Aku dan Mr. Luke # 14

Humor Completed 46245

Basikal biru itu dicampakkan ke tepi tiang. Kemudian dia terus berlari naik sembunyikan diri di bilik. Nenek yang sedang menyudahkan jahitan tidak disapanya. Bunyi kereta yang lalu di hadapan rumah membuatkan dia mengintai di balik langsir. Luqman! Pada ketika itu jantungnya berdegup kuat.

Tadi semasa di pejabat, dia diberitahu ada orang dari Kuala Lumpur ingin berjumpa. Sebaik sahaja mendapati itu adalah Luqman, dia tidak menunggu lama. Basikal dicapai dan dia mengayuh pulang. Jamilah teman setugas ditinggalkan pesan. Kelentong apa saja jika majikan tanya. Malangnya Luqman mengekori nya.

Macam mana dia tahu aku di sini? Ni mesti budak bertiga tu punya kerja! Menyusahkan sungguh! Pergilah kat Shalin, kenapa datang cari aku pula?! Aku tak mahu dituduh perampas, kenapa sampai ke mari kau ekori aku? Lemaslah!

"Apa kenanya ni? Apa yang kau intai?" Tanya nenek kehairanan dengan sikapnya.

"Ada orang ikut Ain nek."

"Mana?" Soal si nenek sambil menguak langsir.

"Tu." Jawab Ain sambil menunding jari ke arah kereta putih yang melewati lagi halaman rumah mereka. Seketika kemudian kereta itu berhenti. Pemandunya keluar memerhati ke arah rumah tersebut. Ain menekup mulut menahan sebak. Demi tuhan, dia terlalu merindui lelaki itu.

Baru beberapa hari pulang ke kampung dia sudah diterpa rindu. Tetapi bagaimana hendak diluahkan perasaan ini? Luqman sudah menjadi milik insan lain. Kemana hendak diletakkan cintanya di hati Luqman andainya tempat itu terlebih dahulu sudah diisi oleh Shalin. Dia bukannya perampas. Dia juga bukan orang yang sanggup berkongsi kasih dengan orang lain.

Ain menatap wajah lelaki itu puas puas. Tengok saja tak berdosa kan? Apa nak dimalukan, alaa dia bukannya tahu. Lagipun bukannya kena bayar.

"Pergi ambil penyapu." Sururh si nenek.

"Buat apa?" Soal Ain bimbang dengan suruhan neneknya.

"Siap sedia. Kalau dia naik, aku nak belasah dia," ujar si nenek dengan penuh berani.

"Tak usahla nek. Kejap lagi dia pergi la tu."

"Pergi ajelah ambil penyapu tu cepat."

"Nenek jangan risau dia takkan tunggu lama." Pujuk Ain risau juga dia jika nenek benar benar bertindak begitu. Sungguh, dia tidak mahu Luqman disakiti atau cedera. Luqman masih tersimpan kemas di dalam hatinya. Nek, berdosakah cucu mu ini? Mencintai tunangan orang?

"Dia dah nak pergi tu," bisik nenek. Ain cepat cepat menyelak langsir. Dilihatnya luqman sudah ada di dalam perut kereta. Sebelum meluncur pergi, Luqman sekali lagi memerhati rumah itu. Kasihan Luqman hajatnya tak kesampaian untuk berjumpa dengan aku.

Nasiblah awak, kita bukan tak nak. Bukan tak sudi cuma awak tu hak orang. Lagipun siapalah kita ni kalau nak digandingkan dengan awak.

"Kau kenal ke orang tu?" Soal benek sebaik saja Luqman hilang dari pandangan. Matanya merenung tajam cucunya yang seorang itu. Nenek mula mengesyaki sesuatu.

"Entah." Jawab Ain acuh tak acuh. Dia lantas turun menyarung kasut dan turun mengambil basikal.

"Elok elok bawa basikal tu. Jangan main redah saja." Pesan si nenek. Pesan yang entah kali keberapa.

"Baik nek." Jawab Ain, tetapi apabila sudah jauh dikayuhnya juga laju laju. Bimbang jika Encik Sazali tu mencarinya. Biarpun ketuanya itu boleh bertolak ansur, tetapi dia segan hendak berbuat sesuka hati.

Ahh lupakan saja. Mengapa dikenang? mengapa difikir? Dia di sana entah entah sedang mencipta bahagia. Aku saja yang teringat ingat. Dia itu tunangan orang. Aku harus melupakannya. Aduh kenapalah semua lelaki yang aku suka semua sudah punya teman? Adakah aku ditakdirkan untuk menjadi seorang perampas? Ish itu tak mungkin! Otak ku masih waras. Aku takkan jadi begitu.

"siapa lelaki yang ikut kau balik tadi?" Sapa Badrul sewaktu mereka terserempak. Semenjak Ain bekerja di situ, lelaki itu sering sahaja mencari peluang untuk berbual berdua duaan. Semenjak pulang ke kampung, Ain sudah mula merapatkan jurang antara mereka. Dengan Baizura juga dia sudah mula bertegur sapa. Anak kecil mereka juga sudah berani dicuit cuitnya. Badrul juga sudah mula diterima sebagai rakan sekerja.

"Sejak balik dari KL ni, kau dah makin sombong ya," Sindir Badrul. Hatinya sakit melihat lelaki yang sering kali datang mencari Ain. Apa agaknya hubungan mereka sehingga lelaki itu tak malu bertanyakan tentang anak gadis orang. Dia sendiri mendengar bagaimana lelaki itu bertanyakan tentang Ain melalui Jamilah.

"Memang aku sombong!" Jawab Ain. Dia sebenarnya sudah bosan seringkali lelaki itu mengekorinya. Pantang terlihat kelibatnya, Badrul pasti mencari ruang untuk berbual. Adakala nya, sengaja dia menghilang kan diri. Cukuplahh dengan si Luqman tu, aku taknak cari masalah lain pula. Sudah la si Mimi tu sering kali perhatikan aku.

"Hah... Ain! Sini rupanya kau. Encik Sazali cari tu," kata Jamilah. Pantas Ain meninggalkan Badrul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience