BAB 14

Romance Completed 3135

“Sekarang ni saya bekerja sebagai pensyarah Sains Politik di...UiTM kampus Arau, Perlis,” Salman gugup juga. Maklum sahaja,dia baru sahaja memulakan kerjaya itu. Bercakap dengan Encik Abdullah merangkap bapa Zimona ini buat dia rasa seperti ditemuramah.

“Pensyarah? Hhhmm,” Encik Abdullah tersenyum jua. Tawanya kedengaran. Bertuahnya anak aku. Ada kekasih pensyarah tak bagitahu!

Encik Abdullah, bukan materialistik. Dia cuma mahu yang terbaik untuk Zimona. Keputusan yang bakal dibuat nanti ialah penentu masa depan kebahagiaan Zimona. Dunia dan akhirat.

Salman turut sama tertawa. Untuk apa? Dia sendiri tidak pasti.

“Pak cik,mak cik, tak boleh buat keputusan sendiri dalam hal ni. Kami kena tanya Zimona dahulu,”

“Saya minta izin pak cik dan mak cik, biar saya sendiri yang tanya Zimona ,boleh?” Salman memberanikan diri.

“Hhhmm?” kali ini, kedua-dua kening Encik Abdullah dan Puan Salina terangkat.

Treler itu merempuh kereta Zimona. Kepala Zimona terhantuk kuat pada stereng. Bunyi jeritan yang amat kuat ketika keretanya berputar di tengah jalan raya itu. Dan bunyi jeritan itu, jeritan kesakitannya sendiri.

“Tidak!!” Zimona terbangun dari tidurnya. Mimpi ini lagi. Nafas Zimona turun naik. Dia mengagau kakinya. Tiada. Zimona menekup wajahnya. Beristighfar banyak kali.

Semenjak peristiwa pahit itu berlaku, dia sering bermimpi mengenainya. Zimona benar-benar terkesan dengan kejadian itu. Namun dia tahu, hidup perlu diteruskan.

‘Sahaja aku solat sunat tahajud kerana Allah Taala’

“Allahuakbar,” takbir diangkat. Zimona tidak boleh menyambung tidurnya. Lantas dia bangun menunaikan tahajud, tanda cinta pada Allah Yang Esa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience