LONGLAI sahaja langkah Hani menuju ke rumahnya itu,air matanya yang sedang mengalir perlahan itu di kesat dengan cepat. Terus perlahan-lahan dia memulas tombol pintu biliknya itu anak matanya itu terhenti apabila dia melihat Daniel kini berada di hadapannya itu. Kalau ikutkan ini bukan waktu Daniel pulang berkerja.
"Bila awak balik?,kenapa tak bagitahu balik awal kalau tidak saya masak awal sikit" ujar Hani senyum. Pintu rumahnya itu terus di tutup.
"Awak pergi mana tadi?" dingin Daniel bertanya.
"Ermm,beli barang ni sebab saya tengok dalam peti sejuk tu masih tak der bahan basah" Hani menunjukkan beg plastik yang di pegang olehnya.
Daniel tergelak sinis, rambutnya itu pula di raup dengan kasar ke belakang masih wanita itu tidak mengaku walaupun sudah di tanya secara dengan baik.
"K..kenapa ni Ir..err.. Daniel kenapa ni ?" Hampir tersasul Hani menyebut nama Irham saat ini. Makin mengelegak lah jawabnya darah lelaki itu saat ini.
"Awak jumpa Irham kan!,awak ingat saya tak tahu ke!" Akhirnya meletus kemarahan lelaki itu saat ini. Tersentak Hani mendengar jeritan kuat lelaki itu.
Daniel kini menjegilkan matanya ke anak mata Hani,kecut perut wanita itu melihat wajah ketat lelaki itu.
"S..saya memang ada jumpa Am, tapi saya terserempak je saya tak der niat pun nak jumpa dia" jelas Hani.
"Terserempak?, kau ingat bodoh ke apa!" Kini Daniel membahasakan dirinya kau,aku bersama Hani.
Hani benar-benar pelik melihat kelakuan lelaki itu saat ini, dia hairan kenapa tiba-tiba sahaja lelaki itu berangin! Bukan dia curang belakang Daniel pun!
"Haihh,awak ni dah kenapa ya sebernanya takkan sebab saya terserempak dengan Irham awak nak mengamuk bagai ni awak tahu tak saya ni dah banyak buat salah dengan dia awak tahu tak!" Hani memberanikan dirinya untuk bercakap.
Hani terus mengatur langkah untuk naik ke bilik, namun langkahnya terhenti apabila Daniel tiba-tiba sahaja menarik lengannya itu sambil di cengkam dengan kuat amat kuat!,
"Sakit lah Daniel!" Hani mengerang kesakitan.
"Saya dah bagitahu awak kan, jangan sebut lagi nama Irham! Apa yang susah sangat awak nak faham hah! awak tu isteri saya sekarang !!!!" Jerit Daniel dengan kuat.
Hani terus menepis lengan Daniel yang sedang memegang lengannya itu dengan kasar, agaknya lelaki itu sudah hilang akal agaknya!
" Apa yang lagi awak nak hah Daniel!,saya dah pun jadi isteri awak! saya dengan Irham dah tak der apa-apa kalau saya jumpa dia sekali pun tak lebih dari seorang kawan!" Terang Hani lagi.
"Awak ingat saya percaya ke hah!"
"Sukahati awak lah kalau nak percaya ke tidak!, sudah lah Daniel saya dah penat sangat penat dengan semua ni saya dengan Irham dah tak der apa-apa"*
"Kalau macam tu saya nak awak tanggalkan gelang yang awak pakai dengan tangan awak tu sekarang!"
Pantas Hani menggelengkan kepalanya itu, hanya itu sahajalah kenangan dia bersama Irham.
"Saya cakap bagi sekarang Hani Nasreen!" bergema suara lelaki itu saat ini.
"Tak!," Hani terus memegang pergelangan tangannya itu yang di hadiahkan gelang oleh Irham itu.
"Bagi sekarang!" Daniel terus menarik lengan Hani dengan kuat untuk dia membuka gelang yang berada di pergelangan tangan wanita itu.
"J.. janganlah Daniel, tolonglah jangan!!!", Air matanya mulai membasahi pipinya saat itu.
Namun Daniel masih berkeras,dia berusaha menarik gelang yang kini berada di pergelangan tangan Hani saat itu. Namun secara refleks Hani terus menolak badan Daniel dengan kuat sehingga lelaki itu jatuh ke lantai.
Benar-benar dia takut dengan kelakuan Daniel terhadapnya saat ini, bergegas dia berlari naik ke tingkat 2 dari bawah masih kedengaran lelaki itu menjerit nama Hani dengan kuat. Hani terus menutup pintu dengan cepat dan mengunci. Tubuhnya itu di peluk dengan erat.
"Buka pintu ni Hani!,aku cakap buka kau faham bahasa ke tidak hah!" Jerit Daniel dengan kuat pintu itu di ketuk berkali-kali dengan kuat.
Hani menutup kedua belah telinganya itu, air matanya sudah menitis laju membasahi saat itu dia memang benar-benar sudah ketakutan saat ini.
Semakin kuat pintu itu di ketuk, gelang yang berada di pergelangan tangannya itu segera di tanggalkan lalu di letakkan di tempat tersorok.
"Aku cakap buka pintu ni Hani!"
Terketar-ketar Hani memulas tombol pintu tersebut, dan kini Daniel berada di hadapannya itu anak mata lelaki itu terhenti apabila dia tidak melihat gelang pemberian Irham tiada di tangan Hani. Di mana wanita itu menyorokkan gelang itu?
"Mana gelang tu Hani,bagi aku sekarang!" Marah lelaki itu tidak dapat di bendung lagi saat ini.
Hani hanya diam membisu, wajahnya itu sudah lencun dengan tangisan mengigil jari-jemari nya saat ini. Tidak pernah dia berasa takut seperti ini.
"Mana gelang tu bagi aku!", Lengan Hani itu di tarik dengan kasar.
"Daniel janganlah macam ni,t..tapi gelang tu saya punya saya dengan Am kan cuma kawan sekarang saya janji saya takkan jumpa Irham lagi", ujar wanita itu berselang bunyi tangisan.
"Jadi sekarang ni kau nak defend Irham si tak guna tu ke!",
"Baik kau bagi aku, sebelum aku berkeras dengan Kau Hani!, ", Lengan Hani itu di tarik dengan kuat sehingga begitu dekat dengan dirinya saat ini.
"T.. tolonglah Daniel,jangan macam ni.." rayu wanita lagi.
"Kau ni memang tak kena kan!, bodoh!!!!", Jerit Daniel dengan kuat satu penampar di hayunkan di wajah Hani dengan kuat sehingga wanita itu jatuh tersembam ke lantai.
"Hani!" nama itu meniti dibibirnya saat itu. Entah kenapa dia seperti rasa tidak sedap hati.
"Ya allah lah kau ni, haihh aku baru beli cawan tu tahu tak!", Ujar Nazim sambil menggelengkan kepalanya itu.
Lelaki itu terus meraup rambutnya dengan kasar ke belakang, dia langsung tidak suka dengan apa yang di fikirkan saat ini. Kakinya itu terus mengatur langkah beredar daripada dapur itu dengan segera..
"Haihh dia ni,dia yang buat pecah aku pulak yang kena sapu semua ni" Nazim mengeluh terus dia menundukkan badannya itu lalu mengutip serpihan kaca yang berterabur di badannya itu.
IRHAM melabuhkan duduknya itu di sofa, benar-benar dia rasa tidak sedap hati saat ini. Telefon bimbitnya itu di capai dia melihat nama Hani masih ada lagi dalam list contact di telefon bimbitnya saat itu.
"Haihh, lupakan dia Irham dia dah jadi isteri orang kau tak boleh jatuh cinta dengan isteri orang" ujarnya sendiri.
Gallery yang berada di dalam telefon bimbitnya itu di tekan, dan kelihatan di ruangan gambar itu masih lagi banyak gambar wanita itu yang masih belum di padam.
Satu persatu gambar di lihat, ya allah itu sahajalah yang mampu Irham katakan saat itu. Pada masa yang sama dia seperti tidak percaya yang wanita baik seperti Hani sama sahaja dengan Raniya iaitu bekas teman wanitanya itu.
Kesemua gambar dirinya bersama Hani itu di delete satu persatu, namun satu video membuatkan lelaki itu terhenti daripada menekan padam. Video mulai di mainkan...
"Hey, pandang lah sini buat apa pandang pokok tu!!" Ujar Hani sambil ketawa kecil.
"Hah nak apa, hishh tak payahlah rakam malu lahh" Irham menutup wajahnya itu.
Hani melepaskan tawanya melihat sikap Irham saat itu, namun dia masih berkeras terus merakam wajah Irham saat itu.
"Ermm, awak sayang saya tak?"
"Takk",
"Hishh"
Irham melepaskan tawanya saat itu, handfone yang berada di tangan Hani itu segera di ambil lalu dia sambung merakam wanita itu.
"Hah ni lah perempuan yang paling saya sayang,cinta iaitu Hani Nasreen yang suka makan tak ingat dunia" berdekah tawa Irham saat itu.
"Ishh!!,Irham!!!!", Hani terus mengejar Irham. Dan video terus di tamatkan.
Matanya mulai berair, terus dia menutup telefon bimbitnya lalu di letakkan di tepi tidak mampu dia menghabiskan melihat video itu. Nazim hanya memerhati kawannya itu daripada jauh.
"Aku percaya Am,satu hari nanti kau akan dapat seorang perempuan yang betul-betul ikhlas cintakan kau sayangkan kau" ujarnya sendiri.
BERSAMBUNG....
HAPPY READING!!!!
Share this novel