhhh!!!Sakit!!!" Jerit Hani dengan kuat dia tidak dapat menahan kesakitan lagi saat ini. Dia cuba untuk berdiri namun masih lemah...

Tali pinggang yang berada tidak jauh daripada dirinya itu terus di tanggalkan, Hani mulai terkejut apabila melihat Daniel mengambil Tali pinggang tersebut. Dia mahu bangun tapi dia lemah, dia langsung tidak larat. Siang malam dia di belasah oleh Daniel.

"J..jangan Daniel..t.. tolong jangan" rayu Hani berselang bunyi tangisan..

"Aku nak ajar kau cara nak hormat suami, dasar perempuan tak guna!"

ZAP..ZAP..ZAP..

"Arghhhh!!!!" Hani menjerit kesakitan apabila tali pinggang itu mulai hingga di tubuh badannya itu.

"ADA apa kau nak jumpa aku hah?,aku tak der masa lah" dingin Irham menjawab.

Mellisa hanya mampu mengeluh, terpaksa lah dia mengadap perangai baran si Irham ini. Hanya dia sahajalah yang mampu menolongnya kini sebelum semuanya terlambat.

"Aku nak cakap pasal Hani"

"Hani?, aku tak nak dengar dah pasal dia! di sebabkan dia aku merana tahu tak dia dah bunuh jiwa aku! dia dah rosakkan hidup aku tahu tak!" Meja itu di hentakan dengan kuat.

Terangkat bahu Mellisa saat itu mendengar hentakan tangan lelaki itu menghentak meja. Wajah bengis lelaki itu takut-takut juga di pandang. Bukan takut apa sebernanya tapi takut kena penampar sedas sebab sibuk hal dirinya bersama Hani. Namun dia harus mengetepikan rasa takut itu demi kebaikan kawan baiknya itu.

"Aku dapat rasakan hubungan Hani dengan Daniel tak elok, aku bukan nak tuduh si Daniel tu tapi sebab Hani dengan dia je selama ni aku pelik kenapa badan Hani habis lebam-lebam dengan muka dia wajah dia pun sembap je"

"Yang kau cerita dekat aku kenapa?, aku dah tak ambik tahu pasal hal dia"

"Betul ke kau dah cintakan Hani?, sayangkan Hani?"* Soalan Mellisa itu amat membuatkan lelaki itu terdiam.

Dia tiada jawapan untuk itu, kadang-kadang dia sendiri pun tidak faham dengan perasaannya itu,

"Aku nak tanya kau, kenapa kau bergaduh dengan Daniel semalam? " soal Mellisa.

"Macam mana kau tahu,?"

"Aku kebetulan ada kat sana, mesti ada sebab kan kau gaduh dengan Daniel tu kan? ke kau gaduh dengan Daniel pasal Hani? tapi tak mungkinlah kan? kau gaduh sebab Hani kan? kau sendiri cakap kau bencikan dia"

"Sampai bila kau nak benci Hani Am?, kau tahu tak kenapa Hani buat semua ni? kenapa dia kahwin dengan Daniel kenapa dia mungkir janji dia pada kau?" Suara Mellisa mulai perlahan.

Irham terdiam membisu, namun dia bersuara semula.

"Sebab dia tak guna!, dia curang belakang aku! manusia mana yang mampu boleh terima pasangan dia curang? dengan Daniel lagi dia tahu aku benci Daniel! tapi dia masih kahwin dengan Daniel kau tahu tak sakit Mellisa! sakit sangat" suara lelaki itu mulai bergetar saat ini..

"Aku tak tahu adakah betul apa yang aku buat ni, aku takut kalau aku salah nampak atau apa pun masa aku hantar Hani balik ke rumah waktu tu mak Hani baru je meninggalkan jadi aku lah yang hantar Hani balik rumah aku dah rasa tak sedap hati dan betul lah sangkaan aku selama ni.."

Imbas kembali...

MELLISA terus keluar daripada perut keretanya itu,dia berasa amat tidak sedap hati kakinya perlahan-lahan mengatur langkah ke rumah Hani. Mellisa cuba berselindung di sebalik tingkap di situ membulat matanya saat kini apabila dia melihat Hani teruk di pukul oleh Daniel.

"H..Hani"

Dia ingin menolong Hani namun dia tidak terdaya, kalau dia masuk ke rumah itu sekali pun dia tidak kuat untuk melawan Daniel. Dia benar-benar tidak sangka lelaki itu sekejam itu.

"Hani kena pukul teruk dengan Daniel Am.." ujar Mellisa air matanya mulai mengalir perlahan apabila mengingatkan kejadian Hani di bantai teruk oleh Daniel saat itu.

"Aku tahu.." sepatah Irham membalas.

Mellisa mengerutkan dahinya seribu,apa maksud lelaki itu tahu?.Jadi langsung Irham tidak bertindak takkan lelaki itu mahu diam?

"K.kau tahu?, tapi kau diam je? k..kau ni memang kejam lah Irham! aku tak sangka kau sekejam ni! benci sangat kau pada Hani ya?"

"Kejam?, aku kejam? jadi dia tak kejam ke buat aku macam ni? aku terluka Mel buat kali kedua hati aku sakit! sangat sakit! apa aku boleh buat sekalipun pasti dia akan pilih suami dia sebab dia cintakan suami dia bukan aku... aku tak mampu buat apa-apa pun" tuturnya.

Mellisa mengesat air matanya itu dengan kasar,betul juga apa yang di katakan oleh Irham itu. Orang luar seperti mereka tidak boleh masuk campur rumah tangga Hani dan Daniel. Tetapi untuk hal sebegini mereka harus masuk campur!

"Aku tak boleh simpan dah rahsia ni, kau nak tahu kan kenapa Hani kahwin dengan Daniel dan tinggalkan kau?"

Irham hanya acuh tak acuh sahaja memandang Mellisa yang berada di hadapannya itu,adakah curang memerlukan sebab?

"Hani memang sayangkan kau, cintakan kau sepenuh hati dia Am.. tapi dia terpaksa kahwin dengan Daniel sebab arwah mak Hani di sahkan menghidap penyakit hati dan arwah Hani memerlukan Rm 100k untuk rawatan pembedahan Hati tu" cerita Mellisa.

Tergamam Irham saat mendengar kata-kata Mellisa tadi, kini Irham tepat memandang wajah Mellisa yang berada di hadapannya itu.

"Kau rasa sebagai anak mesti dia nak mak dia sihat, Daniel kata dia nak tolong Hani untuk pembedahan Mak Hani jadi Hani ingatkan Daniel baik hati tolong dia tanpa berharap kan apa-apa balasan tapi rupanya Daniel letakkan syarat untuk pembedahan tu  untuk Hani dapatkan 100k dia perlu bersetuju mengahwini Daniel"

"Dia menangis Am, setiap hari,setiap malam,setiap detik dia menangis dia takut kau akan benci dia sebab dia dah luka kan hati kau.. dia sendiri tak nak“ kau terluka dia terlalu sayangkan kau" ujar Mellisa lagi.

Bagaikan terhimpap batu yang besar di kepalanya kini, mendengar kata-kata Mellisa itu tak mungkin!

"Kau tipu kan?, kau ingat aku percaya cerita kau!"

"Aku tak tipu kau Am, segala-galanya dia luahkan dekat aku.. aku tahu dia tak bahagia pun dengan perkahwinan dia dengan Daniel sebab hati dia masih ada pada kau" Mellisa menyakinkan Irham.

Tubir matanya mulai terasa panas, bagaimana wanita itu menangung kesakitan selama ini?

"Hani menderita Am, sampai bila kau nak dia menderita?

Irham terus bangun daripada kerusinya itu dengan segera, kunci motornya itu turut di raih. *

"BODOH!!!,tak guna!!!" Serumpah seranah lelaki itu. Hani yang sidang terbaring lemah itu tidak mampu berbuat apa-apa.

"Berani kau menipu aku kan!," Lengan Hani itu segera di tarik dengan kuat pipi Hani itu di cengkam dengan kuat. Hani hanya mampu mengeluarkan air matanya sahaja kini.

Satu tumbukan padu terus melekat di wajah Hani, dan juga perut. Sudah lebam-lebam wajah wanita itu,dan juga berdarah luka-luka..

"S..sa.. sakit"

Namun anak mata Daniel terhenti apabila melihat seutas gelang yang jatuh daripada poket Hani saat itu. Semakin membara baran Daniel saat ini.

"Kau simpan lagi gelang si tak guna ni bagi!"

Perlahan-lahan Hani bangun dia cuba mengambil gelang yang berada di tangan Daniel saat ini namun gagal... Lelaki itu terus menolak Hani hingga ke dinding.

"Bagi saya Daniel" lemah Hani berkata.

"Kau nak ehh?, aku benci Irham kau faham tak! aku tak nak dia ada kaitan lagi dengan kau!!!" Jerit Daniel dengan kuat gelang itu terus di baling ke lantai berderai manik-manik gelang tersebut ke lantai.

"Jangan!!!!" Jerit Hani dengan kuat teresak-esak dia bangun.

Hani perlahan-lahan bangun daripada lantai tersebut, kakinya perlahan-lahan mengatur langkah ke arah gelang manik-manik yang berterabur itu.

"Kau ni memang tak serik kan!" Rambut panjang Hani itu terus di tarik dengan kuat. Pedih! Separuh mati wanita itu menjerit kesakitan. Hani terus mencapai kayu golf yang berada tidak jauh dengan dirinya itu lalu dia dengan pantas memukul Daniel dengan kuat dengan kayu golf itu sehingga lelaki itu menjerit kesakitan dan jatuh ke lantai.

Melihat lelaki itu sedang kesakitan, terus Hani bangun untuk cepat melarikan diri dengan segera Hani mengutip manik-manik gelang pemberian Irham itu kunci kereta Daniel yang berada di atas meja itu dengan cepat di raih. Kakinya terus mengatur langkah keluar daripada rumah itu dengan tergesa-gesa dia tidak sanggup lagi menahan sakit ini.

"Hani!!!!" Jerit Daniel dengan kuat dengan pantas lelaki itu bangun untuk mengejar wanita itu. Hani segera masuk ke dalam perut kereta dan dengan pantas Hani memecut laju untuk segera beredar daripada situ.

Daniel meraup rambutnya itu dengan kasar, benar-benar dia tidak puas hati dengan wanita itu sebaik dia ingin masuk ke dalam rumahnya seseorang menarik lengannya itu sehingga Daniel terpusing ke belakang. Satu tumbukan padu terus melekat di wajah lelaki itu.

"Kau memang binatang tahu tak!" Satu lagi tumbukan singgah di wajah lelaki itu.

Daniel terus menumbuk wajah Irham kembali, sehingga lelaki itu tersungkur jatuh ke belakang. Irham mengelap sedikit mulutnya yang berdarah itu. Kakinya itu terus mengatur langkah ke Daniel semula beberapa tumbukan padu kini di arahkan di perut lelaki itu.

Kolar baju lelaki itu di tarik, dengan kuat beberapa kali tumbukan melekat di wajah lelaki itu.

"Berani kau sentuh Hani ya!, berani kau sakitkan dia!!!! kau ni memang s*al!!!! Tak guna! kau bukan manusia tahu tak! jantan dayus jenis apa kau ni hah! "Kini pukulan amat kuat.

Irham tidak menahan lagi panas barannya kini, sebaik dia ingin memberikan tumbukan seterusnya seseorang menariknya ke belakang dan itu adalah Dato' Hisham. Dia pelik bagaimana papannya itu boleh berada di sini pada waktu begini.

"Sudah Am!,am nak jadi pembunuh ke" Dato' Hisham terus memeluk erat anak lelakinya itu. Tidak pernah papanya itu melakukan dirinya sedemikian. Irham tergamam saat ini.

"P..papa minta maaf Am, papa tahu papa dah banyak salah dengan Am.. papa sisihkan Am..papa lebihkan Daniel padahal Am anak papa darah daging papa..maafkan papa nak" Erat sekali dato Hisham memeluknya anaknya saat ini.

Tanpa sedar air matanya sudah mengalir perlahan membasahi pipinya, sudah lama dia menunggu saat-saat ini! Akhirnya dia terjadi. Irham menyambut pelukkan Dato Hisham dengan erat.

"P..pa..papa, maafkan Am jugak sebab Am tak hormat papa Am selalu sakitkan hati papa..maafkan Am papa" semakin laju air matanya membasahi pipinya saat kini.

Mellisa menggosok belakang Datin Hazimah yang berada di sebelahnya,dari wajah wanita itu Mellisa dapat rasakan wanita itu gembira apabila melihat hubungan anaknya dan suaminya sudah membaik. Yang jelas dia benar-benar kecewa dengan Daniel! Sanggup Daniel memukul Hani separuh mati!

Dia memang bukan manusia!

PERLAHAN-LAHAN pelukkan di leraikan Dato' Hisham menepuk belakang anaknya itu, kini dia memerhati Daniel yang sedang terbaring di lantai yang sudah lemah kerana teruk di pukul oleh Irham.

"Aku tak sangka Daniel, perangai kau macam ni Daniel! aku menyesal sebab ambil kau jadi anak angkat aku! mulai hari ni kau jangan panggil aku papa lagi! lelaki dayus jenis apa kau ni hah! " Tengking Dato' Hisham.

Pihak polis yang baru sahaja tiba, beberapa pengawai polis terus meluru ke arah Daniel yang sedang terbaring di lantai itu terus kedua belah tangan lelaki itu di gari.

"P...papa..papa tolong Daniel paa..tolong Daniel paa.." rayu lelaki itu.

Namun Dato' Hisham mengabaikan, biarlah dia mendapatkan hukuman dengan apa yang telah dia lakukan terhadap Hani!

Irham terus mengatur langkah masuk ke dalam rumah banglo itu, dia mencari kelibat Hani di dalam rumah itu namun dia hairan apabila tiada sesiapa yang berada di dalam rumah itu.

"Hani!! Hani!!!" Banyak kali Irham memanggil wanita itu makin tiada sesiapa menyaut.

Ke mana wanita itu pergi?..

BERSAMBUNG.....

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience