TAKDIR AKU 6

Short Story Completed 77129

PERLAHAN-LAHAN matanya itu di buka dia terus mengalihkan pandangannya ke arah sebelahnya itu kelihatan Hani berada di sebelahnya itu yang sedang duduk. Namun dia hampa kenapa bukan sebaik membuka matanya itu dia akan dapat melihat mama dan papanya itu?

"Irham?,awak dah sedar" Hani senyum. gembira dia melihat keadaan lelaki itu sudah membaik.

Irham hanya diam membisu, perlahan-lahan dia menyandarkan badannya itu pada kepala katil sambil di bantu oleh Hani.

"Saya dah bagitahu mama dengan papa awak, nanti diorang sampai ya" ujar Hani.

"D..diorang takkan datang" sepatah Irham membalas bersama suara seraknya itu.

Hani mengerutkan dahinya seribu, dia tidak faham kenapa lelaki itu katakan seperti itu.

"Aku bukan Daniel, cuba kalau Daniel diorang sanggup batalkan benda yang penting semata-mata nak tengok keadaan Daniel" matanya sudah berair.

Irham sendiri tidak tahu kenapa dia luahkan pada Hani ketika itu,mungkin dia tidak sanggup lagi menahan bebanan yang berat ini seorang diri.

"Kau tahu tak, sejak Daniel ada dalam keluarga aku, diorang selalu pinggirkan aku buat aku macam tak wujud dalam rumah tu semuanya Daniel yang bagus Daniel dan yang buruk aku" Luah Irham lagi.

Hani mulai sebak, mendengar luahan hati lelaki itu terlalu banyak sudah lelaki itu tanggung kesengsaraan.

"Saya tahu awak kuat untuk lalui semua ni, dan saya yakin mama dengan papa awak sayangkan awak" Ujar Hani.

Irham pantas menggelengkan kepalanya itu, rambutnya itu di raup ke belakang agak kasar.

"Diorang tak sayang aku Hani"

Hani tergamam sebentar, itu adalah kali pertama lelaki itu menyebut namanya itu jantungnya mulai berdegup dengan laju.

Irham pantas menyeka air matanya yang ingin menitis itu,

"Aku tak tahu kenapa aku cakap dengan kau semua ni,mama dengan papa memang takkan datang lagipun keadaan aku dah okey" sebaik Irham ingin bangun daripada katil dengan pantas Hani menghalang.

"Ehh, sekejap tunggu saya panggil doktor dulu" Hani terus bergegas keluar daripada wad yang sedang Irham duduki itu. Irham hanya memerhati jejak langkah wanita itu daripada jauh.

"Aku tak nak sakit lagi," ujarnya perlahan.

"KENAPA Daniel tak bagitahu mama yang Am masuk hospital?,kalau Hani tak meseg mama ni mama sampai sekarang takkan tahu" suara Datin Hazimah agak meninggi.

Daniel yang sedang duduk di sofa itu terus bangun daripada sofa,Namun belum sempat Daniel menjawab Dato' Hisham terus memotong ayat anaknya itu.

"Saya yang suruh Daniel tak bagitahu awak, buat apa? biar padan dengan muka dia tu!apa dia ingat dia hebat sangat ke!" Ujar Dato' Hisham sambil dia melabuhkan duduknya di sofa.

"Abang ni dah kenapa ya!, sampai bila abang nak layan Am macam ni! abang tak kesian ke dengan anak kita tu! saya sebagai mama dia pun tak sanggup lah tengok anak saya macam tu" Ujar Datin Hazimah.

"Dia sendiri yang tak nak di lahirkan dalam keluarga ni kan?,jadi? biar dia rasa!"

"Abang ni memang pentingkan diri kan!" Datin Hazimah terus mengatur langkah pergi daripada situ.

Kata-kata Datin Hazimah tadi langsung tidak dapat menjentik hati Dato' Hisham yang sudah keras seperti batu itu!

"SIAPA call tu?,bising lah Am kalau tak nak angkat off terus telefon" Ujar Nazim deringan telefon bimbit itu benar-benar menganggu dirinya saat itu.

"Mama aku call, ahh malas aku nak angkat nanti macam-macam alasan dia bagi aku" balas Irham endah tak endah sahaja.

Nazim hanya mampu melepaskan keluhan perlahan,tidak tahu ingin katakan apa lagi kalau cakap pun bukan Irham ambik tahu pun.

"Ermm,Am aku nak tanya kau sesuatu ni"

Irham mengangkat keningnya.

"Kau dengan Hani ada apa-apa ehh?,kenapa aku tengok lately ni dia asyik ada dengan kau je"

"Aku tak der masa nak bercinta Nazim, buang masa aku tahu tak" Irham terus bangun daripada sofa yang sedang dia duduki itu lalu mengatur langkah kakinya masuk ke biliknya itu.

Nazim hanya tergelak kecil, sambil menggelengkan kepalanya itu.

IRHAM berdegus perlahan apabila dia melihat Hani sedang meluru ke arahnya itu,tapi kenapa dia tidak melangkah pergi sahaja daripada situ? apakah perasaan yang sedang hadir ini?

"Hai Am, nak masuk kelas dah ke?mana Nazim bukan ke selalunya dia dengan awak?" Soal Hani sambil dia mengintai di sekitar Irham.

Irham hanya terdiam membisu, wajah Hani pula di tatap agak lama.

"Perasaan apa ni?,kenapa aku rasa yang aku.. ehh tak mungkin!tak mungkin Irham!" bisik hatinya sendiri.

"Irham Zahriq!" Nama itu meniti di bibir Hani suaranya pula di kuatkan sedikit apabila lelaki itu tidak menjawab pertanyaan itu.

"Err,apa kau cakap tadi?" Irham tersedar daripada lamunannya itu.

"Saya tanya awak Nazim mana?,kan selalunya dia dengan awak" ulang Hani.

"Ohh,Nazim dia dah pergi awal lagi" jawab Irham.

Hani hanya sekadar mengangguk,sambil mengukir senyuman manis.

Tanpa mereka berdua sedar ada sepasang mata sedang memerhati, benar-benar hatinya berasa sakit melihat Irham dan Hani yang semakin dekat itu.

"Saya nak jalan dengan awak sekali boleh?" Soal Hani.

"Sukahati kau lah" balas Irham malas kakinya terus mengatur langkah pergi daripada situ sambil Hani membuntuti Irham daripada belakang.

"Aku takkan biarkan kau menang Irham!" ujarnya sendiri.

SEBAIK sahaja di buka kunci lockernya itu kelihatan ada sebekas bekal makanan yang berada di dalam lockernya itu. Irham terus mencapai bekal itu lalu di perhati. Ada sekeping note yang terlekat di bekas penutup itu.

Enjoy your food!

-Hani-

Irham hanya mampu menggelengkan kepalanya itu, ini bukanlah kali pertama wanita itu membekalkan dirinya makanan. tanpa sedar bibir mulai mengukirkan senyuman. Benar-benar kehadiran wanita itu sudah mengubah dirinya yang amat dingin dahulu itu.

IRHAM memerhati sekotak jam tangan yang berada di atas mejanya itu, entah kenapa Hani memberikan dirinya jam tersebut benar-benar dia tidak faham dengan wanita itu.

"Kenapa dia baik sangat dengan aku?,padahal dah macam-macam aku buat dengan dia kot" bebelnya sendiri.

"Tapi kenapa, aku tak jauhkan diri daripada dia macam aku buat dekat perempuan lain?ke sebab aku dah mula suka kan dia?"

Irham pantas menggelengkan kepalanya itu, mengarut! Tak mungkin dia akan buka kan semula pintu hatinya dia tidak mahu lagi terluka! Terlalu sakit untuk dia hadapi!

telefon yang berdering menyedarkan dirinya daripada lamunan, dan dia melihat nama Hani yang tertera. Irham melepaskan keluhan. Kerana panggilan tidak dijawab Hani menghantar meseg pula.

HANI:Saya nak jumpa awak esok,ada hal penting yang saya nak cakap.

IRHAM:tengok lah kalau aku tak busy.

Hani mengukir senyuman, dia pasti dan pasti Irham akan datang untuk menemuinya.

"Hishh perasaan apa ni!!, kacau betul lah!!" Irham meraih bantal di sebelahnya itu lalu menekup wajahnya itu benar-benar dia tidak faham dengan dirinya itu sendiri.

TING !

MAMA: Am,balik ya malam ni mama nak jumpa Am.

Irham mengeluh perlahan namun dia hanya menutup semula telefon bimbitnya itu, namun dia berdering sekali lagi.

MAMA:Kalau Am sayangkan mama,balik ya malam ni mama rindukan Am. Mama tahu Am tengah sakit sekarang ni tolong balik ya janganlah buat mama risau.

"Buat apa dia suruh aku balik, pastu papa marah-marah aku!" Omelnya sendiri.

Irham mengecilkan matanya apabila dia melihat Hani sudah melambaikan tangannya itu daripada jauh, Hani sudah agak pasti lelaki itu akan datang!

Kakinya terus mengatur langkah ke arah Hani yang sedang duduk di bawah pokok itu, rumput hijau dan angin sepoi-sepoi saat itu membuatkan suasana nyaman. Dari tadi Hani langsung tidak lengkang dengan senyuman entah kenapa pun tidak tahu.

"Kau nak apa suruh aku datang sini?,aku busy tahu tak" ujar Irham.

Hani menarik nafasnya itu lalu di lepas perlahan-lahan,

"Saya tak boleh lagi simpan perasaan ni jadi saya nak dengar daripada mulut awak sendiri, sebab saya tak nak kalau awak bagi harapan pada saya"

Irham hairan melihat wajah serius Hani saat itu, namun pada masa yang sama jantungnya itu berdegup sangat laju apabila melihat Hani betul-betul tepat memandang wajahnya itu. Sempat juga dia cuba melarikan wajahnya daripada terus menatap Hani. Sempat juga Hani melihat di pergelangan tangan Irham memakai jam pemberian nya itu. Senyuman mulai mengukir di bibirnya itu.

"Saya dah jatuh cinta dengan awak, okey sekejap sebelum awak cakap apa-apa dengar dulu apa yang saya nak cakap ni"

Irham tersentak!

"Saya tahu mesti awak rasa pelik kan?, yer lah kita baru kenal dalam 4 bulan macam tu kan? tapi saya tak tahu kenapa saya boleh jatuh cinta dengan awak walaupun saya tahu tak mungkin awak suka kan saya yang hanya gadis kampung ni kan?" Hani hanya mengukir senyuman nipis.

Irham hanya terdiam membisu benar-benar dia tidak sangka wanita itu akan berkata begitu pada saat begini. Hani hanya melepaskan keluhan perlahan dia sudah tahu yang pasti Irham tiada jawapan!

"Tak per lah kalau awak tolak,sebab saya tahu tak mungkin lah kita akan bersama ya lah saya faham" Ujar Hani sebaik kakinya ingin melangkah pergi.

"A..aku tak tahu apa perasaan ni Hani, sebab aku dah lama tak rasa kadang-kadang dia gembira kadang-kadang dia boleh jadi sedih aku tak tahu kenapa bila aku dengan kau aku boleh tersenyum" Tutur Irham.

Hani mengalihkan pandangannya itu ke arah Irham, dia tidak sangka itu adalah jawapan yang akan di beri oleh Irham.

"Aku takut sangat Hani, aku takut kalau aku akan terluka macam dulu! sebab aku tak kuat untuk semua tu terlalu sakit Hani"

"Tapi saya betul-betul cintakan awak Irham, saya nak selalu ada bersama awak sampai bila-bila" Balas Hani.

"Dan..Saya percaya yang saya memang dah jatuh cinta dengan awak Hani" Ujar Irham.

Dia sendiri tidak sangka dia mampu menyebutkan kata-kata itu, Hani benar-benar tergamam saat itu.

Hani dan Irham saling berpandangan masing-masing mengukir senyuman bahagia, lelaki amat berharap cinta kali ini akan tidak menyebabkan dirinya terluka. Ya dialah Hani yang bertakhta di hatinya kini.

SEPANJANG perjalanan ke rumah keluarganya itu tidak langsung lengkang senyuman daripada bibirnya itu, sampai dia tidak sedar sudah tiba di hadapan rumah keluarganya itu motorsikal nya itu di parking di tepi sebaik kakinya ingin melangkah masuk ke dalam rumah itu anak matanya terhenti apabila dia melihat peti surat sudah di penuhi dengan surat. Biasalah bila rumah tiada pembantu rumah beginilah jadinya.

Kakinya terus mengatur langkah ke arah peti surat tersebut, surat-surat yang berada di dalam peti itu di bawa keluar satu persatu di lihat namun tangannya itu berhenti seketika apabila dia melihat sepucuk surat yang tertulis nama dirinya itu.

Irham terus membuka sampul surat itu dengan pantas, dan dia mulai membaca isi surat itu dengan pantas rupanya itu adalah surat sambung berlajar  ke luar negara yang dia apply dahulu.

"Alhamdulillah, akhirnya" ucapnya.

Namun senyuman yang mengukir di bibirnya itu serta-merta terhenti apabila dia baru teringat tentang Hani, kalau dia ke luar negara bagaimana dengan Hani takkan dia ingin meninggalkan wanita begitu sahaja? Padahal baru sahaja dia mulakan hubungan dengan wanita itu ya dia amat buntu!

BERSAMBUNG.....

Happy Reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience