"HANI!" bergegas Daniel mengatur langkah kakinya ke arah wanita itu. Langsung dia tidak sangka yang wanita itu berani melakukan sedemikian.
Irham memandang ke arah Hani yang berada di sebelahnya itu, wanita itu benar-benar membuatkan dirinya tergamam! Dato' Hisham pula memandang Hani dengan pandangan tajam! Berani wanita itu berkata padanya sebegitu.
"Saya minta maaf,kalau uncle rasa saya dah kurang ajar dengan uncle tapi saya cakap semua ni untuk kebaikan uncle dengan Irham"
Lengan Irham itu terus di tarik oleh Hani,lalu di bawa keluar daripada rumah itu. Irham hanya mengikuti sahaja jejak langkah wanita itu. Daniel pula hanya memerhati jejak langkah mereka berdua!
"Kenapa dengan kawan kamu tu Daniel!,berani dia nasihatkan papa!" suara Dato' Hisham itu di tekan.
Daniel hanya terdiam, dia masih lagi tidak puas hati dengan kelakuan Hani sebentar tadi yang membela Irham daripada di marahi oleh papanya itu.
“EHH!,kau ni dah kenapa hah!" Tangan Hani yang sedang memegang lengannya itu segera di tepis dengan kasar. Seperti biasa wajah bengis sahaja yang di tayangkan.
Hani menggaru kepalanya yang tidak gatal,entah kenapa rasa berani yang ada sebentar tadi hilang serta merta apabila berpandangan mata bersama Irham.
"S..saya minta maaf, s..saya tak der niat pun nak masuk campur hal awak dengan keluarga awak saya cuma buat apa yang patut saya kesian kat awak" tutur Hani sambil menundukkan pandangan nya itu.
Irham melepaskan keluhan perlahan, dia mencari anak mata Hani yang seperti ingin menghilang itu.
"Haihh,apa pun terima kasih lah tolong aku tadi kalau tak der kau tadi memang aku dah kenapa penampar free tadi" ujar Irham selamba.
Hani menganggukkan kepalanya itu,sambil mengukir senyuman entah kenapa hatinya terasa bahagia saat ini.
"Tapi lain kali kau janganlah buat macam tu lagi sebab kau akan buat papa aku bencikan kau, dah lah kau gi balik aku pun nak pergi rumah Nazim ni" Sebaik Irham ingin melangkah kakinya pergi suara Hani itu menghentikan langkahnya itu.
Irham terus memalingkan wajahnya itu mengadap wajah Hani yang kini berada di hadapannya itu wajah wanita itu tidak lengkang dengan senyuman.
"Kita tak perkenalkan diri lagi, nama saya Hani..Hani Nasreen" ujar Hani sambil mengukir senyuman manis.
Irham mengeluh perlahan, sebernanya dia malas ingin memperkenalkan dirinya malas nak kenal orang baru pun iya jugak sebenarnya.
"Am" balas Irham sepatah kakinya terus mengatur langkah meninggalkan Hani di situ.
"Bye Am!" Jerit Hani daripada belakang sambil melambaikan tangannya itu walaupun Irham hanya mengabaikan dia tetap berasa gembira kerana dapat bercakap dengan lelaki itu.
DANIEL merebahkan badannya itu dengan kasar ke katil, rambutnya itu di raup beberapa kali benar-benar dia rasa tidak puas hati pada Irham. Bagaimana Hani boleh terfikir untuk mempertahankan Irham? Sedangkan wanita itu amat tidak menyukai lelaki seperti itu.
"Kenapa Hani selamatkan Am?, ke dia suka Am? hishh tak mungkin lah perempuan macam Hani tu akan suka lelaki macam si Irham tu!" Omelnya sendiri.
telefon yang berada di atas mejanya itu di raih, nombor telefon Hani itu di dail namun langsung wanita itu tidak mengangkat telefon bimbitnya itu. Daniel terus membaling dengan kasar telefon bimbit itu ke katil.
"Angkatlah Hani!" Pekiknya sendiri rambutnya itu di raup beberapa kali dengan kasar!
"IRHAM ZAHRIQ" nama itu meniti di bibirnya itu tertawa sendiri Hani di buatnya apabila wajah lelaki itu terbayang di dalam fikirannya itu.
"Yang kau sebut nama si malaun tu kenapa?," Mellisa terus ke arah Hani yang sedang duduk di kerusi itu. Kerusi yang berada di sebelah Hani itu tarik lalu dia melabuhkan duduknya di kerusi bersebelahan dengan Hani.
"Ehh Mel, aku ingatkan kau dah tidur tadi" Hani senyum.
"Nak tidur macam mana nya,dari tadi lagi aku dengar kau tersebut-sebut nama Irham siap nama panjang lagi sejak bila kau berkawan dengan dia ni?" Soal Mellisa bertubi-tubi selagi tak tahu cerita pasti hatinya tidak akan tenang.
Hani tergelak sendiri, kepalanya yang tak di gatal itu di garu.
"Aku dengan dia dah jadi kawan, lagipun aku tahu dia lelaki yang baik tak per lah Mel aku dah nak tidur ni sorry ehh ganggu kau tidur tadi assalamualaikum" Hani terus bangun daripada kerusi yang sedang dia duduki itu.
Hani terus mengatur langkah kakinya ke katil dan di rebahkan badannya itu di katil, siling kosong itu di pandang sambil dia mengukir senyuman sendiri.
"Haih pelik betul lah si Hani ni" Mellisa hanya menggelengkan kepalanya itu.
"Am!!" Jerit seseorang daripada belakang. Irham berdegus perlahan. Irham terus mengalihkan pandangannya itu di belakang kelihatan Hani yang kini sedang berlari anak ke arahnya itu.
Namun belum sempat Hani ingin melangkah kakinya pergi ke arah Irham, lengannya itu di tarik oleh Daniel sehingga langkah Hani terhenti.
"Ikut saya sekejap,ada benda penting saya nak cakap dengan awak" serius Daniel berkata.
Hani hanya mengangguk, kakinya terus mengatur langkah membuntuti Daniel daripada belakang. Irham hanya memerhati langkah mereka berdua.
"Tadi dia panggil kau ni dia pergi dengan Daniel pulak" ujar Nazim.
"Lantak dia lah dah jom Zim,aku dah lapar tahu tak ni" Irham terus mengatur langkah kakinya pergi daripada situ. Nazim pula hanya membuntuti jejak langkah kawannya itu.
DANIEL memandang Hani dengan pandangan serius, Hani hanya mengeluh perlahan pada masa yang sama dia hairan dengan sikap Daniel pada waktu itu.
"Awak nak cakap apa sebenarnya dengan saya ni?" Hani bersuara terlebih dahulu apabila Daniel tidak berbicara.
"Kenapa awak selamatkan Am semalam?," mendatar Daniel berkata.
Hani melepaskan keluhan perlahan, takkan di sebabkan itu sahaja Daniel ingin dingin dengan dirinya itu.
"Saya dengan Am dah jadi kawan,lagipun Am baik"
"Baik?,awak tak nampak ke macam mana dia layan orang lain?dia akan sakitkan awak dan luka kan awak satu hari nanti! percaya lah cakap saya" Daniel cuba untuk menyakinkan Hani.
Hani pantas menggelengkan kepalanya itu, langsung dia tidak bersetuju dengan kata-kata Daniel sebentar tadi tentang Irham.
"Walaupun saya baru je kenal Irham,saya tahu dia lelaki yang baik. Dia jadi macam tu pun sebab kisah silam dia. " Tutur Hani lembut.
"Lelaki yang baik?,apa Irham dah hasut awak hah?sampai jadi macam ni! " Suara Daniel mulai sedikit tinggi namun masih lagi cuba di kawal.
"Awak cakap je lah apa awak nak cakap, saya tetap akan berkawan dengan Irham lagipun saya suka dia" Selamba Hani berkata.
Daniel mengerutkan dahinya seribu apabila mendengar pengakuan wanita itu sebentar tadi, tangan Hani itu terus di raih sambil di genggam dengan kemas.
"Hani apa awak cakap ni?, takkan awak suka dengan lelaki macam tu! lelaki macam tu tak layak langsung untuk jadi pasangan hidup awak lah"
"Saya dah jatuh cinta dengan dia Daniel,dan saya akan sentiasa ada dengan dia"
Panas membahang cuping telinga lelaki itu mendengar setiap kata-kata yang keluar daripada Hani itu.
"Saya dah habis cakap, saya kena pergi" Sebaik Hani ingin mengatur langkah kakinya pergi.
"Saya cintakan awak Hani, tolonglah jangan buat saya macam ni" ujar Daniel.
"Maafkan saya Daniel, macam saya cakap saya cintakan Irham dan kalau boleh jangan di sebabkan ni kita berdua putus kawan ya" Ujar Hani kakinya terus mengatur langkah pergi daripada situ meninggalkan Daniel terkulat-kulat di situ.
TANPA Hani dan Daniel sedar,ada sepasang telinga yang dari tadi curi-curi dengar perbualan mereka berdua itu iaitu Irham. Irham benar-benar tergamam mendengar pengakuan wanita itu sebentar tadi.
TING !
NAZIM:amboii lamanya kau kat tandas,kau berkelah ke apa kat sana hah
Irham terus menutup telefon bimbitnya itu, dia masih lagi tidak percaya apa yang barusan dia dengar sebentar tadi.
NAZIM mengerutkan dahinya seribu melihat wajah Irham saat itu, Irham terus melabuhkan duduknya di kerusi bersebelahan dengan Nazim wajahnya yang terkejut itu langsung tidak boleh di tutup.
"Yang kau ni dah kenapa?,baru lepas nampak hantu?" Tegur Nazim buku yang berada di hadapannya itu di buka.
"Hantu apanya, dah lah mengarut betul lah kau ni " balas Irham kasar.
Nazim hanya menjeling lalu mengendahkan Irham,orang tanya pun nak marah itu lah dia Irham Zahriq.
"Dia suka aku?, ahh mengarut lah aku salah dengar kot tadi kan?" Irham hanya sekadar menyedapkan hatinya itu.
Tapi kalau di fikirkan balik biar je lah Hani nak suka dia pun kan?, Baginya Hani dan perempuan lain sama sahaja! tiada yang beza pun sebernanya!
IRHAM mengatur langkah kakinya ke arah motosikal nya yang terparking tidak jauh dari situ, namun langkahnya terhenti apabila ada seseorang menarik lengannya itu sehingga badannya itu mengadap ke belakang belum sempat dia melakukan apa-apa satu penumbuk telah hinggap di pipinya itu sehingga dia jatuh ke lantai.
Perutnya itu pula di pijak dengan kuat oleh Daniel, Irham benar-benar tidak faham dah kenapa tiba-tiba sahaja Daniel ingin menyerang dirinya itu.
"Kau ni patut mati tahu tak!" Satu lagi penumbuk hinggap di pipinya itu.
"Kau dah kenapa hah!" Tengking Irham terus dia bangun daripada lantai itu sebaik dia ingin menumbuk wajah Daniel dia terhenti sendiri.
"Lagi sekali kau pukul anak aku Irham!,kau bukan lagi anak aku kau dengar ya amaran aku ni Irham Zahriq!" suara Dato' Hisham mulai tergiang-giang di cuping telinganya itu.
Daniel hairan apabila lelaki itu tidak membalas pukulan nya itu, Irham mengetapkan giginya dengan ketat! perlahan-lahan dia melepaskan baju Daniel yang sedang di pegang itu.
"Aku tak kacau kau!,jadi kau jangan kacau aku!" Tegas Irham kakinya itu terus mengatur langkah ke arah motosikal. Perutnya itu di pegang, sungguh kuat sekali pukulan yang di beri oleh Daniel sebentar tadi.
Perlahan-lahan badan Irham rebah ke lantai, pandangannya mulai perlahan-lahan kabur dan akhirnya gelap. Irham mula tidak sedarkan diri.
Mahasiswi dan Mahasiswa yang kebetulan berada di situ, terus mengatur langkah kakinya ke arah Irham yang sudah terbaring tidak sedarkan diri. Hani dan Mellisa yang kebetulan lalu di situ hairan melihat orang ramai mulai berkerumun.
Hani terus mengatur langkah kakinya ke arah orang ramai yang sedang berkerumun itu, membulat matanya itu apabila melihat Irham terbaring di lantai dengan wajahnya yang luka dan lebam.
"Irham!"
Daniel yang berada di situ terkejut melihat Hani yang turut berada di situ, terlalu jelas wanita itu amat risaukan lelaki itu.
"Aku takkan biarkan kau menang Irham!, semuanya hak aku! termasuklah Hani!" bisik hatinya sendiri.
Tangannya itu di genggam dengan kemas sekali.
Dia tidak akan membiarkan Irham dapat apa yang dia ingin miliki!
BERSAMBUNG....
happy Reading
Share this novel