BAB 13

Romance Completed 6216

" Ju " panggil Azfar.

Julia yang ketika itu sedang melangkah ke kelas cepat-cepat meneruskan langkahnya. Kalau boleh dia tidak mahu berhadapan dengan Azfar.

" Ju tunggu " Azfar mempercepatkan langkahnya mengejar langkah Julia.

" Ju sekejap " Azfar cepat-cepat menahan langkah Julia.

Julia mengeluh perlahan.

" Apa dia? " soalnya dingin.

Azfar memerhati keadaan sekeliling terlebih dahulu. Takut nanti kalau-kalau ada pelajar yang mendengar perbualan mereka.

" Ju abang nak cakap sikit dengan Ju ".

" Cakap apa? Saya sibuk lah " .

" Ju dah habis kelas kan? Jangan bohong. Abang tahu jadual Ju " .

Julia buat muka meluat. Eii mamat ni dah kenapa? Sampai jadual kelas aku pun dia amik tahu.

" Nak cakap apa? Cakap cepat sikit. Saya tak nak student nampak " .

" Abang tak nak Ju rapat sangat dengan Rafi tu. Dia tu playboy. Semua perempuan dia nak try. Lagi-lagi yang cantik macam Ju. Student pun dia nak try. Jun jangan percaya sangat dengan dia tu " .

Julia memandang tajam ke arah Azfar.

" Apa masalah awak? Awak tak ada hak nak larang saya untuk rapat dengn sesiapa. Awak bukan suami saya, awak bukan tunang saya atau sesiapa dalam hidup saya " balas Julia geram.

" Tapi Ju pernah ada dekat hati abang dan sampai sekarang pun abang masih cintakan Ju. Perasaan ni tak pernah berubah. Abang kalau boleh nak pulihkan semuanya " .

" Encik Azfar, boleh tak jangan nak mengarut lagi? Antara kita dah lama habis. Dan takkan pernah ada lagi. Semuanya dah hancur dan saya nak ingatkan awak, awak sendiri yang hancurkan semuanya. Jadi tolong lepasni jangan masuk campur urusan saya. Saya tak suka " Julia terus berlalu meninggalkan Azfar.

Azfar mengeluh perlahan. Dia meraup wajahnya kasar. Dia sudah seperti seorang lelaki yang gila talak. Tapi Azfar tak peduli semua itu. Asalkan dia dapat memiliki Julia semula. Dia hanya mahukan Julia.

" Weh Mas, hari tu kau sengaja ea tolak cikgu Ju sampai jatuh waktu main netball? " soal Ila.

Dia perasan kawan baiknya itu seperti sengaja menolak Julia ketika itu.

Mastura ketawa kecil.

" Kau nampak ea? " soalnya.

" Dah terang-terang kau tolak cikgu Ju tu. Mestilah aku nampak " .

" Padan muka dia. Siapa suruh menggedik dengan sir Azfar. Sir Azfar tu hak milik aku seorang jer " .

Ila terkedu mendengar jawapan Mastura. Berani betul perempuan ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience