Aku dan Mr. Luke # 8

Humor Completed 46245

"HEH! Macam Cinderella" sindir Mimah. Ain diam. Dia sudah minta maaf, malah sebaik saja ternampak muka Mimah dia segera menyampaikan berita itu.

"Kalau kau keras hati macam ni, apa nenek kau nak makan nanti?" Ain diam. Memang betul kata kata Yati. Namun dia tetap tidak mahu mengaku kalah.

Ah banyak lagi kerja yang aku boleh buat. Aku tak perlukan pertolongannya. Supemarket ada kilang pun okay jugak apa. Asalkan halal. Tapi... Kalau setakat kerja kilang di kampung pun banyak. Lagi senang tak perlu fikir duit sewa rumah bagai. Tapi... Kalau tinggal di kampung mesti jumpa si Badrul dan isterinya. Dia tidak sanggup melihat kebahagiaan mereka. Malah kerana perkahwinan merekalah, dia jadi berani memperjudikan nasib di kota besar.

*

"Marilah Ain, ikut kakak kerja di kantin tu. Soal tempat tinggal, jangan bimbang duduk saja dengan kakak. Seminggu sekali kau balik lah."

Nenek yang tidak sampai hati melihatnya termenung merelakan pemergiannya. Lima hari bekerja dia masih teringatkan Badrul. Puas dia cari salah silap sehingga lelaki yang dicintainya sejak bangku sekolah itu mengalihkan cinta kepada gadis lain. Bukan Orang lain tapi temannya sendiri. Tiga tahun bercinta akhirnya cincin yang ditempah bersama tersarung dijari Baizura.

Hati siapa yang tak remuk, perasaan mana yang tidak terguris. Namun lama kelamaan ingatan terhadap lelaki itu pudar apabila diasak kerja yang bertimbun. Tidak lama disana dia beralih pula ke Tadika Mutiara. Dia sebenarnya gembira disana bersama anak anak muridnya, tapi apakan daya... Takdir hidupnya bagai berada dalam genggaman Luqman.

*

"Oii! Menung jauh nampak!" Sergah Mimah.

"Itulah kau... Kata menyampah tapi bila orang tu balik teringat-ingat," celah Yati

"Kau halau dia, ye!" Cuit Eton pula kawan serumahnya yang lagi seorang.

Pantas Ain bangun membawa mangkuk ke dapur. Tapi malangnya gadis bertiga itu turut mengekorinya.

"Tak baik kau buat dia macam tu Ain."

"Iyalah, Ain.... Dia datang dengan niat baik tau. Kau halau dia pula macam tu."

"Sepatutnya kau layan dia sebaik boleh. Dia kan tetamu."

Ain mengeluh. Satu persatu wajah temannya itu direnungnya. Hairan. Kenapa engkorang ni semua back up dia. Aku yang kawan dia orang duduk satu rumah tak dihiraukannya. Ilmu apa agaknya Luqman pakai hingga kawan kawan aku semua tertarik dengannya?

"Nak layan macam mana lagi? Nak suruh aku timang? Dia datang memang nak makan. Dah makan baliklah," jawabnya mudah. Aku dibuang kerja disebabbkan si lanun tu, lepastu korang nak sanjung si lanun tu sangat buat apa?!

"Kau ni Ain.. Jangan la jual mahal sangat. Dia dah jatuh tu.. Kau sambut sajalah," usik Mimah.

"Sambut apa?"

"Cinta!"

"Merepek! Dia kan dah bertunang! Nak kahwin tak lama lagi." Tegas Ain. Biar mereka tahu siapa Luqman sebenarnya. Dah nak kahwin tapi masih mengada-ngada.

Pecah ketawa budak bertiga itu. Ain mengerutkan dahi. Apa yang lucunya?

"Kau ni.. Orang dah kahwin pun boleh bercerai, ni kan bertunang. Bila bila masa saja weh boleh putus," celah Yati disambut dengan gelak tawa teman berdua.

Ah sudah mereka bertiga ni. Malas aku layan. Ain naik atas untuk solat. Selesai sahaja solat dia melangkah ke katil, duduk di birai katil sambil memerhati jam di dinding. Biasanya Luqman akan menelefon pada waktu sebegini. Tambahan pula jika hari minggu, lima enam kali, belum malam lagi. Ain mengeluh. Hatinya rasa tidak sedap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience