BAB 10

Romance Completed 3132

“Aku kenal Zimona. Dia gadis yang setia. Aku kena siasat dahulu perkara ni. Kalau betul dia nak berpisah dengan aku, aku nak tahu apa sebab dia,” teguh azam di hati Salman.

Bermula saat itu, Salman tidak mudah mengaku kalah. Dia masih cuba memenangi hati Zimona. Dia cuba untuk terus menghubungi Zimona, namun tidak pernah berjaya. Segalanya bagaikan mimpi. Mana mungkin, Zimona, gadis yang dikenalinya sebagai seorang yang setia dan baik menduakan dia?

Salman bertanya khabar mengenai Zimona kepada teman-teman rapatnya. Namun tiada seorang pun yang dapat benar-benar bercerita mengenai Zimona. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Sehinggalah hari ini, dia menemui Damia, adik angkat Zimona.

Gerai makan itu tidak ramai orang. Hanya mereka berdua dan dua orang lagi pelanggan yang sedang enak menjamu selera di situ.

“....Kami sekeluarga pada mulanya pun macam tak dapat terima hakikat tu dan untuk pengetahuan abang, kakak tak pernah lupakan abang. Dia sengaja cakap dia dah ada pengganti sebab dia tak nak menyusahkan abang”, sedu sedan Damia mula jelas kedengaran. Air matanya menitis laju dan kala itu kesedihan mengawal hatinya.

“... Dia tahu abang sayang sangat dekat dia dan sebab perasaan cinta abang itulah dia tak mahu abang kecewa bila dia dah kekurangan dari sudut fizikal, malahan dia lebih rela abang anggap dia curang atau perempuan jahat yang suka mempermainkan perasaan abang daripada abang hidup bersama dia yang kurang upaya,” tersekat-sekat suara Damia menjelaskan.

Wajah Salman yang merah padam menahan marah dan kecewa mula berubah.

“Kakak cuma tak mahu abang sedih,”sambung Damia lagi. Tangannya menyeka air matanya sendiri yang tidak mahu berhenti mengalir. Tergambar di mindanya susuk tubuh yang gigih meneruskan hidup walaupun terpaksa menggunakan kaki palsu.

Kata-kata Damia seperti pedang yang menghiris hati, menusuk jauh ke dalam dan membiarkan kesedihan merobek isi dirinya. Salman benar-benar terpempan! Dia meraup wajahnya beberapa kali. Dia termenung seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience