BAB 12

Romance Completed 6216

Azfar merenung langit malam yang hitam pekat ditemani dengan bintang-bintang yang bertaburan di langit. Dia teringat hal siang tadi di sekolah.

Ketika Julia merawat kaki Rafi yang tercedera, dia lah orang yang paling cemburu. Hanya Allah yang tahu apa yang dia rasakan ketika itu. Keluhan berat terlepas daripada bibirnya apabila mengenangkan semula pertengkaran dia dan Julia siang tadi. Seolah tiada lagi peluang untuk dia dan Julia berbaik semula.

" Jauhnya termenung " tegur Puan Salma.

Azfar menoleh. Dia tersenyum nipis pada ibunya.

" Ibu tak tidur lagi? " soalnya.

" Belum. Az fikirkan siapa ni? Daripada tadi ibu perhatikan Az asyik termenung jer. Lepas tu mengeluh. Ada masalah ke? " soal Puan Salma.

" Ibu, ibu terima tak kalau Julia yang jadi bakal menantu ibu? " soalan Puan Salma tidak dibalas. Malah dia bertanyakan soalan lain pada ibunya iu.

Puan Salma tercengang.

" Apa maksud Az? Az jumpa dia ke? " soal Puan Salma.

Azfar mengangguk perlahan.

" Ju mengajar dekat sekolah yang sama dengan Az " .

" Az, Az tahu kan tok mak tak.. " .

" Tok mak tak suka Ju? Sampai bila ibu? Sampai bila tok mak nak benci pada Ju? " .

Puan Salma terdiam. Sebenarnya fitnah yang terjadi adalah kerana tok mak, nenek kepada Azfar merangkap ibu kepada Puan Salma. Dia sengaja mengupah orang mengedit gambar Julia bersama dengan seorang lelaki.

Ini kerana dia tidak suka Julia menjadi cucu menantunya. Dia mahukan Kamelia yang jadi cucu menantunya. Sayangnya Azfar tidak cintakan Kamelia.

Azfar dan kedua ibu bapanya sudah tahu tok wan yang rancang semua ini tetapi mereka tidak mahu memberitahu tahu tok wan kerana hormat pada wanita itu. Patutlah sewaktu gambar itu tersebar, cepat saja tok wan menyuruh Azfar meninggalka Julia.

" Az, tok mak tu di luar jangkaan. Kita tak tahu apa pulak yang bakal dia buat lepas ni kalau tahu Az nak balik semula pada Ju " .

" Az dah tak peduli. Az cintakan Ju ibu. Sampai bila Az nak kena terseksa macam ni? " soal Azfar tak puas hati.

" Az takkan faham. Ibu pun terkilan dengan apa yang tok mak dah buat. Ibu rasa bersalah pada Ju dan keluarga dia. Tapi Az kena ingat, siapa pun tok mak, dia tetap nenek Az. Az kena hormat dia " nasihat Puan Salma.

Azfar mengeluh berat. Sampai bila dia harus bertahan? Dia sendiri terseksa dengan keadaan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience