BAB 16

Romance Completed 6216

" Az " sapa Tok mak.

Azfar menoleh.

" Ya tok mak " sahutnya.

" Macam mana dengan kerja? Dah lama tok mak tak berbual dengan Az" .

Walaupun mereka tinggal satu rumah, tok mak jarang sekali dapat berjumpa dengan Azfar. Ini kerana cucu tunggalnya itu sibuk bekerja. Malam pula masa untuk dia berehat. Selalunya Azfar akan terperap di dalam bilik saja.

" Biasa jer tok mak. Maaflah Az busy sikit lately ni. Lagipun final exam dah nak dekat. Az busy siapkan kertas ujian " jelas Azfar.

Tok mak mengangguk faham.

" Boleh tok mak tanya sikit? " .

" Apa dia? " .

" Sampai bila Az nak hidup macam ni? " .

" Maksud tok mak? ".

" Dah 3 tahun Az putus tunang. Takkanlah masih belum ada pengganti. Dah tiba masa untuk Az cari kebahagiaan Az sendiri " .

Azfar tersenyum nipis.

" Az masih belum bersedia tok mak. Apa yang dah jadi buatkan Az takut untuk bercinta lagi. Az lebih selesa hidup sendiri macam ni " sengaja Azfar mencipta alasan.

" Kamelia masih tunggu Az. Az tak nal buka pintu hati Az untuk dia? Tok mak rasa Kamelia lah orang yang paling sesuai untuk jadi isteri Az " .

Azfar mengeluh perlahan. Dia sudah mengagak tok mak pasti buka cerita tentang Kamelia.

" Tok mak, berapa kali Az nak cakap yang Az tak boleh nak cintakan Kamelia " .

" Tapi Az tak cuba lagi. Tok mak tak suka tengok Az dengan perempuan lain selain Kamelia " .

Azfar mengeluh perlahan.

" Sebab tu tok mak sanggup hancurkan pertunangan Az kan? " .

Raut wajah tok mak terus berubah.

" Apa maksud Az ni? Az putus tunang pun sebab perempuan tu yang curang dengan Az kan. Kenapa nak salahkan tok mak pulak? " .

" Tok mak, please stop berlakon. Az dah tahu semuanya. Tok mak yang upah orang untuk edit gambar Ju dengan lelaki lain kan. Supaya Az bencikan Ju then kitorang berpisah. Sampai hati tok mak buat Az macam ni kan. Az ni cucu tok mak tau. Cukuplah selama ni tok mak hancurkan hidup Az. Tolong jangan pernah paksa Az untuk kahwin dengan perempuan yang Az tak cinta. Az berhak buat pilihan Az sendiri " .

Tok mak tergamam. Segala rahsianya kini sudah terbongkar.

" Az dah penat tok mak. Dah penat. Sekarang ni Az dah hilang orang yang Az cinta " sayu kedengaran suara Azfar.

" Tok mak..." .

" Az masuk tidur dulu. Maafkan Az kalau terkasar bahasa dengan tok mak" Azfar pantas memotong kata-kata tok mak dan terus berlalu masuk ke dalam biliknya.

Tok mak terkaku. Air matanya mengalir perlahan. Dia mula menyesali perbuatannya selama ini. Tanpa dia sedar dia sudah menghancurkan kebahagiaan cucunya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience