BAB 18

Romance Completed 6216

" Saya nak balik lah. Kenapa awak berhenti kat sini? " soal Julia geram. Dia terpaksa turun daripada kereta.

Muka Azfar selamba sahaja. Lelaki itu duduk di bangku yang ada di taman itu.

" Ju masih ingat tak tempat ni? " soal Azfar.

Julia tayang muka bengang.

" Buat apa saya nak ingat benda yang menyakitkan hati saya? Awak memang sengaja bawak saya kat sini kan " .

" Ju, tak ada ruang langsung ke dalam hati Ju untuk abang? " mata redup Azfar merenung jauh wajah Julia.

Julia mengetap bibirnya. Matanya muka terasa panas. Bila-bila masa air matanya akan jatuh.

" Ju tolong jangan kejam sangat " .

" Waktu saya rayu awak jangan putuskan pertunangan kita dulu ada awak peduli pada saya? Saya atau awak yang kejam? " balas Julia.

" Abang tahu abang salah. Abang mengaku salah abang. Tapi abang sendiri terseksa dengan keputusan abang Ju. Abang tak rela pun dengan perpisahan kita. Abang nak kita putus sebab abang tak nak keluarga abang hina Ju macam-macam. Jadi satu-satunya cara ialah dengan berpisah. Abang ingat abang akan kuat. Tapi abang silap. Abang lemah Ju. Abang tak boleh hidup tanpa Ju " .

Julia menahan sebak. Dia berdiri tegak di tepi Azfar.

" Pasal gambar Ju tu, tok mak yang rancang semua ni. Dia upah orang untuk edit gambar tu supaya abang bencikan Ju. Daripada awal lagi abang tak percayakan gambar tu Ju. Abang tahu Ju takkan khianati abang. Tapi abang terpaksa putuskan pertunangan kita sebab abang takut tok mak akan buat lebih daripada tu. Abang tak nak Ju diapa-apakan " sambung Azfar.

Julia tergamam mendengar penjelasan Azfar. Jadi selama ini bukan salah Azfar. Dia sudah salah faham. Selama ini dia menyangka lelaki itu begitu kejam. Rupanya dia silap. Kerana cintakan dia lah Azfar terpaksa putuskan pertunangan mereka.

" Kenapa awak tak pernah beritahu saya semua ni? " .

Azfar cuma tersenyum nipis.

" Ju, abang cintakan Ju. Daripada dulu sampai sekarang. Ju sudi tak kalau kita mulakan hubungan kita daripada awal? Kita bina hubungan kita semula " .

Air mata Julia laju mengalir. Dia terharu dengan apa yang telah Azfar lakukan padanya selama ini.

" Ju minta maaf abang. Ju salah sangka dengan abang selama ni. Ju letak segala kesilapan di bahu abang. Maafkan Ju " ucap Julia kesal.

Benarlah orang kata, luka yang menyakitkan itu bukan yang nampak di luar tetapi yang merobek di dalam. Diam-diam, perlahan-lahan. Lukanya memang tak nampak tapi rasanya terlalu sakit. Begitulah yang Azfar rasakan selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience