BAB 4

Romance Completed 3135

“Kemalangan? Bila?” Zimona memegang kepalanya yang berbalut. Masih terasa sakit di situ.

“ Tiga hari lepas,” Puan Salina menjawab. Hati mak tidak putus-putus bersyukur.

“Zimona nak bangun. Mana ayah?” Matanya melilau mencari ayahnya. Zimona menyingkap selimut yang menyelimuti kaki. Cuba untuk bangun.

Terkejut, kaget.

“Mak...kaki Zimona....Kenapa kaki Zimona ?!” Zimona tidak dapat menahan kesedihannya lagi.

Kaki kirinya tiada!

“Kaki Zimona terpaksa dipotong sebab kerosakan saraf yang serius...tersepit dengan kereta yang remuk teruk hari tu. Sabar ya nak...” tersekat-sekat mak menjawab. Air mata menitis lagi.

“Macam mana Zimona nak hidup mak!” Zimona mula tidak keruan. Dia meraung sekuat hati, meronta-ronta memukul dirinya sendiri. Mak mula memeluknya erat, cuba menenangkan.

“Zimona tak boleh terima semua ni!!” air mata Zimona bertali arus. Kesedihannya memuncak.

“Istighfar Zimona...Istighfar....Ujian Allah buat hamba-Nya yang Dia sayang....”

Zimona terus menangis dan tenggelam dalam pelukan ibunya.

Beberapa bulan kemudian

Hari-hari yang dijalaninya penuh sepi. Salman, kekasihnya yang sedang melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat tidak pernah lupa untuk menghubunginya bertanya khabar. Beberapa kali Salman cuba menghubungi, namun Zimona mengambil keputusan untuk tidak mengendahkannya. Salman tidak pernah tahu tragedi yang menimpa Zimona. Zimona tahu, Salman berhak mendapat seseorang yang lebih baik, yang normal...dan tidak cacat sepertinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience