Aku dan Mr. Luke # 2

Humor Completed 46245

"Cikgu... Tolong temankan saya.. Perut saya sakit lepastu saya sorang kat rumah. Tolonglah cikgu..." Tidak sempat Ain nak tanya Mia sudah meletakkan telefon. Terharu rasanya, tak sangka dia masih ingat padaku, masih memerlukan bantuan ku walaupun sudah dua minggu aku diberhentikan.

Peluh membasahi dahi, dilap dengan tisu. Sanggup jalan kaki kerana ingin cepat sampai risau akan bekas anak muridnya. Setibanya di rumah mewah itu, dia segera menekan loceng. Tetapi seketika kemudian dia terperanjat apabila Mia yang mengadu sakit berlari riang membuka pintu.

"Selamat tengahari cikgu!" Sapanya dengan wajah yang bersahaja berserta senyum nakalnya. Cikgu yang terpinga-pinga itu di pimpin masuk ke dalam rumah.

"Apa ni mia? Tadi awak kata awak sakit perut?" Soalnya.

Mia tunduk. "Maaf cikgu,"

"Mia, cikgu tak suka awak main main macam ni." Kataku tegas. Susah payah aku datang macam ni pulak jadinya.

"Uncle Oman tu...."

Hampir aku lupa dengan mamat ni. "Kenapa dengan dia? Dia suruh awak menipu?"

"Dia asyik tanya pasal cikgu aje sampai Mia tak tahu nak jawab apa dah" balasnya dengan mulut muncungnya. Lucu.

"Dia ada ke ni?"

"Ada.."

"Takpa lah, cikgu balik dulu. Awak pergi siapkan homework tu. Ingat lain kali jangan buat lagi."

"Ala cikgu.. Mia dah siap dah tapi nombor lima tu Mia tak tahu.. Tanya uncle Oman, dia suruh cerita pasal cikgu dulu baru dia tunjuk.."

Tiba tiba Luqman muncul dan terus menekup mulut Mia yang petah bercakap. Eh mamat ni, tiba tiba je.. Terperanjat aku.

"Hello....... . Nama saya Luqman Hakim. L.U.Q.M.A.N. Ejanya sambil tersengih sengih.

"Bukan K tapi Q. Umur 28 tahun, single lagi dan..."

"Menyibuk!" Celah Ain geram.

Mia yang melihat gelagat mereka spontan ketawa dan segera tunduk apabila Ain megalihkan muka ke arahnya. Luqman juga terpaksa akur. Ain terus keluar untuk pulang.

"Ain! Biar saya hantar awak.." Segera Luqman mendapatkan Ain. Tetapi Ain hanya menghiraukan sahaja.

"Takpa uncle Oman.. Cuba lagi.." Sindir Mia.

"Eh apa ni sibuk, pergi masuk buat homework sana!"

Ergh! Menyampah aku! Anak beranak sama je. Menyusahkan hidup betul lah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience