BAB 11

Romance Completed 3136

Tidak menyangka perkara sebegitu menimpa kekasih hatinya. Bagaikan mimpi ngeri.

“Bagaimana keadaan dia sekarang?”, Salman cuba mengawal diri namun masih ada nada getar dalam suara itu. Hatinya berdebar hebat. Perasaan risaunya tidak dapat dibendung lagi.

“Doktor cadangkan dia gunakan kaki palsu. Alhamdullilah, sekarang ni, dia dapat sesuaikan diri dia dengan kaki palsu tu. Sebab tu, kawan-kawan akak tak tahu yang dia sebenarnya kehilangan sebelah kakinya akibat kemalangan tu,”

“Kak Zimona sekarang kat mana?Abang nak jumpa dia,” gesa Salman. Betul tekaan dia, gadis itu tidak mungkin mahu berpisah dengannya kerana alasan menduakannya. Tidak mungkin!

Ya Allah, bagilah hamba-Mu ini peluang sekali lagi untuk membahagiakan Zimona.

“Kakak tak mahu berjumpa dengan abang lagi. Dia rendah diri dengan keadaan dia sekarang,”jelas Damia. Masih ingat dia akan kata-kata Zimona dahulu. Walaupun kakaknya itu sudah berjaya mengatasi kesedihannya dan berjaya meneruskan hidup seperti insan normal yang lain, dia tidak pernah mahu menemui Salman kembali. Segalanya kerana cinta dan pengorbanan.

“Abang tak pernah buang dia dalam hati abang. Tolonglah Mia, bagitahu abang, kakak dekat mana sekarang?” rayu Salman.

“Mia, tolong bagitahu abang, abang...tak boleh hidup tanpa Kak Zimona. Selama ni, dia yang mendorong dan menyokong abang untuk berjaya dalam pelajaran. Sekarang, bila dia susah, takkan tergamak pula bang nak tinggalkan dia? Mia...tolonglah,” rayu Salman. Kalau perlu melutut, dia akan melutut di situ juga andai itu boleh membuat Mia percaya akan tulus hatinya menyintai Zimona.

Mia serba salah. Dia sudah berjanji.

“Mia....” Salman merayu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience