BAB 6

Romance Completed 3135

“Akak tak perlu minta maaf. Mia yang salah. Sepatutnya Mia faham yang akak tak nak menghubungi Abang Salman lagi. Mia minta maaf kak,” Damia menyalami tangan kakaknya itu. Mencium tangan itu perlahan.

Kak Zimona seorang yang baik. Terlalu baik. Dia diambil menjadi anak angkat keluarga ini ketika dia berusia 8 tahun kerana Kak Zimona. Kak Zimona yang kesunyian dan mahukan adik. Lantas, Damia yang kehilangan kedua ibu bapa dalam suatu kebakaran itu diambil menjadi anak angkat.

Menumpang kasih dalam sebuah keluarga yang bahagia, tidak pernah membuat Damia berasakan bahawa dia itu anak angkat. Malahan, menjadi sebahagian daripada keluarga itu memberi dia peluang untuk merasa kasih sayang dari ibu bapa. Walau sekadar sebagai seorang anak angkat.

“Mia, akak nak bagitahu sesuatu. Perkara ni terlalu membebankan fikiran akak. Akak cuba untuk berkongsi hanya dengan Allah...tapi nampaknya akak tak mampu. Akak perlukan seseorang untuk mendengar,” Zimona menunduk.

Kedengaran kipas siling bilik itu berputar ligat.

Mia mula duduk bersimpuh berhampiran Zimona.

“Kakak cakaplah. Mia dengar,”walaupun usia Damia masih mentah, baru sahaja mencecah 18 tahun, namun dia mengerti beban di hati kakak kesayangannya. Biarlah dia berkongsi beban itu, agar ringan sedikit kesedihan yang bertamu di dalam hati insan kesayangannya itu.

“Kakak...nak berpisah dengan Abang Salman,” kata-kata itu diluahkan oleh Zimona. Namun terasa seperti sebilah pisau menusuk hatinya sendiri.

Damia kaget. Bukankah Abang Salman itu cinta hati Kak Zimona. Bukan Damia tidak tahu, malahan kisah cinta mereka menjadi cerita sebelum dia tidur setiap kali Zimona pulang dari universiti.

“Kakak...tak sayang abang Salman lagi ke?”

Pertanyaan Damia tiada berjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience