BAB 3

Romance Completed 3135

Tangan Zimona kemas memegang stereng kereta. Matanya tidak lepas memandang hadapan.

“Eh mana boleh. Kita kena pergi juga malam ni. Akak dah buat reservation kat restoran steam boat tu tau. Makanan dekat situ sedap. Rugilah kalau tak pergi,” omel Zimona.

“Ya ke...kalau macam tu akak balik cepat tau!” cepat sahaja Damia berubah fikiran. Sebenarnya, dia pun teringin nak makan steam boat.

“Jangan bawa laju sangat!” kedengaran suara ayah di corong telefon.

“Ha dengar tu kak, Big Boss pesan,” Damia mengerling pada ayahnya. Terlihat riak risau pada wajah tua itu.

“Akak dengar....Aaaaaaaaaaa!!!”

Itu, kata-kata terakhir Zimona sebelum sebuah treler yang datang dari arah bertentangan merempuh kuat keretanya menyebabkan kereta itu berputar 360 darjah dan merempuh sebuah kereta yang lain.

30 September 2011

Lama dia terbaring di katil itu. Sehinggalah hari ini, baharulah Zimona mendapat kekuatan untuk membuka matanya berkat doa mak, abah dan Damia yang senantiasa di sisi.

Siling putih, langsir putih dan selimut putih. Semua itu yang memenuhi pandangan Zimona tatkala matanya terbuka.

“Dekat mana?” tanya Zimona lemah. Badannya terasa sakit-sakit. Alat bantuan pernafasan ditanggalkannya sendiri. Rimas.

Puan Salina, ibunya menghampiri. Duduk di sisi katil, menyentuh wajah Zimona. Mencium dahinya berkali-kali sehingga wajahnya basah dengan air mata ibunya. Zimona penasaran, kenapa mak terlalu sedih?

“Alhamdullilah anak mak dah sedar. Zimona dekat hospital nak. Zimona kemalangan,” jelas Puan Salina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience