BAB 5

Romance Completed 3135

“Akak, kenapa tak angkat telefon ni. Abang Salman call,” Damia memberitahu. Sedari tadi dia mendengar nada dering telefon itu berbunyi. Namun kakaknya itu tidak menjawab panggilan tersebut.

“Biarkan begitu,” Zimona menjawab pendek. Dia yang sedang duduk di atas sebuah kerusi roda, melempar pandangan sayu ke luar tingkap. Tidak ada apa di situ. Sekadar pemandangan halaman rumahnya yang kosong, hanya beberapa pohon angsana yang berguguran daunnya tatkala ditiup angin. Sekurang-kurangnya, indah alam ciptaan Allah ini mampu menenangkan jiwanya yang kusut walau untuk seketika.

Ya Allah, kurniakan aku kekuatan....

“Tapi kak...kesian abang Salman. Dah banyak kali dia call. Sekurang-kurangnya jawablah sekali,” Damia cuba menasihati.

“Engkau ni kenapa? Engkau tak faham bahasa ke? Aku cakap jangan peduli, jangan pedulilah! Keluar kau dari bilik aku!!” Zimona berpaling penuh geram, merenung tajam mata Damia.

Damia terkejut diherdik sebegitu. Kak Zimona tidak pernah sebegini kasar dengannya. Damia keluar dari bilik itu, menutup pintu bilik dengan cukup perlahan sekali. Kekurangan diri membuatkan kakaknya yang suka memanjai dia berubah?

“Assalamualaikum. Kak Zimona. Boleh...Mia masuk?” Mia mengetuk-ngetuk pintu bilik Zimona beberapa kali. Dulang yang berisi nasi dan lauk masakan mak ditatangnya penuh hati-hati.

“Waalaikummussalam, masuklah Mia,” jawab Zimona.

“Akak makan ya,” Damia meletakkan makanan ke atas meja. Damia mahu beredar segera. Dia tidak mahu lagi menjadi mangsa amarah Kak Zimona. Cukup hanya sekali. Namun, Zimona menahannya.

“Jangan pergi dulu...akak...minta maaf pasal hal petang tadi,” Zimona bersuara. Sayu sahaja suara itu.

Damia berpaling. Memandang wajah Zimona. Kak Zimona yang cantik. Kulitnya putih bersih. Wajah yang senantiasa ceria dan gembira, suatu ketika dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience