BAB 12

Romance Completed 3135

Melihat kesungguhan Salman, terpancar keikhlasan dari gerak gerinya. Damia pasti, Salman itu jodoh Kak Zimona. Lantas, dia termakan jua pujuk rayu lelaki itu.

“Kakak sekarang...buka kedai bunga di Kota Bharu Mall. Chenta Flora,” akhirnya Damia memberitahu jua.

“Kakak, walaupun keadaan fizikal dia dah tak macam dahulu, Mia pasti semangat dia lebih kuat dari dia yang dulu. Dia optimis dengan perniagaan yang dia jalankan sekarang. Cuma satu je masalah dia...Mia tak nampak kakak optimis dengan cinta dia bersama abang,”luah Damia jujur.

Salman mengeluh perlahan. Kenapa perlu jadi macam ni? Bagaimana dia boleh membuat Zimona percaya kembali bahawa cintanya hanya untuk Zimona ?

“Abang, Mia kena balik dulu. Dah pukul 4.00 petang ni. Nanti mak ayah tercari-cari Mia pula. Dah lewat ni. Mia minta diri dahulu ya,”Damia bangun, menunduk sedikit. Dia baru teringat, tujuannya ke Pekan ini hanya untuk membeli buku di kedai buku berhampiran. Sepatutnya sejak pukul 3.00 petang tadi dia sudah boleh pulang ke rumah.

“Mia tunggu! Kakak tutup kedai pukul berapa?” tanya Salman lagi. Dia punya satu rancangan.

“Pukul 7.00 petang biasa dah tutup. Kedai bunga kakak tak buka waktu malam,” Damia masih berdiri di situ, memegang tali beg silangnya. Hujung selendang hijau pucuk pisangnya terbuai-buai ditiup angin petang.

“Biar abang hantar Mia balik rumah,” Salman turut sama bangun.

“Eh, takpelah bang. Mia naik bas je,” Damia menolak. Dia tidak biasa dengan Salman.

“Tak apalah. Abang...abang nak jumpa mak ayah Mia,” Salman membayar harga minuman yang dipesan.

“Apa?” Damia kaget. Nak buat apa pula jumpa mak ayah....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience