BAB 11

Romance Completed 6216

Julia memegang kakinya yang terseliuh gara-gara terjatuh ketika bermain bola jaring tadi. Tadi dia membantu Rafi yang jatuh, sekarang ni dia yang jatuh pulak.

Dia tak tahulah sama ada perasaan dia ataupun apa, Mastura seolah-olah sengaja menolaknya sehingga terjatuh ketika bermain bola jaring tadi.

Azfar berlari mendapatkan Julia yang sedang duduk di bilik rehat. Patutlah dia tak nampak Julia. Rupanya gadis itu terjatuh ketika dia ke bilik persalinan tadi. Dia ke bilik persalinan kerana ingin menukar seluarnya yang kotor terkena tanah. Azfar terkocoh-kocoh datang ke bilik rehat apabila mendapat tahu Julia terjatuh.

" Ju! " .

Julia yang sedang terbaring di atas katil cepat-cepat bangun. Dia terkejut dengan kehadiran Azfar.

" Ju okay tak? Macam mana dengan kaki Ju? " soal Azfar prihatin.

Dia datang mendekati Julia.

" Awak buat apa kat sini? Saya okay lah " balas Julia dingin.

" Diorang cakap tadi Ju jatuh waktu main bola. Abang risau kalau apa-apa jadi dengan Ju. Kalau sakit, kita pergi klinik ya? " .

" Eh tak payah lah nak pura-pura ambil berat tentang saya! Awak jugak yang buang saya dalam hidup awak dulu " Julia tiba-tiba meninggikan suaranya.

" Ju " perlahan sahaja suara Azfar.

" Untuk apa? Untuk apa awak berpura-pura ambil berat tentang saya? Nak bagi saya berharap pada awak balik? Nak bagi saya menderita lagi? Tak cukup ke buat saya derita selama ni? " .

" Ju jangan cakap macam tu. Abang betul-betul ambil berat tentang Ju. Abang tak berpura-pura. Abang minta maaf. Abang tahu abang salah. Tapi waktu tu abang dah tak ada pilihan Ju. Pilihan tu jer yang abang ada " jelas Azfar bersungguh-sungguh.

" Dan kenapa sekarang ni awak tiba-tiba nak buat baik dengan saya? Awak dah buat pilihan kan " .

" Tapi abang dah tersilap buat pilihan Ju. Abang menyesal dengan pilihan abang. Kalau abang tahu kebenarannya, abang takkan sesekali tinggalkan Ju " .

Julia tersenyum sinis.

" Tapi awak dah tinggalkan saya pun. Tak payah lah awak menyesal. Semuanya dah berakhir. Dah lama dah pun berakhir. Saya pun dah lupakan semuanya. Anggap jer lah yang kita memang tak pernah bersama. Lupakan semuanya " .

" Tak semudah tu Ju. Abang masih sayangkan Ju " .

Julia buat muka menyampah. Masih sayang? Kalau sayang kenapa buang dia dulu?

" Cikgu Ju " panggil seorang pelajar yang baru tiba.

Perbualan mereka berdua terus terhenti setakat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience