BAB 4

Romance Completed 6216

Lampu isyarat bertukar merah. Julia memberhentikan keretanya. Sambil itu dia terkenangkan kembali kenangan dia dan Azfar tiga tahun lepas.

Mereka sudah berjanji untuk sehidup semati. Tapi Azfar sendiri yang memungkiri janjinya. Hanya kerana fitnah, Azfar tega memutuskan pertunangan mereka.

Betapa luluhnya hati Julia ketika itu hanya Allah yang tahu. Ketika dia difitnah tiada siapa yang mempercayai kata-katanya. Dan yang paling kecewa, Azfar sendiri tidak mempercayainya.

Akhirnya Julia redha pertunangan mereka diputuskan. Bukan senang dia ingin melupakan cinta pertamanya. Julia bagaikan hilang separuh jiwanya. Dia membawa diri ke Indonesia selama setahun untuk menenangkan dirinya.

Di sana dia menjadi guru sambilan. Lama-kelamaan barulah dia bangkit semula dan mampu melupakan segala-galanya tentang Azfar. Dan saat dia sudah melupakan segala-galanya, Azfar muncul kembali di depan matanya.

" Abang nak putuskan pertunangan kita. Dah tak ada sebab untuk kita terus bersama " .

Luluh hati Julia saat kata-kata itu keluar daripada mulut Azfar.

" Sampai hati abang kan. Abang percaya lah fitnah tu? Abang percaya Ju curang belakang abang? Ju tak akan buat macam tu abang. Ju cuma cintakan abang seorang. Tak mungkin Ju nak menduakan abang " .

Azfar menoleh memandang Julia. Dia merenung lama wajah gadis itu.

" Keluarga abang mintak abang putuskan pertunangan kita. Abang minta maaf " .

Teresak-esak Julia menangis.

" Tapi Ju cintakan abang. Mana janji-janji abang selama ni? " .

" Abang tak boleh Ju. Dalam keadaan macam ni, abang tak boleh nak tunaikan janji abang pada Ju. Abang minta maaf. Mungkin memang dah tertulis kita tak berjodoh. Abang harap Ju dapat terima semua ni dengan hati yang terbuka " .

" Abang tolonglah jangan buat Ju macam ni. Ju merayu pada abang jangan tinggalkan Ju. Ju sayangkan abang " Julia masih merayu.

" Ju tolong faham keadaan abang. Kalau kita teruskan pertunangan ni pun, keluarga kita tak akan restu hubungan kita. Abang tak nak kita jadi anak derhaka. Jadi penyelesaiannya ialah dengan berpisah. Ini jalan yang terbaik Ju " .

Makin lebat air mata Julia.

" Abang dah tak sayangkan Ju ke? " soalnya.

Azfar diam.

" Maafkan abang. Terima kasih untuk semua ni. Abang gembira kenal dengan Ju. Selamat tinggal Ju " Azfar terus berlalu meninggalkan Julia.

Julia terduduk lemah. Dia memegang dadanya. Sakit sangat apabila orang yang kita cinta meninggalkan kita. Ya Allah kuatkan aku.

Bunyi hon daripada kereta belakang menyentakkan lamunan panjang Julia. Dia mengelamun sehingga tidak sedar lampu merah sudah bertukar hijau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience