BAB 2

Romance Completed 6216

Azfar melangkah ke bilik guru sebaik dia tiba di sekolah.

" Good morning sir " sapa seorang pelajar.

Azfar tersenyum kecil.

" Good morning " .

Matanya terpandangkan susuk tubuh yang sangat dikenalinya. Lama dia memandang ke arah gadis itu.

Julia? Sah gadis itu memang Julia. Tapi apa yang dia buat dekat sini? Baru saja Azfar ingin melangkah ke arah Julia, gadis itu sudah beredar ke tapak perhimpunan. Lagi 10 minit perhimpunan pagi akan bermula. Azfar tak jadi melangkah. Dia terus masuk ke dalam bilik guru.

" Assalamualaikum dan selamat pagi semua pelajar-pelajar Seri Murni. Pada pagi ini saya ingin memperkenalkan pendidik baru di sekolah kita yang akan mendidik awak semua. Dipersilakan cikgu Julia untuk kenalkan diri " .

Julia bangun dan melangkah ke pentas. Semua mata terarah padanya. Jantungnya jangan cakaplah. Macam dah nak terkeluar.

" Terima kasih cikgu yang bertugas. Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama saya Julia Raihana Binti Razali. Awak semua boleh panggil saya cikgu Julia. Saya akan mengajar subjek matematik tambahan dan saya harap awak semua boleh beri kerjasama dengan saya. Terima kasih " Julia kembali ke tempat duduknya setelah selesai berucap.

Perhimpuan pagi itu berjalan seperti biasa.

Sewaktu Julia ingin melangkah ke bilik guru, dia terpandangkan seorang lelaki yang sangat dia kenali. Tak mungkin dia. Ya Allah apa dia buat kat sini?

Saat mata mereka bertentangan Julia tergamam. Begitu juga di pihak sana. Lama mata mereka bertentangan. Seolah-olah sedang meluahkan isi hati masing-masing. Sah itu memang dia.

" Sir Azfar " panggil seorang pelajar.

Azfar tersentak. Dia melarikan anak matanya.

" Ya? " .

" Saya nak tanya sikit pasal latihan yang sir bagi tu " .

" Oh okay. Jom ikut saya ke bilik guru. Saya explain detail " .

Pelajar itu mengangguk dan terus mengikut langkah Azfar. Azfar sempat memandang ke arah Julia sekilas.

Jantung Julia berdegup kencang. Sama seperti waktu pertama kali melihat lelaki itu dulu. Lambat-lambat Julia meneruskan langkah ke bilik guru.

Sungguh dia tidak menyangka dia akan bertemu dengan Azfar semula. Sudah dua tahun mereka tidak bertemu. Dan paling dia tak sangka, Azfar juga mengajar di sekolah yang sama. Selepas ini mereka akan bertemu setiap hari. Kuatkah dia untuk menghadapi hari-hari yang seterusnya apabila melihat Azfar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience