BAB 21

Romance Completed 6216

" Kenapa abang tak beritahu Ju abang nak datang? " soal Julia.

Ketika itu mereka berada di dalam kereta. Dalam perjalanan menuju ke kedai emas untuk membeli cincin kahwin.

" Abang saja nak buat suprise " .

" Macam mana abang pujuk mama?" soal Julia.

Dia tertanya-tanya juga bagaimana dengan mudahnya Azfar memujuk mamanya.

" Abang jelaskan semuanya pada mama. Lepas tu abang bersungguh-sungguh cakap dengan mama yang abang memang nak kahwin dengan sayang. Tak main-main dan abang dah janji dengan mama yang abang akan jaga anak kesayangan dia ni baik-baik" .

Julia mengukir senyum. Dia tahu sekeras mana pun hati ibu, lama-lama pasti akan cair juga. Lagipun Puan Yati melarangnya berkahwin dengan Azfar kerana dia takut Julia akan dikecewakan sekali lagi.

" Ju sayang abang tak? " soal Azfar tiba-tiba.

" Sayang lah. Kalau tak sayang, kenapa Ju setuju untuk kahwin dengan abang" .

Azfar ketawa kecil.

" Terima kasih sayang " .

" Cuma yang Ju risau sekarang ni, macam mana nak jelaskan dekat sekolah tentang hubungan kita nanti? Atau kita patut diamkan jer. Jangan bagitahu orang lain kita dah kahwin" .

" No no. Abang tak setuju. Perkahwinan tu sepatutnya dihebohkan. Lagipun abang tak nak lah nanti Rafi tu kacau Ju lagi. Abang jealous tahu tak " .

Julia mencebikkan bibirnya.

" Alah abang pun sama jer. Abang ingat Ju nak ke tengok pelajar perempuan dekat sekolah kita tu tergila-gilakan abang? " .

" Oh maknanya selama ni Ju cemburu lah ya? " Azfar ketawa.

" Yelah. Kata sayang. Mestilah cemburu " .

" Okaylah macam ni, nanti kita jelaskan dekat diorang yang kita ni tak lama lagi bakal berkahwin. Haa baru ternganga luas mulut si Rafi tu nanti ".

Julia menampar perlahan lengan Azfar.

" Tak baiklah abang " .

Azfar terkekeh-kekeh ketawa.

" Abang gurau jer lah sayang " .

" Aku terima nikahnya Julia Raihana Bt Razali dengan mas kahwin sebanyak 500 ringgit tunai " .

Dengan sekali lafaz kini Julia sudah sah bergelar isteri kepada Azfar. Mereka dinikahkan sendiri oleh ayah Julia, Encik Razali.

Ramai tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan mereka. Keluarga Azfar dan Julia juga sudah berbaik. Tiada lagi dendam. Semuanya sudah baik seperti sediakala.

Kalau dia jodoh yang telah dijanjikan Allah untuk kita, kita bergaduh, bertengkar, merajuk macam mana sekalipun, kita akan tetap bersama dia juga.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience