Aku dan Mr. Luke # 4

Humor Completed 46245

Masih boleh diingati lagi bagaimana dia menepuk dahi memerhati Ain yang hilang dibawa teksi. Sangkanya taktik kali ini berjaya, rupanya Ain bukan calang orang. Setahunya orang kampung sepertinya tidak memilih umpan, tetapi dia faham. Ain begitu kerana tidak mahu merosakkan hubungannya dengan Shalin.

Dia tidak tahu sebenarnya pertunangannya dengan Shalin sudah putus. Dia sudah terlalu kecewa dengan Shalin yang sering kali memberi alasan untuk menundakan perkahwinan mereka. Dia berharap sangat Ain tidak begitu. Dia tidak mahu dikecewakan sekali lagi.

Luqman benar benar terkilan. Kesal dengan sikapnya yang terburu-buru. Ternyata memang dia yang bersalah dan bukan Ain. Sungguh pada waktu itu dia benar benar dalam keadaan marah. Shalin, gadis yang berjanji sehidup semati dengannya tiba tiba berubah fikiran ingin menangguhkan perkahwinan mereka. Luqman apa lagi naik angin lah lalu terus memutuskan pertunangan mereka.

Semakin naiklah darahnya selepas mengambil Mia pulang sekolah dan terlihat akan kesan lebam di pipinya.

"Kenapa pipi Mia ni ha?! Cikgu di sekolah pukul Mia ye? Hah cakap dengan uncle betul betul!" Mia terkpaksa berbohong kerana ingin menyelamatkan diri dari pakciknya yang sedang marah. Walhal Mia terjatuh ketika bermain. Kesannya Cikgu yang menjadi mangsa.

Oleh disebabkan itu, dia mula megirim bunga sebagai tanda minta maaf. Tapi hati Ain tu hati batu! Agaknya kalau aku bagi longgokkan segunung intan pun dia tak hairan, duga Luqman. Entah la kenapa bayangan Ain tidak pernah lekang dari pandangan mata.

"Uncle Oman.. 11-9 berapa?"

"Cubalah buat sendiri.. Kalau tak tahu baru tanya." Keluh Luqman.

Sudah puas dia menelefon Ain, tetapi masih tidak berangkat. Sibuk mencari kerja agaknya. Alahai kesiannya awak. Ni semua salah aku.

"Uncle Oman ni susah la.. Kalau Cikgu Ain tu senang je, dia mesti tolong."

"Cikgu Ain tu baik ya?"

"Iyalah.. Bukan macam uncle... Tanya sikit pun tak boleh."

"Dia pergi sekolah dengan siapa?"

"Seorang saja. Dia jalan kaki. Cepatlah Uncle Oman, 11-9 berapa? 3 ya?

"Cikgu Ain sudah ada pakwe?"

"Ish Uncle Oman ni bisinglah!" Mia terus berlari turun bila ditanya hendak kemana, katanya jumpa nenek. Dia langsung tidak tahu Mia akan menelefon Cikgu Ain. Tahu tahu saja Ain sudah ada di depan rumah.

"Ala cikgu.. Mia dah siap dah tapi nombor lima tu Mia tak tahu.. Tanya uncle Oman, dia suruh cerita pasal cikgu dulu baru dia tunjuk.."

Tiba tiba Luqman muncul dan terus menekup mulut Mia yang petah bercakap. Eh budak ni. Cakap pasal aku yang bukan bukan pula kat Ain.

"Hello....... . Nama saya Luqman Hakim. L.U.Q.M.A.N. Ejanya sambil tersengih sengih.

"Bukan K tapi Q. Umur 28 tahun, single lagi dan..."

“menyibuk!” balasnya. Mak aih garangnya.

Baru saja dia ingin menghantarnya pulang, Ain sudah berlalu pergi dengan teksi.

"Takpa uncle Oman.. Cuba lagi.." Sindir Mia.

"Eh apa ni sibuk, pergi masuk buat homework sana!"

"Siapa tu Akim?" Soal ibu tiba tiba.

"Girlfriend baru Uncle Oman nek." balas Mia.

"Eh kamu biar betul. Shalin tu macam mana?"

"Baru je nak kenal kenal bu. Tak ada apa apa pun lagi."

Haih macam mana lagi lah yang patut aku buat ni. Memang dia pernah menawarkan kerja kepada Ain. Sudah pakat dengan Yati konon ada kerja kosong. Pada mulanya semua berjalan lancar tetapi sebaik sahaja Ain mengetahui siapa dia, Ain lari bagaikan nampak hantu.

Keras benar hatimu, Ain. Luqman tahu Ain memang perlukan kerja untuk menyara neneknya di kampung, dia juga ikhlas membantu. Tetapi ditolaknya mentah mentah oleh Ain. Walaupun Ain tidak bersekolah tinggi seperti Shalin, hanya orang kampung biasa yang miskin, dia tidak malu jika ingin memperisterikan Ain. Sungguh tinggi angan angan aku ni. Sudikah Ain menjadi isteri ku? Aku akan buat kau sudi, Ain. Aku akan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience