BAB 9

Romance Completed 3135

“Nilah Zimona, tunang aku. Cantikkan?” senang sahaja suara Salman.

Akeel melopong. Cepat-cepat Salman menutup mulutnya yang terlopong.

“Tutup mulut tu, nanti masuk lalat. Ha ha,” tergelak Salman melihat reaksi spontan Akeel. Memang lawak.

“Bila kau bertunang dude? Gila pandai berahsia dengan aku ya,” Akeel hampir menjerit geram. Mahunya tak geram, Salman itu teman sebilik merangkap sahabat baiknya di sini.

“Aku belum officially tunang lagi. Tapi aku memang ada niat nak kahwin dengan dia,” Salman tersenyum bahagia.

“Mestilah kena ada niat nak kahwin, mana boleh bercinta dengan anak dara orang tapi tak ada niat nak kahwin. Tu main-main namanya,” Akeel berceloteh. Dia menghirup minuman kopi panas yang dibuatnya sendiri. Salji turun lebat hari itu. Maklum sahaja bulan Disember, musim perayaan Krismas juga semakin dekat.

“Aku memang nak kahwin sangat dengan Zimona. Dah istikarah pun. Alhamdullilah, ada tanda yang dia tu memang jodoh aku, Insya Allah,” Salman mahu sahaja pulang ke Malaysia hari itu juga. Pulang lantas akad nikah terus. Dia benar-benar rindu akan Zimona.

Namun, ternyata kebahagiaan itu bukan selamanya. Mendung kini menyelubungi langit Amerika Syarikat. Tiada lagi salji putih.

“Aku rasa ada benda yang tak kena. Aku macam tak percaya...kenapa dia tinggalkan aku tiba-tiba?”Salman bersuara. Tangannya menggenggam erat cincin emas itu.

“Maksud kau?” Akeel hairan. Salman sudah hilang akalkah? Tidak boleh menerima kenyataan bahawa Zimona sudah meninggalkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience