TAKDIR AKU 9

Short Story Completed 77128

MELLISA melabuhkan duduknya di sebelah Hani yang sedang keseorangan duduk di bangku sambil termenung jauh itu,

"Kau kenapa ni Hani?,kau ada masalah ke?" Soal Mellisa.

Hani menggelengkan kepalanya itu, sahaja dia duduk keseorangan di sini untuk tenangkan diri. Tapi jujur dia katakan dia sudah pun merindukan lelaki itu.

"Kau perasan tak sekarang ni Daniel tu asyik ikut je ke mana kau pergi kan?,dia macam sengaja je nak rapat-rapat dengan kau"

"Yer ker?, entahlah Mel lagipun aku dah cakap dengan dia dah yang aku hanya anggap dia sebagai kawan and dia tahu aku dengan Am sekarang ni " jelas Hani.

"Ooo" Mellisa hanya mengangguk.

3 TAHUN BERLALU,

WALAUPUN Hani dan Irham tidak berjumpa pada masa ini, namun mereka masih lagi berhubung dari jauh. Tidak pernah sekali pun sehari mereka tidak menghantar pesanan apa-apa setiap kali melihat Irham di telefon pasti wanita itu akan menangis sendiri. Benar-benar dia rindukan lelaki itu.

Entah kenapa dia tiba-tiba sahaja terasa takut,dia seperti rasa akan terjadi sesuatu dan akan memisahkan dirinya bersama Irham. Namun dia amat berharap hubungan dia dan Irham akan kekal selamanya dan hidup bahagia.

"Ermmm nah" Daniel menghulurkan sekotak gelang pada Hani.

"Errr apa ni?" Polos Hani bertanya.

"Saya nampak dah lama awak pakai gelang tu,ni saya ada beli gelang lebih cantik dan mahal daripada awak pakai tu" ujar Daniel senyum.

Hani terus menolak kotak itu pada Hani semula,

"Ni Irham yang bagi, saya takkan buka gelang ni walau apa pun jadi saya dah kena pergi ni jumpa lagi ya" Hani terus mengatur langkah pergi.

Daniel mengengam penumbuknya dengan kemas, Tak habis-habis dengan Irham!

Telefon yang berdering itu menghentikan langkah Hani, terus dia menyeluk beg tangannya itu dia melihat nama Mak cik Kiah yang tertera jarang betul kawan maknya itu menelefonnya itu segera Hani mengangkat panggilan daripada Mak Cik Kiah itu.

"Assalamualaikum, Mak cik Kiah kenapa call Hani ni?" Soal Hani lembut.

"Waalaikumussalam, Hani..mak Hani.."

"Mak?,kenapa dengan mak?" Hani cemas.

Daniel yang berada di belakang Hani itu,terus mengatur langkah ke arah wanita itu yang sedang bercakap telefon itu. Hairan dia melihat wajah cemas Hani saat itu.

"Mak Hani masuk hospital sampai sekarang tak sedarkan diri Hani, "

"M..mak" air matanya mulai bergenang.

"Kenapa ni Hani?" Soal Daniel risau.

JEPUN TOKYO,

IRHAM duduk di bangku yang berpandangan tasik yang terletak di shinjuku gyeon National garden bunga yang kuning keemasan di hadapannya itu membuatkan pemandangan lebih indah dengan angin sepoi-sepoi saat itu. Cincin yang berada di tangannya itu di perhati. Tanpa sedar sudah 3 tahun berlalu tidak sabar dia ingin pulang ke tanah air untuk berjumpa Hani.

"Tak pernah sesaat, sedetik pun saya lupakan awak Hani" ujarnya sendiri.

telefon bimbit itu terus di capai, nombor Hani itu di dail namun dia hairan mengapa wanita itu tidak angkat berkali-kali lelaki itu mendail nombor telefon wanita itu makin gagal. Masih tidak jawab dan yang masuk hanya peti suara.

"Haihh,kenapa dia tak angkat ni?" Omelnya sendiri.

Irham menoleh ke arah belakang, entah kenapa dia rasa seperti seseorang sedang memerhati dirinya daripada jauh, namun tiada sesiapa mungkin itu hanyalah perasaan sahaja kot.

HANI yang baru sahaja keluar daripada bilik doktor itu perlahan-lahan melabuhkan duduknya di kerusi ruang menunggu itu, air matanya itu terus mengalir dengan deras. Daniel yang berada di sebelahnya itu hairan melihat keadaan wanita itu.

"Sabar ya Hani, insyaallah mak cik Kiah tahu Saleha akan kuat" pujuk Mak Cik Kiah.

"K..kenapa mak tak bagitahu Hani, yang mak sakit mak cik? kenapa mak sorok?" Esakkan gadis itu mulai agak kuat.

"Mak kamu tak nak Hani risau, mak nak Hani fokus pada pelajaran Lagipun mak kamu tak nak susahkan Hani"

Hani meraup rambutnya yang panjang itu ke belakang, air matanya semakin laju mengalir perlahan membasahi pipinya itu.

"Apa doktor cakap pasal mak tadi?"

”mak menghidap penyakit hati,"

”doktor bagitahu Hani Dalam 100K,mana Hani nak cari mak cik Kiah?" Esakkan mulai kuat.

100 ribu?,mana Hani ingin dapat duit sebanyak itu? Nak dapatkan 10 ribu pun susah ni pulak 100 ribu? Dia buntu sangat buntu.

Hani meraup wajahnya itu.

"100k?" Soal Daniel.

Hani dan Mak Cik Kiah terus memandang ke arah Daniel yang sedang duduk di situ,

"Saya boleh tolong awak,"

"A..awak boleh tolong saya?"

Daniel mengangguk.

Hani mengukir senyuman manis, benar-benar dia beruntung mempunyai kawan seperti Daniel. Daniel mengukir senyuman yang penuh dengan tanda tanya.

"Terima kasih, Daniel saya tak tahu macam mana nak balas budi baik awak tapi saya janji dengan awak satu hari nanti saya akan balas budi awak" ujar Hani.

Daniel hanya sekadar tersenyum,plan pertama sudah berhasil! Dia akan pastikan Hani menjadi miliknya dan yang paling penting Irham akan merana dan kalah! Itu yang paling dia inginkan Irham tidak boleh bahagia!

"100K?, Daniel nak buat apa dalam duit sebanyak tu?" Soal Dato' Hisham..

"Errr, ni kawan Daniel ingat tak Hani? Mak dia masuk hospital dan perlukan duit untuk pembedahan"

"Hani?, Ohh yang berani pertahankan Irham tu ke?"

"Alaaa paaa,Hani tak sengaja waktu kan dia dah minta maaf? boleh papa lagipun tak lama lagi Daniel akan kahwin dengan Hani"

Terkejut teruk Dato' Hisham itu saat mendengar kata-kata anak lelakinya itu, kahwin? Bangun terus Dato' Hisham saat itu.

"Daniel Cintakan Hani paaa, jadi lepas operation semua ni kalau boleh Daniel nak terus kahwin dengan Hani dan Daniel nak menikah dengan Hani waktu Irham balik ke Malaysia" Ujar Daniel.

Semakin tidak faham lelaki tua itu saat mendengar hajat daripada anaknya itu,kenapa perlu tunggu sehingga Irham pulang? Bukankah lagi 2 tahun baru Irham pulang?

"Please paa, " Rayu Daniel lagi.

"Haishh, yer lah nanti papa bagi kamu"

Daniel terus mengukir senyuman bahagia!,dia sudah agak pasti Dato' Hisham akan mengikut segala permintaan nya itu kerana Dato' Hisham amat menyayangi dirinya itu.

HANI menghidupkan telefon bimbitnya itu takut Irham menelefon dirinya itu, namun gagal apabila bateri sudah tiada terus dia mencapai caj lalu di cucuk. Hani terus bersandar di kepala katil kepalanya saat itu kosong pada masa yang sama dia tidak yakin takkan Daniel ingin memberinya 100K begitu sahaja?

"Haishh,Hani kau ni janganlah fikir bukan-bukan pasal Daniel. Dia tu baik kau pun kenal dia kan?" Hani menyedapkan hatinya sendiri.

gelang yang berada di pergelangan tangannya itu di perhatikan, tidak lama lagi lelaki itu akan pulang tidak sabar Hani ingin menyambut kepulangan Irham.

"Ya allah kau permudahkanlah urusan ku" ucapnya sendiri.

TANGAN Hajah Saleha di genggam kemas oleh Hani, air mata tidak berhenti-henti bercucuran. Kesian dia melihat keadaan maknya saat itu benar-benar keadaan Hajah Saleha lemah.

"Kenapa anak emak nangis ni, " perlahan sahaja suara Hajah Saleha.

"Mak jangan risau ya, dah ada seseorang nak bantu kita ni..err kawan Hani Daniel dia yang akan bantu kita"

Hajah Saleha senyum.

"T..e..erima kasih ya Daniel"

"Sama-sama Mak Cik" Daniel senyum.

SELEPAS Beberapa jam menjalani pembedahan Hani memerhati Hajah Saleha yang masih lagi tidak sedarkan diri di katil sebelah senyuman mulai mengukir di bibirnya itu,

"Ehh Daniel?, err saya ingat awak dah balik" perlahan-lahan Hani menyandarkan badannya itu pada kepala katil.

"Awak rehat lah dulu,mesti awak penat kan? nak saya belikan makanan ke?"

Hani menggelengkan, sekarang ni dia hanya ingin rehat itu sahaja dia ingin saat ini.

"Terima kasih ya Daniel sebab awak tolong saya, saya sendiri tak tahu nak balas jasa awak macam mana" ujar Hani lagi.

"Lagipun ni papa saya jugak bagi duit kan?, tapi sebernanya awak boleh je balas jasa saya.."

Hani mengerutkan dahinya.

"Awak cakap je,saya akan buat"

"Kahwin dengan anak uncle" suara daripada belakang itu menyedarkan perbualan Hani dan Daniel saat itu.

Hani mengukir senyuman, tidak pula dia tahu Irham sudah memberitahu pada Dato' Hisham tentang hubungan mereka.

Daniel gembira, apabila melihat Hani yang sedang tersenyum pasti wanita itu bersetuju lagipun wanita itu tidak punya pilihan.

" Memang tu pun rancangan kami uncle, sekarang ni Hani cuma tunggu Am balik" ujar Hani bahagia.

Daniel mengerutkan dahinya.

"Bukan dengan Am!"

Hani terkejut.

Kalau bukan Am?,siapa? Bukankah anak Dato' Hisham Irham takkan... Daniel? Jadi Daniel buat semua ni kerana ingin mengahwini dirinya?

"Di sebabkan kami semua dah tolong kamu untuk pembedahan mak kamu, kami dah habis beribu-ribu untuk pembedahan ni! Jadi sekarang giliran jamu untuk balas budi kami! uncle tak mintak banyak uncle cuma minta kamu kahwin dengK Daniel itu sahaja Hani", tutur Dato' Hisham.

Hani tergamam saat itu, benar-benar dia terkedu! Mengahwini Daniel? Jika dia berkahwin dengan Daniel bagaimana dengan Irham! Dia tidak pernah mencintai Daniel bagaimana dia ingin berkahwin dengan Daniel?

Dan yang paling penting dia tidak mahu luka kan hati Irham, dan dia sudah pun berjanji pada Irham untuk menunggu Irham sehingga pulang.

Telefon bimbitnya yang berdering itu di tatap, anak mata Daniel turut memandang ke arah telefon bimbit Hani pada itu nama yang tertera Irham. Sebaik Hani ingin meraih, Daniel segera menutup telefon bimbit wanita itu.

"Saya dah tolong pun awak Hani, jadi sekarang ni awak pula tolong saya? Saya janji yang saya akan bahagikan awak Hani,"

BERSAMBUNG.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience