BAB 7

Romance Completed 3135

Sebuah kotak dibuka. Zimona memasukkan sepucuk surat dan sebentuk cincin ke dalamnya.

“Akak nak minta Damia poskan ke alamat ini,”

“Akak sayang Abang Salman tak?” ulang Damia. Matanya memandang tepat Zimona.

“Sayang takkan bawa kita ke mana Mia...kalau kita tak cukup sempurna untuk orang yang kita sayang,”

“Mia tolong kakak ya?” Sekeping kertas bertulis alamat bertukar tangan.

“Mia akan tolong kakak. Tapi, Mia minta akak fikir dan pertimbangkan perkara ni baik-baik. Abang Salman tu baik kak...dia takkan tinggalkan akak walaupun keadaan akak macam sekarang ni, percayalah,” Damia cuba menasihatkan.

“Sebab akak tahu dia baiklah, akak tak mahu dia musnahkan hidup dia. Hidup bersama orang cacat macam kakak, takkan pernah bawa bahagia,” Zimona menahan rasa. Dia yakin itu.

“Kebahagiaan itu ditentukan Allah...bukan kita yang tentukan bahagia kita kak. Orang yang tinggal dalam pondok buruk mahu bahagia, orang kaya pun mahu bahagia, orang yang sakit jua mahu bahagia. Tapi, mereka dan kita semua tidak akan pernah bahagia jika Allah tidak mengizinkan,” ucap Damia. Dia mahu menyedarkan Zimona bahawa cinta dan bahagia itu milik Allah.

“Akak tahu itu...dan sebab tu akak ambil keputusan ni. Sebab akak sayangkan Abang Salman...akak perlu tinggalkan dia,” air mata Zimona menitis.

“Kakak....” Damia memeluk Zimona seeratnya. Kedengaran sedu sedan Zimona, bahunya terhenjut-henjut. Perlahan sekali. Berbaloikah pengorbanan ini?

Assalamualaikum Salman.

Diharapkan sentiasa sihat hendaknya dan semoga sentiasa berada dalam jagaan Allah. Maaf untuk segala panggilan yang terjawab dan e mel yang tiada berbalas. Zimona punya sebab tersendiri untuk tidak terus menghubungi Salman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience