BAB 8

Romance Completed 6216

" Sir oh sir " Mastura berlari anak mengejar langkah Azfar yang kian jauh.

" Sir kejap " termengah-mengah Mastura dibuatnya.

Azfar menghentikan langkahnya.

" Ya ada apa Mastura? " soal Azfar.

Mastura ialah salah seorang pelajarnya. Selain mengajar subjek bahasa inggeris, Azfar turut mengajar pelajar tingkatan enam.

" Sir, saya nak tanya sikit pasal kerja sekolah yang sir bagi tu. Saya tak berapa nak faham " sebenarnya dia sengaja memberikan alasan kerja sekolah.

Dia sengaja menggunakan alasan itu kerana ingin berjumpa dengan cikgunya itu. Rupa paras Azfar yang kacak itu membuatkan ramai pelajar perempuan tertarik dengannya dan salah seorangnya ialah Mastura.

Dia tidak kisah apabila pelajar-pelajar perempuan yang lain memandangnya sinis bila dia sengaja mencari peluang untuk berada dekat dengan Azfar.

" Tu lah bila dalam kelas saya tanya, semua jawab faham. Takpalah nanti dalam kelas saya explain semula. Awak buat jer dulu mana yang awak faham. Yang tak faham tu nanti saya akan explain " balas Azfar.

Mastura tersengih.

" Okay sir. Terima kasih " .

Azfar mengangguk.

" Saya pergi dulu " dia terus melangkah ke bilik guru.

Mastura memandang langkah Azfar sambil tersenyum-senyum sendiri.

" Makin lama makin hensem pulak sir ni lah " gumamnya sendiri.

Tanpa dia sedar, Julia yang ketika itu sedang berjalan di situ nampak perbuatannya.

" Ehemm " Julia berdehem kecil.

Mastura menoleh. Berubah terus air mukanya.

" Eh cikgu Ju " .

" Buat apa berdiri kat sini? " soal Julia. Sengaja dia pura-pura tidak nampak apa yang Mastura buat tadi.

" Err tak ada apa-apa. Saya masuk kelas dulu cikgu " Mastura terus berlalu ke kelasnya.

Julia menggelengkan kepalanya. Macam-macam perangai budak-budak zaman sekarang.

" Kenapa pulak aku nak rasa cemburu, aku dengan dia bukannya ada apa-apa lagi pun " Julia terus melangkah.

Petang itu guru-guru di Sekolah Menengah Seri Murni ada mesyuarat jadi mereka semua pulang lewat sedikit.

" Assalamualaikum semua. Tujuan mesyuarat kita pada petang ini adalah untuk membincangkan tentang hari sukan sekolah yang akan diadakan pada minggu hadapan. Jadi saya harap cikgu-cikgu semua dapat memberi kerjasama " pengetua mula bersuara.

Julia tekun mendengar dan sesekali dia mencatat apa yang pengetua sampaikan. Lagipun dia guru baru, tiada pengalaman. Banyak benda yang perlu dia pelajari daripada guru-guru yang lain.

" Cikgu Julia, cikgu Azfar akan bantu awak menguruskan rumah sukan biru " .

Julia mengetap bibirnya. Ya Allah kenapalah banyak-banyak cikgu, Azfar jugak yang pengetua pilih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience