“TAK BAIK lah kau buat dia macam tu Am, dia niat baik nak bagi kau sarapan kau pulak boleh tolak bekal makanan dia tu jatuh kat lantai” ujar Nazim tidak langsung bersetuju dengan tindakan kawan baiknya itu.
“dia yang cari masalah dengan aku,ada ke aku suruh dia susah payah masak untuk aku?tak der kan?hey Nazim boleh tak kau berhenti fikir pasal orang lain! ” balas Irham geram.
“kau ni Am memang dah berubah lah,berapa kali dah aku cakap dengan kau! Lupakan Raniya!selagi kau ingat perempuan tu keadaan akan makin buruk tahu tak!dengan baran kau ni aku pun kadang-kadang malas nak layan kau ni tahu tak” Nazim terus berdiri dari bangku yang sedang dia duduki itu.
Tidak tahan lagi dia layan perangai ego dan perasan bagus Irham ni, dengan marah tak tentu hala!siapa boleh tahan?
Irham yang sedang duduk di bangku itu segera bangun dan berdiri di hadapan Nazim sambil bercekak pinggang,
“jadi kau menyesal lah kawan dengan aku?,”
“kau tanyalah diri kau sendiri Am!” Nazim terus meraih begnya itu kakinya itu terus mengatur langkah beredar daripada situ meninggalkan Irham terkulat-kulat keseorangan di situ. Sukahati dia lah nak jadi apa pun!
“yang dia nak emotional sangat tu kenapa,hishh kenapalah aku terjebak dengan perempuan tak guna tu!” omelnya sendiri rambutnya itu di raup dengan kasar kebelakang.
BEKALAN makanan yang ingin di berikan pada Irham itu di tatap agak lama, penat-lelah menyajikan makanan itu untuk lelaki itu dan dengan cara ini lelaki itu membalas memang sungguh kejam!
“buang lah,bukan boleh makan lagi pun” suara seseorang itu menyedarkan lamunan wanita itu. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya itu kelihatan Irham kini berada di hadapannya dengan wajah bengis seperti biasa.
“I..Irham?” Hani pelik bagaimana lelaki itu boleh ada di sini. Terus Hani bangun daripada bangku yang sedang dia duduki air matanya itu di kesat dengan pantas.
“a..awak buat apa kat sini?”
Sebenarnya Irham sendiri pun tidak tahu apa yang sedang dia lakukan dia sini, mungkin sebab perbalahan dia dengan Nazim agak memberi dia tamparan hebat! takkan sebab benda kecil begini dia ingin putus kawan dengan Nazim dah lah hanya Nazim yang memahami dirinya itu. Dia tidak mahu kehilangan kawan baik seperti Nazim.
Irham perlahan-lahan melabuhkan duduknya itu di bangku, tangannya itu pula di silangkan dia mulai perasan mahasiswa dan mahasiswi yang berjalan di situ curi-curi memandang ke arah mereka berdua. Ye lah sejak hubungan Irham dan Raniya putus tidak pernah mereka semua melihat Irham dengan perempuan lain. Hani pelik melihat kelakuan lelaki itu.
“Okey kau nak apa sebernanya dengan aku?,kau tahu tak aku tak kenal kau tapi kenapa kau sibuk ada dekat sekeliling aku” Soal Irham berterus terang.
“Saya tak nak apa-apa pun,saya cuma nak berkawan dengan awak tu je” balas Hani tenang.
Irham mengerutkan dahinya seribu, kawan? dia ni gila ke apa nak berkawan dengan orang macam aku ni. Orang ramai minta jauh dia ni lagi nak!
“Aku tak perlu kawan, aku dah ada Nazim. so boleh tak aku minta sangat dengan kau jauhkan diri kau daripada aku! sebab aku hanya akan luka kan hati kau bukan kau je sesiapa je tolonglah jangan dekat dengan aku”
“sebab kau tak tahu diri aku yang seberna,aku boleh jadi kejam daripada yang kau bayangkan” Irham terus bangun daripada bangku yang sedang dia duduki itu dan mengatur langkah kakinya pergi daripada situ.
Hani hanya memandang jejak langkah lelaki itu hinggalah hilang daripada pandangan nya itu,
“saya akan kenal diri awak Irham” tuturnya perlahan.
TING !
DANIEL: Hani malam ni keluarga saya ada buat makan-makan, mama dengan papa suruh ajak awak. Awak datang ya.
Hani berfikir sejenak apa yang hendak di balas, tapi kalau dia datang dia dapatlah berjumpa Irham kan? Boleh lah dia kenal lelaki itu dengan lebih dekat.
HANI: Okeyy.
Daniel terus mengukir senyuman bahagia apabila dia mendapat tahu Hani bersetuju, terus dia meletakkan telefon bimbitnya itu di katil kakinya terus mengatur langkah ke arah kamar mandi untuk mandi dan turun ke bawah.
IRHAM memerhati Nazim yang sedang duduk di sofa dia melepaskan keluhan perlahan, okey dia mengalah! Kakinya itu terus mengatur langkah ke arah sofa terus dia melabuhkan duduknya di sebelah Nazim. Nazim pula diam hanya fokus menonton televisyen.
“aku dah jumpa Hani, okey lah aku tak layan dia macam tu dah” ujar Irham selamba matanya hanya tertumpu di hadapan.
“bagus lah tu,”
“Kau ni Zim,tak payahlah merajuk macam perempuan lah. kau tahu kan aku macam mana?”
“merajuk?, tak der masa lah.aku marah kejap je takkan sebab benda kecik tu aku nak putus kawan dengan kau Am kita kenal bukan setahun dua tahun tahu tak. aku dah masak dengan perangai gila kau ni”
Irham hanya mengukir senyuman nipis, beruntung dia dapat kawan baik seperti Nazim yang memahami dirinya itu.
“Baju kemeja putih yang aku bagi kau pinjam itu kau dah bawak pergi dobi belum?,aku nak kena pakai esok” ujar Nazim.
“aku dah lama basuh, alamak baju kemeja tu dekat rumah papa aku lah aku lupa nak ambik sekali” Irham menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“huh,habistu macam mana?aku memang kena pakai baju tu Am”
“Tak per lah jap lagi malam aku gi lah rumah tu, jangan risau”
“Boleh ke?,kau dengan papa kau dah lah gaduh besar”
“biar je lah, bukan sekali dua aku gaduh dengan dia tu aku dah malas nak ambik tahu yang penting baju kau” ujar Irham sambil dia menyandarkan badannya di sofa melepaskan keluhan penat.
“ASSALAMUALAIKUM,” laung Hani di hadapan pagar rumah berwarna coklat itu. Sehinggalah kelihatan Daniel sedang keluar daripada pintu untuk menyambut ketibaan Hani itu.
“waalaikumussalam,sampai pun masuk lah mama dengan papa dah lama tunggu awak” ujar Daniel.
Hani mengangguk sambil tersenyum, kakinya terus mengatur langkah membuntuti Daniel daripada belakang yang sedang ingin meluru masuk ke dalam rumah banglo tersebut.
“Hani, hah duduk lah dulu” pelawa Datin Hazimah sambil menarikkan kerusi untuk Hani duduk.
Hani terus melabuhkan duduknya di kerusi, matanya meliar melihat sekelilingnya itu untuk mencari kelibat Irham. Dari tadi langsung tidak nampak batang hidung lelaki itu. Takkan tidur pulak kan? Daniel mulai perasan mata Hani dari tadi lagi meliar ke sekeliling untuk mencari kelibat seseorang.
“Jangan risau Am tak der,dia tidur rumah Nazim” celah Daniel sambil dia meletakkan nasi ke dalam pinggan Hani. Hani tersedar daripada lamunan.
“Hah?,Irham tak der?” suara Hani bunyi sedikit hampa.
Daniel menganggukkan kepalanya itu, kelihatan Dato' Hisham sedang meneruni dari anak tangga terus kaki lelaki itu mengatur langkah ke arah meja makan lalu melabuhkan duduknya di kerusi.
Datin Hazimah yang sedang membawa semangkuk sup itu terus tergopoh-gopoh meletakkan di atas meja, terus dia menarik kerusi dan melabuhkan duduknya di kerusi bersebelahan dengan Dato Hisham
“jemput makan Hani” pelawa Dato' Hisham.
Hani menganggukkan kepalanya itu sambil mengukir senyuman.
BUNYI enjin motor di luar itu menyedarkan orang ramai yang berada di arah meja makan, Dato' Hisham yang ingin menjamu selera itu terus meletakkan garpu dan sudunya itu terus dia bangun daripada kerusi itu.
“haihh balik dah si Am tu” ujar Daniel malas.
“Am?,Irham makan sekali dengan kita ke” Hani senyum.
Daniel hanya sekadar mengangkat bahunya itu, malas ingin menjawab soalan pasal Irham ni sebernanya.
"IRHAM nak masuk dalam ke?” suara itu menghentikan langkah Irham. Kini Dato' Hisham berada di hadapannya itu.
"Am nak ambik baju Am, Am tak tidur sini pun papa tak payah risau" balas Irham dengan wajah tegang nya itu.
Dato' Hisham menyilangkan tangannya itu dia memandang tepat wajah anaknya itu, suka sangat buat dia naik darah dengan mulut lancang nya itu.
"Siapa bagi Am kebenaran pijak lantai rumah ni,bukan Am sendiri cakap yang Am tak nak pun ada dalam keluarga ni?"
Irham melepaskan keluhan, kakinya perlahan-lahan mengatur ke arah Dato' Hisham
"Memang tu pun yang Am nak, tapi apa boleh buat darah yang mengalir daripada badan Am ni pun darah papa jugak kan? Am ni masih darah daging papa walaupun banyak kali Am nafikan!"
"Sedar pun diri, ingatkan tak sedar diri kadang-kadang papa rasa kenapalah bukan Daniel yang jadi anak kandung papa kenapa kamu ya? kamu ni kalau nak di bandingkan dengan Daniel memang jauh beza lah"
"Papa ingat Am nak sangat ke jadi anak kepada lelaki pengecut macam papa ni!, yang lebihkan orang luar daripada anak sendiri! Papa nak tahu tak punca nenek tinggalkan kita? " Sinis Irham berkata.
“Diam Irham, kamu jangan melampau!” Jerit Dato' Hisham.
Irham tidak kisah dengan tengkingan kuat daripada papanya itu, Hani yang berada di meja makan dengan pantas bangun kakinya terus mengatur langkah ke arah suara kuat Dato' Hisham itu.
“Hani,awak nak ke mana!” panggilan daripada Daniel itu hanya di abaikan oleh Hani.
“Nenek tinggalkan kita sebab papa!, papa yang bunuh nenek!" Jerit Irham dengan kuat.
"Kurang ajar punya anak!," Sebaik Dato' Hisham ingin menampar wajah Irham segera Hani menepis tangan Dato' Hisham ketika itu.
Irham tergamam melihat tindakan wanita itu, dia pelik bagaimana wanita itu kini berada di hadapannya itu.
"Sudahlah uncle, janganlah pukul Irham lagi walau apa pun jadi Irham tetap anak uncle sampai bila uncle nak naik tangan pada dia?" Soal Hani.
Daniel dan Datin Hazimah yang berada di situ turut terkejut melihat tindakan berani gadis itu,
Irham masih lagi tergamam sendiri.
BERSAMBUNG...
happy Reading
Share this novel