BAB 15

Romance Completed 6216

Julia memegang perutnya yang sakit mencucuk-cucuk. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit. Biasalah penyakit perempuan kan. Setiap bulan sakit itu datang. Dia rasa tak larat sangat. Ketika mengajar tadi pun, Julia hanya mengajar kemudian dia memberi latihan saja kepada pelajarnya.

Memang setiap kali dia datang bulan dia akan mengalami segugut yang teruk. Tapi kali ini lebih sakit daripada selalu.

Azfar memandang ke arah Julia yang seperti sedang menahan kesakitan.

" Awak okay Ju? " soal Azfar.

Julia menoleh. Kemudian dia mengangguk perlahan.

" Senggugut ke? " soal Azfar lagi.

Merah wajah Julia kerana malu apabila Azfar tanyakan soalan itu. Mujurlah suaranya perlahan dan guru-guru lain di dalam bilik guru itu tidak dengar.

Tanpa menunggu Julia menjawab soalannya, Azfar membuka laci mejanya. Sebotol minyak angin dikeluarkan lalu dihulurkan pada Julia.

" Nak guna ni " .

Julia menggeleng.

" Takpalah " tolaknya.

" Ambil lah. Jangan degil. Awak tengah sakit kan " .

Lambat-lambat Julia mengambil juga minyak itu. Lagipun dia sudah tidak tahan menahan sakit. Sekurang-kurangnya kalau dah sapu minyak nanti, sakit itu akan lega sedikit.

Sewaktu Julia ingin melangkah ke kantin, dia ternampak Azfar sedang berjalan menuju ke kantin bersama dengan beberapa orang pelajar perempuan. Julia mencebikkan bibirnya.

" Cakap orang, dia pun sama jer melayan " gumamnya sendiri.

Entah kenapa dia rasa cemburu apabila melihat Azfar sedang berbual mesra dengan pelajar-pelajar perempuan itu. Saat mata dia dan Azfar bertentangan, Julia cepat-cepat memandang ke arah lain dan berlalu daripada situ.

Julia merebahkan badannya di atas katil. Dia baru saja selesai mandi. Hari minggu begini, apa lagi yang dia ingin lakukan. Lagipun hari minggu lah waktu untuk dia berehat.

Menjadi guru bukanlah tugas yang mudah. Nampak macam senang. Tapi tak semudah itu. Banyak tenaga yang diperlukan dan kesabaran yang tinggi. Kadang-kadang Julia tertekan juga. Tapi nak buat macam mana, dah memang tugas dia.

Matanya terpandangkan botol minyak angin yang berada di meja tepi katil. Itu minyak angin Azfar. Dia lupa nak pulangkan semula pada Azfar.

Tiba-tiba dia teringat kenangan lama bersama dengan Azfar. Ketika dia senggugut dulu, Azfar lah orang yang paling prihatin. Pernah Azfar menawarkan ingin membawanya ke klinik. Segala jenis ubat Azfar belikan untuknya.

Julia mengeluh perlahan. Ah Ju, kenapalah kau nak kena fikirkan tentang dia lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience