BAB 8

Romance Completed 3135

Zimona tidak mahu berbicara panjang dalam warkah ini. Sekadar mahu menjelaskan kepada Salman bahawa kesunyian merantai hati Zimona semejak kepergian Salman ke luar negara. Zimona baru sedar bahawa cinta jarak jauh seperti ini...tidak membahagiakan Zimona. Zimona sudah punya pengganti. Maafkan Zimona, semoga Salman juga berbahagia selalu dan menemukan seseorang yang lebih baik.

Terima kasih untuk segalanya.

Yang benar,

Zimona

Salman merenung sebentuk cincin yang turut disertakan bersama surat di dalam kotak itu. Cincin itu hadiah darinya sempena hari lahir Zimona yang ke dua puluh dua. Cincin itu jua tanda cinta mereka.

“Sampai hati Zimona...”, air mata lelakinya hampir menitis namun ditahannya. Salman terduduk.

“Kau kenapa dude?” Akeel, rakan sebiliknya menegur. Kaget juga dia melihat rakannya terduduk begitu. Seperti baru sahaja menerima berita buruk.

Salman hanya diam tidak menjawab. Tangannya erat memegang cincin tanda cintanya pada Zimona.

Warkah perpisahan itu terbiar di atas lantai. Akeel mengambilnya lantas membaca warkah yang dikirimkan oleh gadis kesayangan sahabatnya itu. Sangkanya Salman mahu menghalang dia dari membaca warkah itu, namun ternyata Salman terlalu larut dalam kesedihannya. Tidak lagi peduli akan rakan sebiliknya yang sibuk membaca warkah itu.

“Dia tinggalkan kau? Sabar Salman. Perempuan dalam dunia ni ramai. Mungkin kau boleh dapat yang lebih baik dari dia,” Akeel menepuk-nepuk bahu Salman. Dia kini turut sama duduk bersimpuh.

Terbayang di minda Akeel wajah Zimona, gadis yang ayu bertudung bersama wajahnya yang putih bersih. Gadis itu memang cantik,persis kacukan Cina dan Melayu. Dia berpeluang melihat wajah gadis itu di dalam gambar yang pernah ditunjukkan Salman kepadanya suatu ketika dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience