Aku dan Mr. Luke # 9

Humor Completed 46245

Malam tadi, semalaman dia resah. Hatinya tidak tenteram. Perasaan gelisah dan tidak menentu itu membelit dirinya. Lantas dia bangun mendail nombor Cu Minah, jiran terdekat neneknya. Dia kembali tenang apabila dikhabarkan tentang nenek yang sihat walafiat. Namun, rasa gelisah itu kembali bertamu. Puas dia memikirkan kesalahan apa yang dilakukamnya sehingga perasaannya begitu. Tiba tiba dia teringatkan Luqman.

"Takkanlah pasal cili tu hati aku jadi tak sedap." Bisiknya.

Pada kala itu, bayangan wajah Luqman terabayang. Kemudian bertukar kepada wajah Badrul. Dua lelaki yang sama sama pernah kucar kacirkan perasaannya.

Luqman! Kenapa kau tak telefon? Tiba tiba sahaja pertanyaan itu terpacul dari bibirnya. Sungguh sehari tidak mendengar suaranya, Ain serba tidak kena. Entah mengapa dia merasakan lelaki itu begitu berbeza. Dia malu untuk mengakuinya.

Apakah aku sudah jatuh cinta? Tetapi kenapa perasaan aku berbeza kini. Dulu bersama Badrul aku tak pernah pulak rasa ganjil begini.

"Haih Luqman.. Mana perginya awak.. " Katanya sendiri. Dia tak sihatkah? Agaknya sebab cili padi tu ke? Ah.. Mana ada orang mati kerana cili. Dia sengaja nak menduga aku tu. Jangan sangka sehari tak dapat panggilan awak, kita dah angau. Tak telefon pun tak apa. Aman sikit.

Tapi... Bahagiakah aku kalau sehari tak marah marah dia?

Seharian itu dia tidak keluar mencari kerja. Hanya duduk di rumah mengemas dan memasak. Sesekali itu ada juga rasa ingin menelefon lelaki itu tetapi sayang Ain tidak mempunyai nombornya. Hanya nombor pejabatnya sahaja. Itu pun kerana Yati bekerja di tempat yang sama dengan Luqman.

"Kau tak keluar hari ni?" Sapa Mimah duduk menghadap nasi. Eton dan Yati juga sudah dua tiga kali menyuap nasi. Sambil itu tidak berhenti henti mereka memuji masakan Ain.

"Tak. Aku duduk rumah saja sambil tu....."

"Sambil tu tunggu call dari dia?" Celah Yati dengan senyum nakalnya.

"Tak kuasa aku. Dia tak telefon lagi baik. Takdalah sakit hati aku ni." Jawab Ain acuh tak acuh.

"Memang tak sakit hati tapi sakit jiwa...." Usik Eton. Berderai ketawa budak bertiga itu. Sedang Ain buat tak dengar.

"Eh Ain, kau jadi tukang masak kami sajalh"

"Betul tu, Ain.... Sambil tu kau boleh mahirkan diri sebelum dilamar orang," celah Mimah menyokong kata kata Eton.

"Kalau nak tunggu jodoh, kat kampung aku pun boleh," jawab Ain sambil mencapai telefon dan terus naik ke bilik.

Nombor telefon rumahnya sahaja yang aku ada. Itupun kerana Mia ada menelefonnya dulu.

"Assalamualaikum, Luqman ada?"

"Shalin ke ni?" Shalin? Siapa Shalin? Tunang Luqman? Nak jawab apa ni? Ah bantai ajelah, dia bukan nampak aku pun.

"Er.. Er.. "

"Eloklah kau balik, Shalin. Luqman sakit."

"Sakit? Sakit apa makcik?"

"Sakit dia tulah. Dah tahu tak boleh makan pedas, dimakannya juga. Apa lagi, usus yang luka tu sakit baliklah," ujar ibu Luqman mesra.

Ain terkaku. Sakit sebab makan pedas? Mi segera yang aku hidangkan haritu penyebabnya? Tiba tiba Ain rasa bersalah. Jahatnya aku, kasihan Luqman.. Bukan niat aku sampai begini ya Allah.. Dia cemas. Tidak sangka apa yang dilakukannya mendatangkan musibah. Ain bersiap. Seketika kemudian dia keluar mencari teksi. Entah mengapa bagaikan ada kekuatan tersalur dalam dirinya untuk pergi menjenguk Luqman. Biarpun ada temuduga jam 2 petang nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience