BAB 17

Romance Completed 3135

“Encik nak seratus kuntum pun bolehhh....”Zihah tersengih-sengih. Tangannya sibuk membaiki tudung bawal yang menutupi kepalanya. Biar tampak rapi. Untung-untung, boleh tarik perhatian mamat hensem ni.

Zimona keluar untuk menyusun bunga-bunga yang lain sebelum matanya tertancap pada susuk tubuh yang cukup dia kenal. Hampir sahaja sejambak bunga lili yang dipegangnya jatuh ke lantai. Nasib baik Zihah sempat menyambut.

“Akak, kenapa ni?” Zihah terkejut. Jambangan bunga lili berwarna putih itu kini berada di dalam pelukannya.

“Salman ?” Zimona tergamam.

Jejaka itu berpaling menatap wajahnya. Meraka saling berpandangan. Waktu seakan terhenti di situ.

Sekeping kad yang bersampul dihulurkan. Zimona menyambutnya. Hati Zimona berdebar hebat. Lututnya terasa lemah.

“Oh, Salman nak kahwin ke? Bi..bila?” matanya sudah terasa panas. Mahu sahaja Zimona menangis di situ.

“Tahun ini juga,” ringkas sahaja Salman menjawab. Wajah itu tenang sekali. Tidak rindukah dia padaku?

Zimona membuka sampul kad itu, mengambil kad itu dan membacanya.

“Majlis Perkahwinan....Salman Muhamad dan Zimona Abdullah...”

“Nama sama....” Zimona menutup mulutnya dengan tangan. Sedikit kaget. Apa yang berlaku ni? Zimona tidak mengerti.

“Sudikah awak menjadi isteri saya?” Salman menghulurkan sekuntum bunga ros merah yang diberikan Zihah. Zihah dan Hasbul tersenyum-senyum memerhati di balik pasu bunga yang agak besar.

“Saya...saya tak boleh,” Zimona mahu berlalu keluar dari kedai. Namun Salman menghalangnya.

“Saya dah tahu segala-galanya. Kekurangan fizikal tidak mampu merubah cinta dalam hati saya. Kalau awak boleh optimis dalam meneruskan hidup awak, kenapa awak tak boleh nak optimis dalam cinta kita?”

Zimona terkedu. Hanya air mata mengalir di pipinya.

9 September 2013

“Aku terima nikahnya Zimona Binti Abdullah, dengan mas kahwinnya RM 200 tunai...” tangan Salman digoncangkan oleh Encik Abdullah.

“Sah?”

“Sah!!”

Zimona yang indah berpakaian baju kurung moden serba putih, cantik duduk bersimpuh di suatu sudut yang penuh dengan bunga-bunga mawar pelbagai warna. Air matanya mengalir lagi. Kali ini, tangisannya bercampur baur, antara gembira, cinta dan...penuh rasa syukur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience