BAB 1

Romance Completed 3132

Suasana sunyi menyelubungi gerai makan itu. Kekok sedikit. Damia jarang berkomunikasi dengan Salman. Kali terakhir dia bercakap dengan bekas kekasih kakak angkatnya itu ketika menggunakan aplikasi Skype bersama kakaknya pada Hari Raya Aidilfitri tahun 2010.

Malahan, Damia tidak tahu sama ada dia perlu berterus terang akan keadaan kakak angkatnya itu atau terus menyimpan kenyataan itu sebagai satu rahsia. Namun, hatinya nyata belas melihat jejaka di hadapannya. Tampak tidak terurus dan tidak keruan.

“Satu perkara penting yang abang perlu tahu, kakak tak pernah berniat nak tinggalkan abang,”akhirnya terluah jua realiti itu.

“Kalau dia tak ada niat nak tinggalkan abang kenapa setiap kali abang terserempak dengan dia, dia mengelak? Kenapa setiap kali abang cuba nak dekati dia, melamar dia jadi isteri abang yang sah dia menolak? Kenapa?” Salman tidak berpuas hati dengan peryataan yang diberikan Damia. Baginya, segalanya tidak masuk akal.

Telah setahun berlalu, Zimona menghilang dan lebih parah, gadis kesayangannya itu tidak lagi mahu menghubunginya. Apa salah dia? Segalanya mungkin terjawab hari ini, apabila dia terserempak dengan Damia, merangkap adik angkat Zimona, dia mengambil keputusan untuk mendesak Damia memberitahu realiti yang berlaku. Sesuatu yang sepatutnya dia ambil tahu dari dahulu.

Air mata Aisya mula menitis. Persoalan Salman itu bakal merungkai sesuatu yang pedih. Bukan sahaja pedih untuk dirinya yang terlalu menyayangi Zimona, malahan perit jua untuk Salman nanti. Lihat saja.

“Abang dengar dulu apa yang saya nak cakap. Kalau abang tak nak dengar penjelasan saya ni, abang akan menyesal suatu hari nanti,”ada nada getar dalam suara gadis itu.

Salman diam, membiarkan Damia meneruskan kata-katanya. Entah kenapa hatinya berdetak hebat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience