TAKDIR AKU 12

Short Story Completed 78115

"HAH,Irham sampai pun adik kesayangan aku ni kau tahu tak abang rindu dekat kau ni perkenalkan isteri abang Hani Nasreen" ujar Daniel sambil dia menyentuh bahu Irham. Dengan kasar Irham menepis tangan Daniel yang berada di bahunya itu.

Tidak tahu ingin katakan apa saat itu,yang boleh dia katakan benar-benar dia kecewa saat ini! Terlalu kecewa! Sempat dia menjeling sekilas ke arah Hani yang sedang duduk di atas pelamin itu.

"K..kau memang tak guna Daniel!,kau pun sama perempuan kau tak guna tahu tak!" Jerit Irham dengan kuat sambil menunjukkan jarinya pada Hani yang sedang duduk di pelamin itu.

Tersentak Hani mendengar jerkahan lelaki itu, air matanya itu terus mengalir membasahi pipinya saat itu. Raut wajah lelaki itu benar-benar bengis saat itu.

Semua para tetamu yang hadir di majlis perkahwinan Daniel dan Hani itu sempat berbisik-bisik sesama sendiri kehadiran Irham ke majlis perkahwinan nya itu memang membuatkan Dato' Hisham malu dengan sikap anaknya itu.

"Hey kau dah kenapa hah terjerit-jerit,kau ingat ni tempat apa! balik je tak menyenangkan hidup orang!" Pekik Dato' Hisham sambil mengatur langkah ke arah anaknya itu.

"Papa memang takkan terima Am sampai bila-bila kan?, apa yang lagi papa nak daripada Am hah! Am betul-betul bencikan papa! kau dengar tak aku cakap ni! Aku benci kan keluarga ni! aku betul-betul menyesal lah jadi anak kau!" Tengking Irham dengan kuat.

Dato' Hisham terus menghayunlan satu penampar ke pipi Irham. Tersentak lelaki itu, semua orang memandang ke arah Irham saat itu.

"Kurang ajar punya anak!, kau berambus daripada sini sekarang! Berambus kau bukan anak aku tahu tak! Kau berambus aku cakap!" Sudah hilang sabar lelaki tua itu.

Datin Hazim yang sedang duduk di pelamin itu dengan segera mengatur langkah ke arah Irham dan Dato' Hisham yang sedang berbalah saat itu.

"Am pun tak teringin lah duduk sini!, Am menyesal sangat-sangat ada ayah macam papa! Am benci tahu tak!"

"Kau ni memang nak kena dengan aku kan!" Sebaik Dato' Hisham ingin menghayunkan satu lagi penampar di wajah Irham segera Datin Hazimah menepis tangan Dato' Hisham dengan kasar.

"Sudah!,jangan berani awak naik tangan dekat anak saya lagi! Jangan sentuh anak aku!" Jerit Datin Hazimah dengan kuat.

Dato' Hisham tergamam saat itu, itu lah kali pertama isterinya itu meninggikan suaranya itu pada dirinya!

"Am,sakit ke Am?" Sebaik Datin Hazimah ingin memegang pipi anak lelakinya itu Irham terus menepis.

"M..mama tipu Am, mama memang sama je macam papa mama tak sayang Am" Irham terus meraih beg yang berisi pakaiannya itu kakinya itu terus mengatur langkah keluar daripada rumah itu.

"Irham!,Irham!" Panggil Hani air matanya itu sudah bercucuran mengalir perlahan membasahi pipinya itu. Sebaik dia ingin mengejar lelaki itu, lengan nya itu terus di tahan oleh Daniel sehingga langkah kakinya terhenti.

"Tak payah, biar kan je lagipun awak dah jadi isteri saya sekarang ni!" Tegas Daniel memberi amaran.

"M..maafkan saya Am.."bisiknya perlahan.

AIR MATANYA itu mengalir dengan deras sekali saat itu, Datin Hazimah memandang ke arah suaminya yang berada di sebelahnya itu benar-benar dia benci saat itu! Kakinya terus mengatur langkah naik ke bilik.

Malas dia ingin meneruskan majlis ini!, Ya allah lindungilah anak ku hanya itu sahajalah doa yang mampu sang ibu kirim pada anaknya itu.

BANGKU yang berada di bawah pokok itu di perhatikan, dia situlah selalunya Hani dan Irham berbual dan berjumpa benar-benar dia rasa di khianati saat ini. Irham terus melabuhkan duduknya di bangku tersebut.

Air matanya mulai bercucuran, wajahnya itu di raup beberapa kali. Mengapa dia harus menanggung ini sekali lagi? Adakah dia tidak layak bahagia bersama insan tersayang? Sebuah kotak kecil yang berisi cincin itu di ambil lalu di buka dengan perlahan-lahan.

"aku benci kau Hani, kau memang perempuan tak guna! kau memang tak guna!!!" Jerit Irham dengan kuat esakan tangisan mulai kedengaran.

Sakit!amat sakit! Kotak cincin yang berada di tangannya itu segera di baling dengan jauh dia ingin buang Hani daripada hidupnya kini! Hani tidak lagi bermakna dalam hidupnya itu!

Jam yang berada di pergelangan tangannya itu di tatap, itu adalah satu-satunya hadiah yang paling bermakna yang di berikan oleh Hani ketika dia sambung berlajar ke Jepun!

Dengan kasar Irham membuka jam yang berada di pergelangan tangannya itu, terus dia mencampakkan jam tangan itu di tanah lalu di pijak-pijak dengan kuat sehingga pecah berderai jam tersebut.

"Kau memang tak guna!, aku benci kau Hani!" Getusnya.

TOMBOL pintu itu terus di pulas, seluruh kawasan rumah itu di perhatikan oleh Hani. Wajah wanita itu sembap sahaja seperti tidak bermaya. Namun Daniel cuba menceriakan keadaan.

"Sayang suka tak rumah ni?" Soal Daniel.

"Ermm" Hani sekadar mengangguk.

Daniel mengeluh perlahan, pasti wanita itu memikirkan tentang Irham.

"Saya cuma nak pesan dekat awak,jangan sesekali jumpa Irham lagi sebab dia dah tak der kaitan dengan hidup awak lagi faham?" Tutur Daniel.

Hani menganggukkan kepalanya itu.

"Saya nak naik atas nak tidur, saya nak rehat penat sangat" Hani terus mengatur langkah kakinya untuk naik ke bilik terus dia meninggalkan Daniel terkulat-kulat keseorangan di bawah itu.

HANI memerhati wajahnya itu di cermin, tombol pintu bilik air itu sudah di kunci dia tidak mahu bertentangan mata dengan Daniel saat ini. Air matanya mulai mengalir perlahan membasahi pipinya saat itu esakkan tangisannya mulai kedengaran.

"Saya minta maaf Am, saya pun tak nak semua ni jadi mungkin kita tiada jodoh maafkan saya sebab dah bawa kelukaan ke dalam hati awak" ujarnya.

Paip pancuran air itu di buka, air mulai menurun terkena di badannya itu.sengaja dia membuka kuat sedikit supaya Daniel tidak mendengar kan suaranya yang sedang menangis itu.

Perlahan-lahan Hani menjatuhkan badannya itu,lalu di sandarkan di dinding dia memeluk tubuhnya itu dengan erat teresak-esak sendiri wanita itu menangis gelang yang berada di pergelangan tangan Hani itu di tatap.

"Kau kena buang Irham dalam hidup kau, kau dah jadi isteri orang Hani kau tak boleh simpan perasaan kau pada lelaki lain selain Daniel?tapi macam mana? Kalau aku terlalu cintakan Irham?"

"KENAPA dia tipu aku Zim?, kenapa dia buat aku macam ni? " Soal Irham perlahan.

Nazim hanya mampu melepaskan keluhan dia sendiri tiada jawapan daripada soalan yang di ajukan oleh Irham waktu itu. Sebab dia sendiri tidak tahu hal sebenar.

"Am kau tak tahu kan kenapa Hani buat macam tu,pasti ada sebab dia buat macam tu"

"Hurh,sebab? sebab apa?curang pun perlukan sebab ke? dia bukan setakat curang dengan aku Zim! Dia siap kahwin depan mata aku kau nak aku rasa apa masa tu ke kau nak aku senyum? gembira?" Balas Irham.

"Bagilah dia penjelasan,aku pasti ada sebab dia buat semua ni"

"Kalau dia bagi penjelasan sekali pun, semuanya takkan berubah dan tetap sama dia masih akan bergelar isteri Daniel!"

"Kenapa banyak-banyak lelaki, Daniel yang jadi pilihan dia! Ke dia nak permainkan aku!"

"Semua yang aku sayang tikam belakang aku, mama pun sama je dia ikut je kepala papa aku tu!, "

Nazim hanya mendengar segala luahan hati kawannya itu, dia tahu lelaki itu pasti sedang sangat kecewa!

IRHAM mengatur longlai sahaja langkah kakinya masuk ke kedai serbaneka, kelihatan tidak kemas sahaja cara dia berpakaian dengan rambut yang tidak tersikat kemas. Peti ais yang berada di hadapannya itu buka lalu di mencapai sekotak air soya dan di bawa ke kaunter untuk di bayar,

Selesai sahaja membayar harga sekotak susu soya itu, kakinya terus mengatur langkah keluar daripada kedai serbaneka tersebut namun ada seseorang yang tiba-tiba sahaja melanggar dirinya hingga jatuh.

"Hey kau buta ke hah!" Jerit Irham dengan kuat.

Wanita iru yang turut terjatuh mengangkat wajahnya itu,ya dia kenal siapa pemilik suara itu perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya itu dan benar itu Irham!

Irham tersentak apabila kini dia berada di hadapan wanita itu,ya dia ialah Hani bagaimana mereka boleh bertemu di sini? Segera Irham bangun daripada lantai, itu sebaik kakinya ingin mengatur langkah pergi lengannya itu segera di tarik oleh Hani.

Namun dengan kasar Irham menepis, naik turun naik dadanya menahan sabar darahnya itu sudah menggelegak waktu itu! Benar-benar benci dia melihat wajah wanita itu.

"Am,s.. saya"

"Kau dengar sini ehh,aku tak dah tak der kena mengena dengan kau! jangan sesekali kau sebut nama aku lagi!" Ujar Irham dengan tegas.

Air matanya mulai bercucuran saat itu, sempat matanya mengerling ke arah pergelangan Hani wanita itu masih memakai gelang pemberian dirinya itu.

“Maafkan saya sebab saya dah mungkir janji saya pada awak, maafkan saya sebab dah luka kan hati awak "

Irham tergelak sinis,maaf? memang mudah di sebut namun untuk memaafkan benar-benar susah!

“Mulai hari ni jangan pernah kau muncul lagi depan aku Hani ! , Kalau tidak aku akan bunuh kau ! Dan mulai hari ni aku tak kenal kau ! Aku tak kenal siapa Hani ! " Tengking lelaki itu dengan kuat.

Kakinya itu terus mengatur langkah beredar daripada situ dengan segera,malas ingin berlama-lama mengadap wajah wanita yang amat di benci olehnya itu.

"Irham!Irham!" Namun panggilan itu di hiraukan oleh lelaki itu.

TING!

Daniel yang sibuk menguruskan fail-fail yang harus di siapkan itu terus meletakkan fail-fail itu ke tepi, telefon yang berada tidak jauh dengan dirinya itu di ambil nampaknya ada seseorang menghantar meseg pada dirinya itu terlibat gambar Hani dan Irham.

"Berani dia jumpa Irham, aku dah bagi amaran dekat dia!" Tangannya itu di hentak dengan kuat pada meja

Daniel mengetapkan giginya itu dengan ketat, jari-jemari nya itu sudah di genggam dengan kemas terus dengan segera dia bangun daripada kerusi yang sedang dia duduki itu kakinya itu terus mengatur langkah keluar daripada pejabat yang sedang dia duduki itu.

Benar-benar hatinya panas membahang saat ini!

BERSAMBUNG....

Happy Reading... (◕ᴗ◕✿)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience