BAB 2

Romance Completed 3135

“Kakak...Setahun yang lepas, dia baru sahaja pulang dari kerja. Hari itu sangat gembira untuk Kak Zimona kerana hari itu dia baru dapat gaji buat kali pertama. Kakak kata, nak belanja kami sekeluarga makan malam sempena hari dia dapat gaji di sebuah restoran yang baru dibuka dekat rumah,”

Damia terimbau kembali peristiwa pahit yang menimpa Zimona setahun yang lalu.

27 September 2011

Zimona tersenyum riang. Kereta proton Wajanya memecut laju. Sebolehnya dia mahu sampai cepat di rumah. Sesekali dia ikut menyanyi lagu riang nyanyian Amy Mastura yang kedengaran di radio. Hujan renyai-renyai mula turun.

“Hujan pulak, makin lambat lah aku sampai ke rumah kalau macam ni,” Zimona menjeling sekilas jam di dalam keretanya. Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 malam.

“Maghrib pun belum aku ni,” keluh Zimona. Kereta bertali arus bergerak di jalan itu. Kota ini senantiasa sibuk, tidak kira waktu.

Lampu isyarat merah mula menyala. Zimona memberhentikan keretanya seketika. Telefon bimbitnya berbunyi. Korus lagu Big Girls Don’t Cry nyanyian Fergie jelas kedengaran. Tertera nama Damia di situ. Zimona menjawab panggilan tersebut. Hands free dipakai.

“Assalamualaikum Kak Zimona. Akak kat mana tu?”

“Waalaikummussalam. Akak dah dekat ni dik. Suruh mak ayah solat Maghrib dan bersiap dahulu. Dalam lima belas minit lagi akak sampai,” jawab Zimona. Lampu isyarat jalan berwarna hijau pula menyala.

Zimona memecut laju lantas membelok ke kiri, ke selekoh menuju rumahnya. Kalau boleh dia mahu cepat-cepat sampai ke rumah.

“Akak, hujan lebat ni. Ayah kata kalau tak pergi ke restoran tu pun tak apa. Kita boleh pergi lain kali. Mak pun boleh nak buat steam boat tu,” ujar Damia. Damia risau, hujan kedengaran lebat mencurah-curah turun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience