BAB 20

Romance Completed 6216

" Ju tak lupa mama. Tapi itu kan dah berlalu lama. Diorang dah minta maaf dengan Ju " .

" Ju, mama tak kisah tau Ju nak kahwin dengan siapa pun. Tapi mama tak nak Ju kahwin dengan lelaki tu. Huh dah ludah nak jilat balik? " Puan Yati mendengus geram.

" Semua orang pernah buat kesilapan mama. Ju cintakan abang Az. Ju tak boleh terima lelaki lain dalam hidup Ju".

Puan Yati menggelengkan kepalanya.

" Ju, Ju dengar sini baik-baik. Ju anak mama tau. Satu-satunya anak mama. Mama nampak depan mata mama anak mama ni terseksa. Mama tak nak benda yang sama berulang kembali. Mama nak yang terbaik untuk Ju. Tolong lah faham Ju " .

Julia diam. Mungkin dia harus terima semua ini. Tiada jodoh di antara dia dan Azfar.

" Ju. Finally Ju angkat jugak call abang" Azfar menarik nafas lega apabila Julia menjawab panggilannya selepas berkali-kali panggilan dia buat hari ini.

Ju minta maaf abang. Mama Ju tak izinkan kita berkahwin " .

Azfar dapat mendengar esakan kecil yang tidak dapat disembunyikan oleh Julia. Dia sedang menangis.

" Ju, biar abang pergi jumpa keluarga Ju sendiri ya " .

" Tak perlu abang. Jawapan mama tetap sama " .

" Tapi kita belum cuba kan, Ju tolong jangan mengalah macam ni. Abang sayangkan Ju " .

" Ya Ju tahu. Tapi keluarga Ju tak izinkan. Ju minta maaf " Julia terus menamatkan panggilan.

Azfar mengeluh berat. Dia tidak tahu kenapa mudah benar Julia mengalah seperti ini. Dia tekad. Walau apa pun yang jadi, dia tetap mahu berkahwin dengan Julia. Dia akan berhadapan sendiri dengan keluarga Julia.

Julia termenung sendiri. Sudah dua hari dia mc kerana demam. Dia juga sudah tidak mendengar khabar Azfar. Mungkin lelaki itu pun sudah mengalah. Sama sepertinya.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

" Ya Allah Ju, kenapa tak siap lagi ni?" soal Puan Yati.

Julia terpinga-pinga.

" Nak pergi mana? " .

" Azfar dah tunggu dekat bawah. Nak bawak Ju cari cincin kahwin " .

Julia terus bangun. Macam tak percaya dengan apa yang baru dia dengari. Bukan ke mamanya itu tidak izinkan dia berkahwin dengan Azfar.

Puan Yati tersenyum nipis.

" Mama dah buat keputusan Ju. Mama izinkan Ju kahwin dengan Azfar " .

Julia tersenyum nipis. Dia terus memeluk erat tubuh Puan Yati.

" Terima kasih mama " .

" Sama-sama sayang " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience