BAB 3

Romance Completed 6216

Sekali lagi Julia tergamam apabila melihat mejanya bersebelahan dengan meja Azfar. Azfar pula kelihatan tenang.

Ramai guru-guru lain di bilik guru itu menegur dan berbual dengan Julia. Sesekali Azfar mencuri pandang ke arah Julia. Julia hanya mampu menahan rasa.

" Assalamualaikum cikgu Julia " sapa seorang cikgu lelaki yang bernama Rafi.

Julia menoleh. Dia tersenyum nipis.

" Waalaikumusalam " .

" Saya cikgu Rafi " Rafi memperkenalkan dirinya.

Julia mengangguk kecil.

" Selamat berkenalan. Cikgu ajar subjek apa? " .

" Matematik. Cikgu Julia ni mengajar matematik tambahan kan? " .

" Iya saya " .

Mereka berbual mesra sebelum Rafi meminta diri kerana dia ada kelas ketika ini. Azfar buat muka menyampah. Bukannya dia tidak kenal dengan perangai Rafi. Rafi memang terlebih-lebih mesra alam. Lagi-lagi dengan cikgu perempuan.

Ketika cikgu praktikal perempuan melaporkan diri tiga bulan lepas, dia lah yang beriya-iya. Rafi boleh dikategorikan sebagai buaya darat jugak. Dengan pelajar pun kadang-kadang dia melayan. Dengan rupa paras yang agak kacak itu, Rafi gunakan untuk memikat perempuan.

Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Waktu mengajar sudah tamat. Julia mengemas barang-barangnya dan melangkah keluar daripada bilik guru.

Baru dia ingin membuka pintu kereta, ada suara yang menegurnya.

" Tak sangka kita jumpa lagi Ju " .

Julia menoleh. Dia mengetap bibirnya. Azfar sedang tersenyum manis padanya.

" Ju ikut abang ya? " usik Azfar.

" Jangan nak perasan boleh tak? Kalau saya tahu awak mengajar dekat sini jugak, memang tak lah saya terima tawaran tu " balas Julia dingin.

Dia benci melihat senyuman Azfar. Riak wajah Azfar selamba sahaja. Seperti tidak pernah ada apa-apa terjadi di antara mereka.

" Bukan ke seorang pendidik tu harus bersikap profesional? Jangan campur adukkan masalah peribadi dengan kerja " perli Azfar.

Julia tersenyum sinis.

" Saya atau awak yang tak bersikap profesional? Gunakan panggilan 'abang' tu profesional sangat ke? " Julia memulangkan paku buah keras.

" Ju macam mana sekarang? Dah lama tak dengar khabar Ju " Azfar mengubah topik.

" Macam yang awak tengok sekarang. Saya masih sihat dan belum lagi nak mati " .

Azfar terkedu. Julia yang berada di hadapannya ini sangat berbeza dengan Julia yang dia kenal tiga tahun lepas.

Julia yang dia kenal dulu seorang gadis yang sangat ayu dan lembut tutur bicaranya. Bukannya seperti Julia yang sekarang.

" Kalau tak ada apa-apa benda penting lagi, saya nak balik " Julia terus masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan.

Azfar hanya memandang sepi.

' Abang rindukan Ju ' .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience