BAB 15

Romance Completed 3135

Dalam dingin malam itu, Zimona berdoa sepenuh hati, menyerahkan segala pengharapannya pada Allah Yang Maha Mendengar, agar dia sentiasa dikurniakan kekuatan untuk melalui liku-liku hidupnya yang akan datang.

Kedai bunga itu masih lengang. Pagi-pagi ini masih belum ramai orang yang mahu berkunjung ke pusat beli belah itu.

Zimona menyusun bunga-bunga ros ke dalam pasu yang sedia ada di situ. Haruman segar dari bunga-bunga tersebut, menyegarkannya. Baginya, susunan bunga di dalam kedai kecil itu umpama aromaterapi buatnya. Menjadi penyebab dan kekuatan untuk dia meneruskan hidup.

“Kak Zimona. Bunga lili ni nak letak kat mana?” suara Zihah, pembantu kedainya jelas kedengaran, separuh menjerit.

“Letak dekat sudut sebelah kanan kedai tu,” arah Zimona. Kakinya melangkah perlahan. Sekali imbas, tiada kekurangan yang terpampang pada susuk itu. Segalanya tampak normal sahaja.

“Kak, malam ni akak join kitorang pergi makan mee chambol dekat gerai Syuib nak tak? Hari ni birthday Hasbul,” Zihah bersuara tiba-tiba. Dia menepuk-nepuk tangannya yang sedikit berhabuk.

“Mee Chambol? Kenapa tak buat majlis hari jadi dekat rumah je?” Tanya Zimona. Terbayang mi yang penuh dengan udang, sotong dan makanan laut lain. Sedapnya!

“Hasbul tu kan lelaki...birthday party tu kalau buat pun Mas rasa dia mungkin akan lari dari parti tu. Dia pernah cakap, orang lelaki yang sambut birthday dengan kek bagai ni tak macho.”

“Hhhmm?” terangkat kening Zimona. Ada juga macam tu.

Bunyi pintu dikuak. Kedengaran pula bunyi loceng berdenting ketika pintu itu terbuka.

“Assalamualaikum, akak. Maaflah saya lambat datang hari ni. Traffic jammed. Road congested,”ujar Hasbul. Sebaris gigi tak berapa putih terserlah ketika dia mula tersengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience