Aku dan Mr. Luke # 15

Humor Completed 46245

"Ti.. Kau tahu, tadi Luqman ikut aku sampai ke rumah," Adunya.

"Iya?" Terasa seolah olah Yati menyindirnya.

"Iya lah! Eh.. Dia tu tak reti bahasa ke? Kan aku dah pesan jangan cari aku lagi. Kau tak sampaikan ke?" Katanya. Gagang telefon itu dipegang kejap. Sengaja dia ke rumah Cu Minah. Dapat pinjam telefon. Cu minah pun tak kisah sangat. Sambil itu matanya liar memerhati agar perbualannya tidak didengar orang. Nenek yang menemaninya pun sudah ke dapur.

"Ain, terus terang dengan aku. Kau masih ingatkan dia tak?" Soal Yati. Ain terasa mukanya mula merah, malu nak mengaku. Mujur Yati tak dapat melihat tengok aku sekarang, kalau tak malu oi.

"Nonsense! Kau kan tahu aku benci dia!"

"Jawab sejujurnya Ain, jangan tipu diri sendiri.." Lembut suara Yati menampar telinga Ain. Ain diam. Dadanya tiba tiba sebak. Mana mungkin aku boleh melupakannya. Dia terlalu istimewa. Ish! Malu aku nak terangkan. Yati ni kamceng dengan dia, nanti pecah rahsia aku.

"Ain...." Panggil Yati.

"Entah la Ti... Aku dah cuba tapi.. "

"Tapi tak boleh kan?" Celah Yati pula. Ain malu untuk mengakuinya.

"Jangan risau.. Aku kuat. Bila bila masa saja boleh lupakan dia," ujar Ain cuba meyakinkan bukan sahaja Yati tetapi dirinya juga.

"Haih engkau ni kan kenapa pulak nak macam tu. Biar ajelah perasaan kau tu bercambah! Tak ada salahnya kan kenapa nak seksa diri kau tu?" Marah temannya itu.

"Tak salah kau kata? Hei... Dia tu kan tunang orang!" Suara yang kuat tiba tiba jadi perlahan apabila tiba perkataan tunang orang.

"Ya Allah minah nii. Lembab betul lah! Dia dah lama putus. Masa dia terhegeh hegeh kat kau tu dia tengah frust. Sekarang dia memang tengah cari ganti. Hah so far aku rasa kau je lah calon yang lulus hmph." Ain terdiam. Kelu lidahnya untuk berbicara. Di samping itu dia cuba untuk tidak percaya. Yati ni kadang suka mengusik aku.

"Ain aku serious lah aku tak tipu." Kata Yati lagi seperti dapat membaca minda Ain. "Sorry la aku tak bagitau kau awal awal dulu.. Tapi Ain, percayalah kau tak bertepuk sebelah tangan."

Kata kata Yati masih diingatinya lagi. Sukar hendak digambarkan keindahan hatinya pada kala itu. Sekurangnya pintu hatinya sudah terbuka luas, hanya masa sahaja belum mengizinkan.

"Minum ni Ain." Pelawa Cu Minah membuatkan dia agak tersentak. Lantas dia mencapai cawan biarpun pada ketika itu dia hendak lekas lekas balik, mengurungkan diri dalam kamar sambil mengulit angan angan. Ahhh indahnya duniaaaa~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience