BAB 16

Romance Completed 3135

“Hari hari jalan sesak, Hasbul. Nasib baik birthday boy!” Zimona mengelap-ngelap pasu bunga yang ada di situ dengan kain lembap. Hilang habuknya.

“What the fish? Siapa bagitahu akak hari ni hari lahir saya? Spoil!” Hasbul yang berbaju kemeja lengan pendek bercorak kotak-kotak menggosok-gosok rambutnya. Berminyak.

“Mas lah. Malam ni siap rancang nak makan mee Chambol lagi,” Zimona beralih pula ke sudut yang lain, sibuk menyusun bunga-bunga ros pelbagai warna. Indah sungguh. Wangi lagi.

“Akak! Musnah suprise untuk Hasbul, ha ha,” tawa Zihah kedengaran. Dia sibuk menggubah sejambak bunga ros merah yang dipesan pelanggan. Sebenarnya, Zihah tidak punya niat untuk buat kejutan pun, sekadar mahu meraikan peningkatan umur rakan sekerjanya itu.

“Birthday party jangan. Makan free? Aku okey,” Hasbul membuat simbol OK menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya. Nyata pagi mereka itu ceria.

Belum sempat duduk lama, Zihah menghulurkan sejambak bunga mawar merah kepada Hasbul.

“Tolong hantar ni,” ujar Zihah pendek.

“Okey,” Hasbul menyambut jambangan bunga itu. Bergegas menuju ke motorsikal.

Tengah hari itu, kedengaran bunyi loceng pintu kedai berdenting lagi. Tanda ada pelanggan masuk.

“Ya Encik, nak apa? Macam-macam bunga kami ada. Bunga ros, bunga lili, bunga-bunga cinta layu di pusara...” Zihah terpegun dengan ketampanan wajah jejaka itu.

“Er...saya nak bunga ros merah. Satu kuntum sahaja, boleh?” Salman tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience