BAB 6

Romance Completed 6216

Pulang saja daripada sekolah, Julia bersihkan diri dan solat. Selepas itu dia masuk ke dapur untuk masak. Hari ini Lisa pulang lewat sedikit kerana berjumpa dengan client. Jadi tugas Julia untuk memasak juadah makan malam mereka.

Lisa bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat produk kecantikan. Julia dan Lisa berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Oleh kerana itu sehingga sekarang mereka masih rapat. Kebetulan Lisa menyewa sendirian jadi dia mengajak Julia tinggal bersama dengannya sekali.

Hari ini Julia bercadang untuk masak sambal udang dan juga ayam goreng sahaja. Lagipun barang basah di dalam peti sejuk tidak banyak. Bulan ini dia dan Lisa masih belum beli barang dapur lagi.

Selesai memasak, Julia naik ke atas untuk menunaikan solat maghrib.

Lisa memandang pelik ke arah Julia. Sejak daripada tadi kawan baiknya itu asyik mengelamun. Nasi di dalam pinggan Julia pun masih belum luak. Julia mengelamun sambil menguis-nguis nasi di dalam pinggan.

" Kau okay tak ni Ju? " soalnya.

Julia tidak sedar Lisa sedang menyoalnya.

" Ju? Dengar tak aku tanya ni? " soal Lisa lagi.

Tetapi Julia masih belum sedar daripada lamunannya.

" Julia! " Lisa terjerit sedikit.

Tersentak Julia dibuatnya.

" Hah? Ya Allah kau ni kenapa Lisa depan rezeki jerit-jerit? " dia mengusap dadanya. Terkejut dibuatnya apabila tiba-tiba Lisa menjerit memanggil namanya. Nasib baik tak ada sakit jantung. Kalau tak dah lama jalan.

" Oh tak elok jerit-jerit depan rezeki. Yang kau mengelamun depan rezeki tu elok sangat lah? Kau kenapa? Daripada tadi aku cakap dengan kau, kau buat derk jer kan " Lisa mula membebel.

" Eh ada ea kau cakap dengan aku? Sorry aku tak dengar " Julia tersengih.

" Kau kenapa? Ada masalah ke dekat sekolah? " soal Lisa prihatin.

" Kat sekolah semuanya okay. Cuma yang tak okay, aku jumpa dia " .

" Jumpa siapa? " .

" Azfar " .

Terbuntang mata Lisa mendengar nama itu.

" Bekas tunang kau tu? " soalnya meminta kepastian.

Julia mengangguk perlahan.

" Kau jumpa dia dekat mana? " .

" Sekolah lah. Dia mengajar dekat situ jugak " .

" Oh my god Ju! Seriously? So dia ada tegur kau tak? " .

" Ada. Tapi aku layan dia acuh tak acuh jer. Walaupun dah bertahun, aku masih tak boleh lupakan apa yang dia dah buat. Luka memang dah kering tapi parutnya masih ada " .

Lisa diam buat seketika. Dia faham benar dengan apa yang Julia rasakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience