BAB 5

Romance Completed 6216

Azfar merebahkan badannya di atas katil. Tali leher dilonggarkan. Keluhan berat keluar daripada bibirnya.

Terimbas kembali pertemuan dia dan Julia. Hatinya juga sesak saat melihat gadis itu. Gadis yang selama ini dia rindui. Bukannya dia tidak berusaha untuk mencari Julia selepas mereka putus tunang, keluarganya menghalangnya daripada untuk terus mencari Julia.

Mereka semua tidak merestui hubungannya bersama dengan Julia gara-gara gambar Julia yang tersebar bersama dengan seorang lelaki. Azfar yakin Julia tidak akan sesekali mengkhianatinya. Tapi demi keluarga, Azfar terpaksa melepaskan Julia pergi. Dia sendiri terseksa. Tapi dia sudah tiada pilihan lain.

Jika dia meneruskan hubungannya dengan Julia, dia yakin keluarganya tak akan pernah merestui hubungan mereka. Jadi apa lagi pilihan yang dia ada selain melepaskan Julia pergi.

Azfar bangun dari pembaringannya. Dia membuka laci meja kecil bersebelahan katilnya. Sebentuk cincin dikeluarkan daripada laci itu. Cincin itu ialah cincin pertunangannya dengan Julia tiga tahun lepas. Dia masih simpan lagi cincin itu.

" Abang rindukan Ju sangat-sangat. Abang gembira bila tengok Ju dah berjaya. Maafkan abang, abang dah buat Ju terluka dengan keputusan abang. Tapi abang nak Ju tahu, sampai saat ni abang masih cintakan Ju. Tak ada perempuan lain yang boleh buat abang jatuh cinta macam Ju. Hati abang hanya untuk Ju. Sampai bila-bila. Andai suatu hari nanti kita ditakdirkan berjodoh semula, abang lah orang gembira dekat dunia ni " .

Kolam mata Azfar mula bergenang dengan air mata. Dia mencium cincin itu.

" Ju, kenapa ea Ju nak jadi cikgu? " soal Azfar.

" Sebab Ju nak jadi macam abang. Nanti kalau Ju dah jadi cikgu, kita boleh mengajar dekat sekolah yang sama. Hari-hari boleh jumpa " .

Azfar tergelak mendengar jawapan Julia. Jujur sangat.

" Ju, jadi cikgu ni kena betulkan niat dulu. Kalau tak, susah lah. Niat dalam hati nak jadi pendidik sebab nak curahkan ilmu. Bukan sebab nak jumpa abang hari-hari. Nanti dah kahwin, haa hari-hari Ju boleh jumpa abang. Nak tenung muka abang 24 jam pun takpa " .

Julia tersengih.

" Hehe..sorry. Okaylah nanti Ju betulkan niat Ju ya " .

" Tapi betul jugak apa Ju cakap. Abang lagi seronok kalau kita dapat mengajar dekat sekolah yang sama " .

" Kan. Tu lah Ju cakap " .

" Tak sabarnya nak tunggu Ju habis belajar. Nanti dah boleh kahwin dengan Ju" Azfar tersenyum nakal.

Julia ketawa. Ada-ada jer Azfar ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience