BAB 10

Romance Completed 6216

Hari sukan hari ini berjalan seperti biasa. Di saat pertengahan aktiviti, Julia mendapat tahu guru-guru juga ada sukan yang perlu mereka sertai. Diantaranya ialah bola sepak guru lelaki menentang bolak sepak pelajar lelaki, bola jaring guru perempuan menentang bola jaring pelajar perempuan, lari berpasangan dan juga bola beracun.

" Ju, nanti waktu sukan lari berpasangan Ju dengan akak tau " kata Nadia, salah seorang guru.

Julia mengangguk.

" Okay kak " .

Ketika perlawanan bola sepak diantara guru-guru lelaki dan pelajar lelaki, perlawanan agak sengit. Masing-masing tidak mahu kalah.

" Sengit betul perlawanan diorang kan Ju " .

Julia mengangguk tanda menyokong apa yang Nadia katakan. Matanya tidak henti daripada melihat Azfar. Azfar memang handal bermain bola sepak sejak daripada dulu lagi. Kalau dulu, Julia selalu menemaninya bermain bola sepak. Julia lah penyokong setianya.

" Terror betul Azfar tu main. Rafi pun tak kurang hebat jugak " komen Nadia.

Julia hanya tersenyum nipis.

" Ju, Ju kan tak kahwin lagi. Antara dua orang lelaki tu, mana yang jadi pilihan Ju? Azfar ke Rafi? " soal Nadia tiba-tiba.

" Err kenapa akak tanya macam tu?" soal Julia.

" Saja lah nak mintak pandangan Ju. Yelah Ju tak kahwin lagi. Mana tahu berkenan dengan salah seorang " .

Julia tersenyum kelat.

" Ada-ada jer lah akak ni " .

" Dua-dua tu single lagi tau Ju. Rugi lah kalau lepaskan peluang yang ada. Akak tengok Rafi tu pun macam tertarik dengan Ju. Tapi dia tu memang dengan semua perempuan dia melayan. Kalau akak, akak akan pilih Azfar. Bagus budaknya. Dia tak campurkan urusan peribadi dengan kerja, profesional " .

" Takdalah kak. Ju okay jer dengan dua-dua. Ju tak anggap diorang berdua lebih daripada kawan kerja pun " balas Julia.

Kalaulah Nadia tahu yang Azfar tu bekas tunangnya. Tapi kalau boleh dia memang tidak mahu ada yang tahu dia adalah bekas tunang Azfar. Biarlah menjadi rahsia mereka berdua.

" Nasib baiklah akak ni dah kahwin Ju. Kalau tak, dah lama akak pilih Azfar " .

Julia ketawa kecil.

" Ju rasa diorang berdua mesti dah ada calon sendiri kan. Takkanlah tak ada calon lagi " .

" Mungkin jugak. Yelah muka hensem kan " .

Tiba-tiba semua berkumpul di tengah padang.

" Kenapa tu kak? " soal Julia.

" Cikgu Rafi jatuh! " jerit salah seorang pelajar.

" Ju tolong Ju " pinta Nadia.

Julia dan Nadia pantas bergerak ke tengah padang sambil membawa kotak first aid kit. Julia dulu adalah ahli pbsm. Jadi sedikit sebanyak dia tahu bagaimana cara merawat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience