BAB 13

Romance Completed 3135

“Mak cik, pak cik. Saya datang dengan niat yang baik,” tutur Salman satu persatu. Usai bersalaman dengan Encik Abdullah, dia dijemput masuk ke dalam rumah. Encik Abdullah dan Puan Salina sedikit terkejut menerima kunjungannya. Siapa dia?

“Sepatutnya saya datang jumpa mak cik dan pak cik awal-awal lagi,” Salman memandang tepat anak mata Encik Abdullah. Tangan kirinya menggengam erat tangan kanannya sendiri.

“...Saya sayangkan Zimona dan saya...nak memperisterikan dia,” Salman menyatakan hasrat hatinya yang murni.

“Kamu tahu dia terlibat dengan kemalangan?” soal Encik Abdullah tiba-tiba. Puan Salina hanya merenung wajah Salman. Mencari keikhlasan dalam wajah itu.

“Saya tengah belajar di luar negara masa tu tapi saya banyak berhubung dengan Zimona. Cuma, sejak setahun lepas dia gagal dihubungi. Saya juga tidak dimaklumkan berkenaan kemalangan yang menimpanya....sehinggalah saya berjumpa dengan Damia hari ni,” jelas Salman. Harapannya menggunung agar ibu bapa Zimona menerimanya.

“Kamu tak kisah dengan keadaan dia macam tu?” soal Encik Abdullah.

“Tidak, sebab saya sukakan dia kerana akhlak dia. Saya tak nampak kehilangan sebelah kakinya itu satu kekurangan yang besar. Apa yang saya dengar dari Damia, dia sangat optimis dan berjaya teruskan hidup macam insan normal yang lain,”

“Satu lagi pak cik, mak cik, saya dah buat solat sunat istikarah. Banyak kali dan...ternyata Zimona itu jodoh saya,”

Air mata Puan Salina bergenang. Damia mendengar dari balik pintu bilik. Tulusnya hati Abang Salman mahu mengahwini Kak Zimona ! Semoga berjaya Abang Salman !

“Kamu dah bekerja?” Encik Abdullah menghirup teh panas dari cawannya. Dia tampak tenang sahaja, tidak mahu terburu-buru membuat keputusan. Cermin matanya yang terdorong jatuh sedikit di atas batang hidung ditolak naik kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience