BAB 17

Romance Completed 6216

Julia mengeluh perlahan. Entah kenapa malang sangat nasibnya hari ini. Keretanya buat hal. Puas dia menghidupkan enjin kereta tetapi tidak berjaya.

" Aduh waktu-waktu macam ni lah kau nak rosak kan " rungutnya sendiri.

" Kenapa ni Ju? " tegur Azfar.

Kebetulan keretanya di parking bersebelahan dengan kereta Julia.

" Kereta buat hal " balas Julia acuh tak acuh.

" Biar abang tengok " Azfar masuk ke dalam kereta Julia dan cuba menghidupkan enjin. Tetapi masih tidak berhasil.

" Abang tak pandai sangat bab kereta ni. Mungkin rosak dalam. Takpalah hari ni biar abang hantar Ju balik. Esok kita bawak kereta ni ke bengkel" .

" Takpalah. Saya tak nak menyusahkan sesiapa pun " tolak Julia.

" Ju, cikgu-cikgu lain dah balik. Ju nak tunggu siapa? " .

" Nanti saya call housemate saya mintak tolong dia ambilkan " .

" Abang kan ada. Jom lah balik dengan abang " ajak Azfar lagi.

Julia masih dengan egonya.

" Daripada dulu sampai sekarang, degil Ju ni tak pernah hilang kan " .

Julia menjeling sekilas ke arah Azfar. Ewah suka hati jer dia nak cakap aku degil. Dia yang paksa-paksa orang.

" Cuba rendahkan ego tu. Ju anggap abang tolong atas dasar rakan sekerja bukan sebab abang ni bekas tunang Ju" .

Julia masih berfikir sama ada mahu terima ajakan Azfar atau tidak. Kalau dia tolak, payah lah dia nak balik rumah nanti. Lisa oustation. Haa tu lah kau Ju, tadi berlagak sangat. Julia mengutuk dirinya sendiri.

Setelah puas Azfar memujuk, akhirnya Julia naik juga keretanya. Suasana dalam kereta sunyi saja. Masing-masing diam. Radio kereta sengaja Azfar tidak buka.

" Ju boleh abang tanya satu soalan? " soal Azfar memecah kesunyian antara mereka.

Julia memandang ke arah luar tingkap. Dia hanya diam.

" Ju masih cintakan abang? " Azfar mengerling sekilas wajah Julia. Dia ingin melihat reaksi wajah gadis itu.

" Ada sebab yang kukuh ke untuk saya cintakan awak lagi? " soalan dibalas semula dengan soalan.

Azfar terdiam. Betapa remuknya hatinya saat mendengar jawapan Julia. Tapi dia tahu Julia tidak jujur. Dia yakin Julia masih cintakannya.

" Abang tahu Ju tipu. Ju tak jujur dengan perasaan Ju sendiri. Kenapa Ju susah sangat nak mengaku yang Ju masih cintakan abang? " .

" Jangan nak perasan boleh tak? " .

Azfar tiba-tiba memberhentikan keretanya di sebuah taman. Julia terus memandang ke arahnya.

" Kenapa berhenti kat sini? " soal Julia.

Tanpa menjawab soalan Julia, Azfar terus turun daripada kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience