BAB 9

Romance Completed 6216

Wajah putih Julia bertukar kemerah-merahan gara-gara duduk di bawah terik matahari. Sekarang sedang diadakan latihan rumah sukan dan dia adalah guru yang bertugas menjaga bahagian trek lumba lari.

" Menyesal pulak tak bawak payung " gumamnya sendiri sambil tangannya mengibas-ngibas wajahnya.

Tiba-tiba ada yang menghulurkan payung padanya. Julia terkedu.

" Guna lah payung saya dulu " tawar Azfar sambil menghulurkan payungnya.

Daripada tadi dia memerhatikan Julia. Kesian pulak dia tengok Julia yang kepanasan jadi dia mengambil payung di dalam keretanya. Kebetulan di dalam keretanya memang ada menyimpan payung.

" Eh takpa. It's okay " tolak Julia.

" Ambil lah. Muka awak dah merah sangat tu " Azfar masih menghulurkan payung itu.

" Takpa. Saya tak perlukan pun " Julai masih jual mahal.

Azfar mendekatkan dirinya dengan Julia.

" Jangan jual mahal sangat Ju. Ambil jer. Abang tak minta Ju bayar sewa pun kalau guna payung ni " bisiknya perlahan.

Julia tayang wajah bengang. Lagi-lagi melihat senyuman Azfar. Azfar daripada dulu tak berubah. Suka menyakatnya.

Lambat-lambat Julia ambil juga payung di tangan Azfar.

" Terima kasih " ucapnya.

" You're welcome dear " .

Mencerlung mata Julia memandang Azfar. Dear? Eii siapa dear dia?

" Gurau " Azfar ketawa kecil.

Tanpa mereka sedari ada yang memandang mereka.

" Mas, aku tengok sir tu macam suka jer dekat cikgu Julia " kata Ila.

Mastura buat muka menyampah.

" Tak lah. Aku tak rasa macam tu pun" balasnya.

" Tapi betul lah, aku rasa sir memang suka dekat cikgu Ju. Kalau diorang bersama pun okay apa. Seorang hensem, seorang cantik. Lagipun dua-dua masih bujang kan " tambah Ila.

" Ish kau ni pandai-pandai jer nak jodohkan orang pulak. Mana tahu kalau cikgu Julia tu dah bertunang ke apa ke " .

Ila tergelak kecil.

" Ke kau jealous ni? " duga Ila.

" Tak lah mana ada. Kalau kau tengok sir layan aku, dah boleh nampak tau yang dia tu suka aku ".

" Eii perasannya minah ni. Aku tengok sama jer sir layan budak-budak lain. Tak ada apa yang istimewa pun " .

" Suka hati kau lah! Malas aku nak layan kau " Mastura terus bangkit. Dia mengibas-ngibas seluarnya sebelum berlalu meninggalkan Ila.

Mastura perasan sejak kehadiran Julia di sekolah itu, cikgu-cikgu lelaki bujang dan termasuk Azfar banyak memberikan perhatian pada Julia. Sedikit sebanyak mengundang rasa cemburu di hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience