IRHAM melihat sekelilingnya itu dia melihat hanya Datin Hazimah,Hani dan Nazim sahaja yang menghantar dirinya ke lapangan terbang. Kelibat Dato' Hisham langsung tidak kelihatan. Datin Hazimah perasan anak mata anaknya yang dari tadi lagi mencari kelibat seseorang pasti dia mencari kelibat Dato' Hisham sungguh tinggi ego lelaki berusia itu.
"Irham, papa sibuk nanti kalau Irham nak pesan apa-apa bagitahu mama"
Irham hanya mengukir senyuman nipis,
"Am,kau jaga diri kau baik-baik ehh jangan lupa aku pulak ingat aku ni kawan baik kau" Ujar Nazim sambil menepuk belakang kawannya itu. Irham tergelak kecil dia menganggukkan kepalanya itu beberapa kali.
Irham memandang pula ke arah Hani, dia mengukir senyuman pada wanita itu. Hani turut membalas senyuman lelaki itu.
"Awak jaga diri ya kat sana, jangan lupakan saya jugak. nanti kalau dah sampai bagitahu ya" bergetar suara Hani saat itu.
Irham mengangguk.
"Saya sayang awak, awak janji kan dengan saya yang awak akan tunggu saya?"
"Saya janji Irham, saya pun sayangkan awak" Balas Irham sebak.
"Jangan risau Hani, saya akan sentiasa ada dalam hati awak dan awak pun jaga diri baik-baik ya "
Hani menganggukkan kepalanya itu,air matanya mulai mengalir membasahi pipinya saat itu. Entah kenapa dia rasa seperti semuanya akan berubah. Ya Allah tolonglah kau jaga hubungan kami, itu sahajalah yang Hani berharap.
Irham terus menyalam Datin Hazimah, lalu memeluk erat Datin Hazimah air matanya mulai bercucuran dia memang kalau boleh tidak mahu menangis namun dia tidak dapat menahan sebak apabila terpaksa berpisah dengan Datin Hazimah dan Hani.
"Anak mama jaga diri ya sayang, jangan lupa telefon mama" semakin laju air mata Datin Hazimah saat itu.
"Am akan selalu telefon mama" Irham memandang jam yang berada di pergelangan tangannya itu. Jam yang di hadiahkan oleh Hani.
"Am dah nak kena pergi ni, Am sayang mama tau Am pergi dulu ya mama assalamualaikum“ ujar Irham sebaik kakinya ingin mengatur langkah. Langkahnya terhenti apabila dia melihat wajah Hani sudah lencun di basahi tangisan.
Irham terus mengesat air mata wanita itu yang semakin laju mengalir membasahi pipinya itu, dia tahu Hani tidak mahu berjauhan dengan dirinya itu . Namun dia turut sama tidak mahu berjauhan Hani.
"Awak jangan risau Hani,balik je saya nanti saya akan tunaikan janji saya pada awak saya akan lamar awak jadi isteri saya Hani Nasreen"
"Saya takut , kalau awak akan tinggalkan saya" esakkan mulai kendengaran.
Irham pantas menggelengkan kepalanya itu.
"Saya janji Hani,saya takkan tinggalkan awak tapi awak pun kena janji dengan saya yang awak pun jangan tinggalkan saya ya?"
Hani pantas menganggukkan kepalanya itu, air matanya itu segera di kesat.
"Am flight kau " sampuk Nazim.
"Dah jangan nangis, saya pergi dulu bye Hani" Irham terus mengatur langkah kakinya itu sambil dia menarik beg bagasinya itu.
Hani memerhati jejak langkah lelaki itu dari belakang, entah kenapa dia seperti rasa tidak sedap hati. Dia seperti dapat rasakan yang perkara teruk akan berlaku. Namun dia berharap semuanya akan berjalan lancar dengan sempurna.
"Saya janji Am,saya akan tunggu awak" Jerit Hani dengan kuat.
Semua yang berada di lapangan terbang itu memandang ke arah Hani, Irham tergelak kecil melihat kelakuan Hani saat itu. Ya dia Hani, Hani Nasreen wanita yang aku cinta saat ini.
DATO' HISHAM yang sedang duduk di kerusi pejabat itu termenung jauh entah kenapa kata-kata Irham semalam seperti terusik hati nya itu.
Imbas kembali....
Bunyi tombol pintu di pulas secara perlahan mulai kedengaran, Irham memberanikan dirinya untuk masuk ke dalam bilik Dato' Hisham itu. Kelihatan Dato Hisham sedang berada di atas katil sambil membaca sesuatu di telefon bimbitnya itu.
"Kau nak apa datang sini?" Soal Dato' Hisham.
"Err.., Am nak bagitahu papa yang esok Am dah gerak ke Jepun boleh tak kalau esok papa hantar am ke airpot?" Soal Irham tergagap-gagap.
"Papa busy lah,banyak benda nak buat kau tu bukan budak kecil nak aku hantar"
Irham menundukkan pandangan nya itu, dia sudah mengangak itulah jawapan yang akan di beri oleh papanya, tidak mungkin Dato Hisham setuju ingin menghantar dirinya ke airpot.
"Tak per lah,kalau papa busy ermm Am pergi sana 5 tahun paaa nanti kita tak dapat jumpa lagi"
"Bagus lah tu, kalau boleh lama pun tak per ye lah kau duduk sini pun menyusahkan orang je sakit mata aku asyik pandang kau lagipun kau duduk sini tak der guna jugak" sindir Dato Hisham dengan kasar.
Sindiran pedas tadi benar-benar melukakan hati Irham saat itu, tapi dia sudah biasa dengan sindiran pedas daripada Dato' Hisham belum masuk lagi di bandingkan dengan Daniel.
"Am minta maaf paa,sebab Am tak dapat jadi anak yang papa idamkan Am tak sebaik Daniel Am jahat kan? Am selalu buat papa marah,sakit hati sebab tu Am tahu papa tak pernah langsung sayangkan Am" matanya mulai berair.
Dato' Hisham terdiam sejenak mendengar luahan hati anak lelakinya saat itu.
"Kalau lah di beri pilihan kan paaa, Am tak nak di lahirkan dalam keluarga ni sebab Am tahu kehadiran Am ni hanya menyusahkan semua orang sepatutnya Am lah kan anak angkat betul tak? Dan Daniel yang sepatutnya anak kandung papa kan sebab Am tahu papa terlalu sayangkan Daniel. Semua yang Daniel nak semua papa pagi"
"Tak per lah paa, Am minta maaf sekali lagi tapi walau apa pun Am tetap akan sayangkan papa sebab papa tetap papa Am walau banyak kali Am nafikan pun Assalamualaikum paa” namun langkahnya itu terhenti dia memalingkan wajahnya ke arah Dato' Hisham.
Tangannya itu di hulurkan pada Dato' Hisham,namun lelaki itu hanya mengabaikan. Irham hanya tertunduk, dia malas mahu bergaduh lagi. kakinya itu terus mengatur langkah keluar daripada bilik Dato' Hisham saat itu.
"PAPA" suara Daniel saat itu menyedarkan lamunan Dato Hisham pada itu.
"Ehh Daniel bila kamu sampai?,papa tak perasan pun" ujar Dato' Hisham hairan bila pula Daniel berada di situ.
"Macam mana papa nak perasan dah termenung jauh sangat, ni Am dah gerak ke Jepun baru lah aman hidup papa kan? Yer lah kalau tidak Am tu asyik menyakitkan hati je kan?" Ujar Daniel.
"Ermm"
Daniel pelik,itu sahaja yang lelaki tua itu mampu membalas? Takkan dia tidak suka Irham ke Jepun? Bukan kah Dato Hisham lebih suka kalau tidak bertemu dengan Irham.
"Papa kenapa ni?"
"Tak der apa lah, Papa dah kena pergi meeting ni Daniel balik lah dulu ya jumpa kat rumah nanti" Dato' Hisham terus bangun daripada kerusi yang sedang dia duduki itu lalu keluar daripada pejabat tersebut.
KEESOKKAN HARINYA Hani terus pergi ke kolej seperti biasa, muram sahaja wajahnya saat itu walaupun baru sahaja lelaki itu pergi meninggalkan dirinya itu dia mulai terasa rindu. Benar-benar dia rindu saat ini. Gelang yang di pakai di pergelangan tangannya itu di tatap, setiap kali dia rindu akan Irham pasti dia akan menatap gelang pemberian Irham itu.
"Hani" suara itu menghentikan langkah Hani. Kepalanya itu terus dia alihkan ke belakang kelihatan Daniel sedang berlari anak ke arahnya itu.
"Ermmm, awak okey ke Hani kenapa saya tengok awak macam tak sihat je?" Soal Daniel prihatin.
"Saya okey, cuma teringat dekat Irham ohh ya saya nak tanya kenapa awak tak der dekat airpot semalam?"
"Err.., ohh saya busy sikit lah semalam saya memang tak sempat nak jumpa Am sebelum gerak ke Jepun awak jangan risau lagipun saya dah meseg dia"
Hani hanya sekadar mengangguk.
"Okey lah saya nak ke kelas dulu"
"Saya jalan dengan awak sekali boleh?"
"Err..,ermm" Hani terus mengatur langkah kakinya di buntuti oleh Daniel tersenyum lebar lelaki itu apabila Hani mengizinkan nya berjalan bersama.
Nazim hanya sekadar memerhati langkah Hani dan Daniel, Nazim pantas menggeleng kepalanya itu. Dia pasti Daniel ada niat jahat bukan dia tak kenal abang angkat yang tak berapa angkat untuk Irham tu!
IRHAM: Awak buat apa tu?, busy ke macam mana dekat sana semuanya okey ke? awak tahu tak saya rindukan awak sekarang ni sampai tak boleh fokus berlajar :-P.
Tertawa sendiri Hani membaca text daripada Irham pada itu,
Typing..
HANI: Saya baru habis kelas, saya kat sini okey je and saya pun rindukan awak sangat Am.
butang send di tekan.
IRHAM:Kalau awak rindu saya, tengok lah gelang yang saya bagi tu itu adalah tanda cinta saya pada awak.
HANI: Saya akan tunggu awak, nanti kalau awak balik je saya nak buat kenduri besar-besaran.
IRHAM: HAHAHAH, macam-macam lah awak ni ermm saya dah kena pergi ni nanti kita text lagi ya i live you sayang..
HANI: I love you too, bye!
Telefon bimbitnya itu terus di tutup, seseorang mulai melabuhkan duduknya di sebelahnya itu dan itu adalah Daniel. Daniel menghulurkan ais-krim pada Hani.
"Ambil lah, panas-panas macam ni sedap tau dapat makan ais-krim"
Hani seperti teragak-agak untuk mengambil, tapi takkan dia ingin menolak pemberian orang kan? Hani mengambil.
"Aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku Hani!, dan aku akan buat kau akan tinggalkan Irham dan aku nak tengok apa akan jadi dengan Irham kalau Hani pun sama tinggalkan dia macam mana Raniya tinggalkan dia!" Bisik hatinya itu sambil menatap wajah manis Hani saat itu.
BERSAMBUNG....
Happy Reading!!!
Share this novel