Aku dan Mr. Luke # 1

Humor Completed 46245

"AIN.... telefon!" Jerit Yati.

"Siapa?" Soalnya.

"Prince Charming kau," usik Yati dengan senyum simpulnya sambil mengangkat-angkat kening. Ain menjeling. Kenapa dia ni tak faham bahasa? Apa masalah si lanun gila ni?! Hari ni hari minggu. Aku nak berehat ish naik meluat aku dengan dia ni lah! Mengada je lebih nak aje aku tembak kau tahu tak. Ngomelku dalam hati.

Si Yati ni pun satu, Prince Charming konon! Siapa sudi jadi princess lanun? Aku? Sorry lah.. Pandang sebelah mata pun aku tak ingin...

"Cakap aku takda," kata Ain acuh tak acuh.

"Tapi aku dah cakap kau ada... Cakap aje lah.. Kesian dia Ain.." Pujuk Yati.

"Ish kau ni kann. Apa dia nak ni ?! Aku dah la lapar, sebok aje kacau hidup orang" rungut Ain. Karang silap hari bulan si Yati ni aku makan. Hm mesti sedap makan daging manusia pagi pagi cenggini. Yati terus lari ke bilik apabila cara aku memandangnya semakin berubah hahahahah Yati Yati..

"Hello... Awak nak apa?" Kalaulah kau depan aku memang aku dah makan kau dah tahu tak?!

"Amboi! Garangnya. Tak cukup tidur ke?" Perli lelaki itu dengan tawanya. Hati Ain mendidih geram!

"Bukan tak cukup tidur, tak cukup makan. Lapar ni tahu tak?!"

"Eh..tak makan lagi? Breakfast ke makan tengahari?"

"Mana mana jelah! Kita tak boleh cakap lama ni.. Lapar."

"Masak lebih sikit. Jap lagi kita datang, tau tau"

"Ey eyy... Asal pulak sampai nk datang rumah ni?! Tkyah ngada lah!"

"Nak rasa air tangan bakal isteri kita lah. Mesti sedap. Yati kata awak pandai masak, untunglah kita dapat bakal isteri pandai masak" usiknya sambil ketawa kerana dia tahu Ain sekarang semakin panas.

"Okay okay kita dah on the way tau, bye!" Katanya lagi dan terus meletakkan telefon.

Ish mamat ni geram betul aku. Eei siapa nak kahwin dengan awak hah. Dah la main letak je tak bagi aku peluang untuk membalas langsung. Ah biar lah aku lapar ni dan taknak fikir dan nak makan dengan aman. Haih nasib badanlah makan mi segera je aku ni.

"Jangan lupa suruh dia bawa kasut aku tauu!" Jerit Mimah dari dalam biliknya.

Eh minah ni dengar conversation aku lah ni. Ish. Balik pada lanun tadi.. Um.. Haa. Hey lanun! Kau ingat senang senang je ke aku nak lupakan apa yang kau buat kat aku dulu? Sebab kau lah aku makan maggie je sekarang ni tahu tak ?!

Ain masih ingat lagi semasa dia baru bekerja di Tadika Mutiara sebagai seorang guru tadika. Ketika itu sudah 15 minit waktu pulang, semua orang sudah pulang. Hanya tukang masak dan pengetua, Pn. jamilah sahaja yang ada.

"Awak cikgu Ain ke?" Suara seorang lelaki mengejutkan Ain. Mia aishah yang bersama dengan lelaki itu meyorok-nyorok di belakang lelaki itu.

Eh ni bukan Tuan Omar Affan bapa Mia. Nak kata orang yang selalu derma kat tadika ni pun rasanya bukan juga. Siapa pulak ni? Oh mungkin dia datang nak mengadu fasal Mia ni. Ah anak orang kaya itu siapa tak tahu dengan kenakalannnya. "Ye saya, ada apa ye Encik?" Balasku sambil mempelawa lelaki itu masuk ke dalam.

"Takpa, sini saje. Dah berapa lama awak kerja di sini?" Katanya angkuh.

"Er.. Baru 3 bulan Encik.. Kenapa ye?.."

"Baru 3 bulan awak dah berani tampar anak orang?" Marahnya.

Ain beralih pandangan ke arah Mia. "Mia, kenapa ni? Macam mana boleh jadi macam ni?" Tanya Ain kepada Mia. Risau. Mia seperti takut takut untuk bercerita.

"Kalau dia nakal, sikit sikit aje lah. Ini sampai biru pipi dia awak buat. Macam mana awak mengajar?" Marahnya lagi dengan nada yang lebih serius.

"Encik, saya tidak pernah menampar anak-anak murid saya.."

"Saya taknak dengar semua tu! Mana Pn Jamilah?" Dengusnya.

"Ada...., Ada di dalam" balas Ain takut takut.

Aduh janganlah sampai aku kena buang kerja. Kesian lah nenek kat kampung tu, baru nak rasa hidup mewah sikit. Tolonglah ya Allah.. Aku taknak hampakan nenek. Nenek je lah satu satunya yang aku ada..

Memang dari kecil lagi Ain dijaga oleh neneknya. Kedua ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Ain sahaja yang terselamat dari kemalangan tersebut. Lelaki tersebut masuk ke dalam untuk bertemu dengan Pn. jamilah. Pn. Jamilah yang melihat dari luar segera keluar dari pejabatnya mendapatkan lelaki tersebut.

"Eh Encik Luqman, ada apa ye?"

"Macam mana Puan boleh biarkan cikgu garang seperti dia mengajar di sini?"

"Ain, apa dah jadi ni?" Tanyanya serius.

"Bukan saya yang buat puan.. Tolong lah Encik, saya dah cakap bukan saya yang buat. Saya tidak tahu apa apa" rayu Ain.

"Takkan puan nak biarkan anak anak murid di sini jadi mangsa cikgu ni. Tak kisah la tapi saya nak puan selesaikan masalah ni sebelum Tuan Omar balik." Kata Luqman tegas lalu pulang.

Pn. Jamilah terpaksa akur dengannya walaupun dia tahu pasti ada salah faham dalam perkara ini. Tetapi kuasa di tangan Encik Luqman. Tuan Omar Affan sudah banyak membantu dalam tadika ini. Dia banyak memberi sponsor jika majlis majlis rasmi akan diadakan.

"Ain, saya minta maaf. Keputusan bukan di tangan saya. Saya terpaksa memberhentikan awak. Ini cek awak. Terima kasih saya harap awak akan dapat kerja yang lebih baik." Sambil menyerahkan cek kepada Ain.

"Tapi puan.. Baiklah" keluh. Ain terpaksa akur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience