Aku dan Mr. Luke # 16

Humor Completed 46245

Tengahari itu dia tidak kemana mana. Tidak seperti selalu, dia pasti pulang untuk makan tengahari. Tapi kali ini dia lebih suka menanti di pejabat. Perutnya sebu diisi angan angan indah. Dia berharap benar Luqman akan datang mengubati rindunya.

Tetapi kini sudah pukul 5 petang. Tiada juga orang kuala lumpur itu datang menyapa. Takkanlah semalam tak dilayan, sudah merajuk kot? Agaknya dia sengaja nak main mainkan aku niii, desis hati Ain. Nantilah..... Kalau dia berani datang lagi, akan ku kejar dengan penyapu!

"Kenapa kau ni? Badrul usik kau lagi!" Tanya si nenek. Ain cuma menggeleng. Ikan bakar cicah air asam yang menjadi kegemarannya juga tidak disentuhnya.

Lalu si nenek yang tajam penglihatannya cuma tersenyum.

Pasti cucu aku ni sudah dicuri orang hatinya. Sejak balik dari menelefon kawannya di Kuala Lumpur malam tadi, dia sudah bukan Ain, cucunya yang lima enam tahun dulu. Ain yang ini sudah pandai menganyam perasaan, sudah bijak menyusun rindu. Dan secara tidak sengaja dia terdengar nama Luqman disebut si cucu. Barangkali itulah orang yang mendera cucunya dengan cinta. Hendak dikorek dari Ain, hmm memang tidak mungkin akan diceritanya. Tak mengapa lah cu, kalau ada jodoh tak kemana.

Orang mana?

Anak siapa?

Enggangkah atau sesama pipit?

Hatinya mula fikir yang bukan bukan. Dia tidak mahu hati cucu kesayangannya itu terluka lagi. Sudah la dari kecil dia tidak merasa kasih sayang ibu ayah, jika boleh biarlah kasih yang ini benar benar tulus. Benar benar dapat membahagiakan Ain.

_______________________________________________________

Bunyi ketukan dipintu dan suara orang memberi salam, membuatkan Ain mengejutkan nenek yang tidur di bilik belakang. Masing masing bertanya siapa yang datang waktu malam malam begini. Tidak mungkin Luqman. Gila ke apa nak datang tengah tengah malam begini. Tiba tiba sahaja. Entah mengapa Ain teringatkan Luqman.

"Siapa?" Laung nenek. Ain sudah menyalakan lampu. Dia berdiri di belakang neneknya. Takut juga yang datang itu benda pelik.

"Saya..." Suara itu menjawab. Sekali denga Ain sudah tidak senang duduk. Takkan dia! Hish! Gila! Tapi suara seakan akan suara dia. Hish gila betul mamat ni!

"Saya siapa?" Soala nenek lagi.

Namun tiada jawapan. Yang ada hanya ketukan pintu. Batang kayu yang ada di belakang pintu dicapai nenek. Dah tentu budak kereta semalam ni, bisik nenek. Jika benar, siaplah kau. Aku tidak akan maafkan kau. Dah puas diintainya cucu kita, berani pula dia datang ya. Malam malam pula tu, ngomelnya lagi. Kok iya pun nakkan cucu kita datanglah lepas ayam keluar reban. Ini tengah malam. Mengganggu sahaja.

"Ain... Bukalah pintu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience